Thursday 31 May 2012

Skandal Shahrizat NFC Lembu : Shahrizat Jalil Bersih & Tak Terlibat Bagi Projek RM250 Juta!!


Shahrizat Jalil NFC Skandal Shahrizat NFC Lembu : Shahrizat Jalil Bersih & Tak Terlibat Bagi Projek RM250 Juta!!
Kes skandal NFC (National Feedlot Corporation) cukup unik. Betapa untungnya keluarga ini yang tiada pengalaman menternak tetapi berjaya menikmati satu kontrak berskala besar yang cukup lumayan daripada pihak kerajaan Malaysia bernilai RM250 juta di mana Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya.
Sehinggakan anak syarikat Felda contohnya yang ada pengalaman menternak pun tidak mendapat kontraknya. Sukar untuk dipercayai, tetapi inilah yang berlaku?
“Memang bersih dan telus sungguh pemberian kontrak ini”
Harapan kami, Datuk Seri Najib dapatlah melantik semula Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk jawatan yang lebih setimpal selepas tidak disambung kontraknya sebagai senator yang ketika itu beliau terpalit dengan skandal NFC ini yang mana akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dapat membuktikan yang sebenarnya DaTuk Shahrizat Jalil tidak bersalah rupanya.
KUALA LUMPUR: The MACC’s Operations Evaluation Panel (PPO) has cleared Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil of being involved in the awarding of the RM250mil National Feedlot Centre (NFC) project to a company run by her family.
Shahrizat: Cleared by MACC
PPO chairman Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil said Thursday that investigations into Sharizat’s involvement in NFC were now closed as she was not found to have been involved in the process of awarding the loan or the contract to the company.
Kami sekalipun tidak akan mengatakan yang Datuk Shahrizat yang menganugerahkan projek berimpak tinggi ini, Projek Fidlot Kebangsaan ini kepada keluarganya sendiri. Semestinya tidak logik dan tidak mungkin berlaku di sini. Itu adalah kontrak di bawah Kementerian Pertanian, Datuk Shahrizat ketika itu bergelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semestinya yang menganugerahkan projek itu adalah menteri yang bertangungjawab bagi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
Dalam penganugerahan kontrak ini, isu dan persoalan yang berbangkit ketika ini bagaimana syarikat ZERO track rekodnya dalam livestock boleh dapat anugerah projek berimpak tinggi yang bernilai RM250 juta ini? Dan sungguh “kebetulan” apabila syaraikat yang tiada rekod dan pengalaman ini rupanya milik ahli keluarga kepada salah seorang yang berada dalam jemaah menteri pada masa itu. Sungguh kebetulan…..
  • Individu A luluskan projek untuk suami kepada individu B
  • Individu B luluskan projek untuk isteri kepada individu A
  • Individu C luluskan projek untuk anak kepada individu D
  • Individu D luluskan projek untuk adik kepada individu C
Jangan risau kalau melihat rentak sekarang ini, individu A, B , C dan D yang luluskan projek biasanya tidak akan dipersalahkan tetapi menerimanya itu berdepan risiko untuk disabitkan kesalahan.
Shahrizat NFC Lembu Skandal Shahrizat NFC Lembu : Shahrizat Jalil Bersih & Tak Terlibat Bagi Projek RM250 Juta!!
(Sumber : Malaysiakini)
Biasanya jikalau mana-mana daripada anda yang pernah masuk dan menyertai peraduan RM1 juta Tongkat Ali Power Root contohnya ataupun peraduan teka bolasepak terbitan Utusan yang hadiahnya mencecahkan ratus-ratus ribu, anda akan perhatikan di mana terma dan syarat yang dikenakan antara lain menyatakan seperti berikut :
  • pekerja dan kakitangan, ahli keluarga, tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam peraduan ini
Apa yang ingin kami beritahu di sini sebenarnya? Sebenarnya ini semua hanyalah peraduan picisan sahaja. Tetapi perhatikan semula VALUE di situ.
“Conflict of Interest”
Di atas ini hanya peraduan yang paling tinggi pun sekitar RM1 juta sudah ada terma dan syarat seperti ini, adakah tender ratus-ratus juta juga tidak ada terma dan syarat seperti ini. Tiada? Kalau tiada….tahniah kami ucapkan. Kita nantikan indeks rasuah untuk siri yang akan datang pula selepas ini.
Kami berikan contoh satu lagi cerita ringkas di bawah berdasarkan pengalaman benar daripada seorang anak penternak yang mahu mengikut jejak ayah melalui caranya sendiri :
  1. Ada kalangan anak penternak yang pernah jaga lembu ayahnya daripada darjah satu contohnya
  2. Bila habis belajar sahaja, beliau berminat untuk berniaga dengan menternak lembu berdasarkan sedikit pengalaman  yang diperolehi selama ini
  3. Mohon tanah, tetapi jumlah pinjamannya hanyalah kecil sahaja. Tidak sampai 1% pun daripada NFC pun
  4. Dan pegawai itu bertanya soalan yang hampir pasti akan ditanya, “Kamu ada pengalaman ternak lembu ke? (jawapannya YA berdasarkan pengalaman bertahun-tahun menternak lembu). Tetapi akhirnya?
  5. Akhirnya tidak dapat juga……….
Mungkin selepas sudah tiba masanya Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi dalam Felda selepas didapati “bersih” dan tidak bersalah dalam skandal fidlot kebangsaan ini? Pelik? Tak sesuai?
Mengapa tidak, seperti apa yang dinikmati oleh Tan Sri Isa Samad sekarang ini, selepas sahaja tidak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan terpalit dengan skandal politik wang dalam erti kata lain rasuah, akhirnya berjaya diangkat sekarang sebagai Pengerusi FELDA. Mungkin?

Skandal Rasuah Azmin Ali “Diselamatkan” oleh BPR Dengan Bantuan Anwar Ibrahim Dibongkarkan?



Sebelum ini, Azmin Ali telah dikaitkan dengan dakwaan skandal seks berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar di Internet. Kalau mana-mana daripada anda penonton setia slot Buletin Utama TV setiap hari, kita boleh perhatikan rentak penyampaian berita pada 20 minit  pertama sarat dengan berita politik tanahair yang diberikan liputan cukup meluas mengikut acuan dan perancangan pihak berita mereka sendiri.
Dan tidak terlepas juga, laporan berita pendedahan mengenai dakwaan penyelewengan oleh Azmin Ali sekitar 16/17 tahun lalu dibongkar semula oleh blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin….
Buletin Utama juga tidak lupa untuk memanggil semula beberapa individu pilihan untuk memberikan respon balas selepas sahaja pendedahan yang dibongkarkan oleh blogger Malaysia Today mengenai dakwaan skandal rasuah Azmin Ali ini termausklah individu seperti :
  1. Umi Hafilda (adik kepada Azmin Ali)
  2. Zahid Mat Arip (Mursyidul Am TIBAI – Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim)
  3. Ezam Mat Noor (Senator Dewan Negara)
  4. Datuk Zahrain (Ahli Parlimen Bebas – Bayan Baru)
  5. Ada yang tertinggal?
Pendirian kami jelas, cukup jelas. Yang salah tetap salah. Kami di sini, hanya perlukan pemimpin yang benar-benar bersih untuk menjaga dan mentadbir negara kita. Bukan kerana budi dan jasa tetapi berdasarkan integriti dan pendirian masing-masing. Kita sama sekali tidak perlu sama sekali menjadi totok dan menyokong secara membuta tuli. Tiada sokongan rakyat Malaysia, tiadalah mereka berada di atas sana untuk memimpin yang di bawah. Itu sebablah ada kalangan penyokong, yang sukar menerima dengan hati yang terbuka realiti yang berlaku pada pemimpin mereka.
Cuma kami agak sedikit hairan, apakah selama ini kertas siasatan yang tersimpan rapi oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kemudiannya di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “tidak sedar” kertas siasatan mengenai Azmin Ali selama bertahun-tahun lamanya, seolah-oleh kertas siasatan itu tidak pernah ada dengan mereka?
Sehingga menyebabkan seorang blogger “terpaksa” memberikan tekanan dan peringatan dengan mengeluarkan semula bukti di mana , Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga merangkap Ahli Parlimen Gobak, Azmin Ali didakwa melakukan penyelewengan dengan mengumpul kekayaan semasa beliau berkhidmat dengan kerajaan.
Walaubagaimanapun, kami tetap memuji SPRM yang bertindak pantas dan mengambil perhatian serius mengenai kes ini, lebih laju tindakan SPRM daripada “kelajuan cahaya” untuk membuka kertas siasatan dakwaan kes penyelewengan melibatkan Azmin Ali berdasarkan “pembongkaran semula” oleh blogger Malaysia Today. Tahniah kami ucapkan.
Berdasarkan semakan kami menunjukkan :
  • Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, Panel Penilai Operasi SPRM akan bermesyuarat hari ini (Khamis) bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995
  • SPRM juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu terutama mengenai pendedahan dokumen rahsia berkenaan di Balai Polis Putrajaya.
Di bawah ini, Antara Dokumen Yang Didedahkan Semula Oleh Raja Petra Kamaruddin mengenai dakwaan penyelewengan Azmin Ali dan salahguna kuasa Anwar Ibrahim semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri pada masa itu :
 
Dokumen penuh boleh anda perolehi di sini, melalui artikel yang bertajuk (MACC ‘Deep Throat’ comes out of the closet)
Yang menariknya di sini, pendedahan ini mengatakan :
  • BPR pada masa itu menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia ketika itu selepas Datuk Mahathir ketika itu.
  • Azmin Ali didakwa memilki harta sejak 1991 – 1995, antaranya sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft
Kami pulangkan semula kuasa yang ada pada SPRM untuk menjalankan siasatan dengan setelus mungkin. Jikalau bersalah mengapa tidak diheretkan mana-mana rakyat Malaysia atau pemimpin tidak kira “ikan jerung atau ikan bilis” dihadapkan ke muka pengadilan. Apa respon balas anda pula?

Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?


Bajet 2013 Pilihanraya Umum Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Dalam keadaan Datuk Seri Najib Razak berseloroh untuk bubar Parlimen selepas sahaja Perhimpunan Raksasa Umno tempoh hari dengan disambut dengan sokongan gemuruh daripada penyokong UMNO yang hadir, tetapi hakikatnya ia tidak menjadi kenyataan apabila selepas itu Datuk Najib telah berangkat ke London. Nampaknya petunjuk Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi jauh daripada sasaran daripada pemerhati politik di Malaysia. Terbaru…
Terbaru, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah mengumumkan, apa yang boleh kami katakan pengumuman yang cukup awal daripada tarikah bagi pembentangan Bajet 2013 yang kami sifatkan sebagai Bajet Pilihanraya ke 13 di mana pembentangan Bajet lazimnya diumumkan sekitar bulan Oktober seperti apa yang berlaku pada pembentangan Bajet 2012sebelum ini
Dalam keadaan sekarang ada 2 kemungkinan sahaja daripada pengumuman tarikah Bajet 2013 ini :
  1. Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13)  tidak akan berlaku sehingga 28 September 2012 ini ataupun 
  2. Datuk Najib hanya mengumumkan tarikah pembentanganBajet 2013 sahaja tetapi dalam pada masa yang sama PRU besar kemungkinan akan didakan sebelum 28 September 2012. Mungkin? 
Dalam permainan dan “sepak terajang” politik, satu minggu adalah satu tempoh yang cukup lama, macam-macam yang boleh berlaku dalam tempoh tersebut.
Pembentangan Bajet 2013 Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Walauapapunpun, pastinya Datuk Seri Najib akan memilih suatu tarikh yang memberikan kelebihan besar ke partinya Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kali ini. Jikalau Pilihanraya Umum ke 13 diadakan selepas pembentangan Bajet 2013, nampak gayanya rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga tahun depan untuk terus serta dalam pertarungan hebat dalam sejarah politik Malaysia bagi PRU ke 13 kelak. Mungkin pada Februari atau Mac 2012? Atau, paling awalpun selepas sahaja Bajet 2013 mendapat kelulusan Parlimen.
Ini kerana, jika bajet 2013 dibentangkan pada 28 Sept 2012, kelulusan bajet paling lewat adalah sekitar Disember 2012 ini. Dalam tempoh itu, tiada pembubaran parlimen dan jika parlimen bubar sedangkan bajet 2013 tidak diluluskan, maka bajet 2013 adalah tergantung. Bajet baru akan dikemukakan semula terutama sekali bila berlakunya pertukaran kerajaan.
BR1M Pusingan Kedua Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Sumber : Sinar Harian
Jika benarlah begitu pilihan Datuk Seri Najib, bermakna bajet 2013 kali ini kami jangkakakan ia adalah merupakan Bajet Pilihanraya Umum ke 13.
Dan menurut sumber yang kami perolehi setakat ini, dijangka kakitangan awam bakal menerima durian runtuh daripada pihak kerajaan dalam pengumuman pembentangan Bajet 2013. Dan dalam pada masa yang sama sudah kedengaran cadangan supaya Bantuan Rakyat 1 Malaysia dilanjutkan untuk pusingan kedua pula….
P/S : Jikalau anda diberikan ruang dan peluang untuk menghantarkan cadangan dan tuntutan, apakah harapan anda untuk pengumuman Bajet 2013 kali ini?

Wednesday 30 May 2012

Naikkan Gaji Kerani N17 & Buka Kenaikan Pangkat (Gred Maksimum N26 Kepada Gred Bersepadu N42)!


Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam Naikkan Gaji Kerani N17 & Buka Kenaikan Pangkat (Gred Maksimum N26 Kepada Gred Bersepadu N42)!
Kalau sebelum Cuepacs telah menuntut supaya skim pinjaman perumahan kakitangan awam dikaji semula, begitu isu tuntutan semakan semula bagi pemberian imbuhan kepada pensyarah dan juga tuntutan bagi penambaikan dan bantuan bagi kakitangan awam yang bersalin. Kali ini, Cuepacs menambah satu lagi daripada koleksi tuntutan untuk dicadangkan kepada pihak kerajaan.
Walauapapun yang terjadi selepas ini, besar kemungkinan Cuepacs merasakan inilah masa dan waktu yang terbaik untuk membuat tuntutan. Apatah lagi, Bajet 2013 bakal diumumkan tidak lama sahaja lagi. Semestinya cadangan dan tuntutan sebegini akan diberikan perhatian lebih ketika mengambilkira pengisian butir kandungan pengumuman Bajet 2013 kelak.

Antara Cadangan Terbaru Cuepacs :

Setakat ini terdapat 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan. Boleh kami katakan angka yang cukup besar. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kelompok ini?
1) Mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat. 
  • Kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan
  • Begitu juga gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula
2) Membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42
  • kenaikan gred bersepadu memberi  mereka peluangkenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa  perlu merujuk kepada kelulusan akademik
  • Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua  boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak sahaja
3) Mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran (cadangan picisan seperti ini, bagi kami tidak perlu difikirkan tidak mengapa. Fikirkan cadangan dan tuntutan yang lebih penting daripada ini)
Semua cadangan ini akan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN). Bilakah waktu dan ketikanya Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam? 1 bulan lagi? 2 bulan lagi? Selepas Bajet 2013? Sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13? Kami tidak pasti…..
P/S : Apa pendapat dan respon anda pula dengan lagi tuntutan baru Cuepacs ini?

Tuesday 29 May 2012

Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?


PerdaNa Menteri Melayu Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?
Ada Melayu yang tipu Melayu dan tidak memberikan hak kepada bangsanya sendiri, ada Cina yang rompak harta rakyat Malaysia dan orang Cina juga dan ada juga India yang curi duit hasil terkumpul orang India selama ini. Tetapi bukan semuanya begitu. Ada ramai juga Melayu, Cina dan India yang terdiri daripada golongan yang baik-baik. Bezanya di sini adalah integriti. 
Kami sudah jangkakan isu ini akan kembali hangat menjadi hangat di Malaysia. Dan, isu seperti ini tidak akan berhenti di sini sahaja. Ini kerana mentaliti masyarakat kita masih lagi cepat melatah, cepat terkejut, cepat mengelabah dan juga cepat mereka cemas dan takut. Baguslah, sekurang-kurangnya menampakkan kita peka apa yang berlaku disekeliling kita.Cuma, berpadalah apabila menilai sesuatu isu. Ini semua disebabkan kurangnya pendedahan ilmu yang informasi yang berkualiti diklangan rakyat Malaysia dan tidak lupa juga sikap kurang membaca dikalangan kita semua.
  • Memang bagusnya ada sifat ingin tahu apabila timbulnya sesuatu isu, kita semua mempunyai kesedaran untuk mengkaji dan mencari seberapa banyak maklumat untuk dibuat perbandingan dan pernilaian.Bukan diterima bulat-bulat semata.
  • Apatah lagi, kalau dilihat trend sekarang ini penyampaian maklumat, informasi dan berita cukup-cukup mencabar dikalangan rakyat Malaysia yang kerapkali “tewas” ketika membaca dan menontonnya.

Isu Melantik Perdana Menteri Bukan Islam & Juga Bukan Melayu

Utusan Malaysia Online Politik Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?
Semakan kami menunjukkan tiada sekelumit perkataan pun dalamPerlembagaan Malaysia mengatakan Perdana Menteri Malaysia adalah Melayu. Memang tiada. Tetapi…..ya ada tetapinya. Tetapi, Perlembagaan Malaysia meletakkan Perdana Menteri mestilah ahli Dewan Rakyat & mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang lain, sebelum diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.
Akan tetapi, bagi fungsi dan kuasa tertentu, YDPA mempunyai budibicara dan tidak perlu bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet. Salah satu contoh adalah dalam pelantikan Perdana Menteri. Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat yang mana, pada pendapat YDPA, akan memperolehi kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Mudah bukan ayatnya untuk difahami?
“Janganlah kita sendiri yang membuat undang-undang, tetapi selepas itu kita sendiri yang memijaknya”
Baginda akan mengambilkira faktor “mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan” dalam memberikan perkenan perlantikan Perdana Menteri (seperti yang digariskan dalam Perlembagaan). Biasanya negeri-negeri yang ada Sultan Menteri Besarnya mestilah Melayu manakala Melaka, Penang, Sabah & Sarawak meletakkan sesiapa pun berhak utnuk menjadi Ketua Menteri tanpa mengira bangsa.
Apabila undang-undang ini sudah termaktub dalam perlembagaan,  bukan sesuatu yang mudah untuk meminda perlembagaan bagi undang-undang di atas.
  1. Undang-undang pula bukannya boleh senang-senang digubal
  2. Mula-mula kena bincang di Dewan Rakyat aka parlimen
  3. Kemudian, kalau setuju diusulkan di Dewan Rakyat, perkara itu akan di bawa pula ke Dewan Negara untuk dibahaskan
  4. Kalau sebulat suara setuju, barulah dibawa ke Agong untuk turunkan tandatangan
  5. Kalau dahulu, sekiranya Agong tak mahu sain disebabkan tidak bersetuju, undang-undang itu tak boleh dikuatkuasakan
  6. Itu dahulu, sekarang ini kalau lebih 45 hari Agung tak sain juga, undang-undang itu mula berkuatkuasa secara automatik
Persoalannya, berapa ramai Melayu bumiputera dalam Dewan Rakyat sekarang ini? Berapa ramai ahli parlimen yang beragama Islam di Dewan Rakyat? Jikalau jawapan disebalik persoalan ini boleh dijawab dengan hati yang terbuka, isu yang mengatakan Perdana Menteri besar kemungkinan terdiri daripada bukan Islam atau bukan bukan Melayu bumiputera atau kedua-duanya sekali hanyalah permainan politik sahaja. Apa perlunya provokasi seperti ini? Sepatutnya rakyat Malaysia dididik dan diajar bukan diprovok dengan isu-isu seperti ini tanpa perbandingan maklumat yang baik.
Berapa ramai Melayu “kelabu asap” yang menjadi pemimpin di Malaysia selama ini. Ada masalah? Yang “bagusnya” di Malaysia ini, jikalau ada yang bertukar daripada agama lain kepada agam islam, automatik mereka-mereka ini akan dicopkan Melayu. Mudah bukan? Contoh? Anda boleh perhatikan laporan berita disekeliling anda hari ini…….
Perdana Menteri Malaysia Melayu Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?
Kalau tanya kami apa pilihan dan pendirian kami sebenarnya. Semestinyakami mahukan Melayu yang berintegriti dan juga beragama Islam yang mempunyai iman yang kuat.
Ini kerana ada juga orang Melayu yang “kurang kualitinya” dan ada juga Melayu yang “berkualiti”
Melihatkan barisan yang berkuasa di Malaysia….
  • Yang Dipertuan adalah bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Perdana Menteri sekarang ini adalah bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Barisan Menteri majoriti adalah bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Majoriti ahli parlimen juga ada bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, Hak Keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan tidak boleh sama sekali dipinda selagi tidak mendapat perkenan daripada Majlis Raja-raja. Barisan Sultan dan raja di Malaysia semuanya terdiri daripada kalangan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu
Jadi apa yang ditakutkan sebenarnya, ibarat “kiamat” bakal terjadi dalam masa terdekat?
Kita bangsa yang berkuasa dan kita juga adalah merupakan majoritinya adalah beragama Islam tetapi kita semua menjadi takut dan lemah ibarat minoriti di tanahair sendiri seringkali tewas dengan permainan dan perang saraf media. Pelik bukan? Apa reaksi dan pendapat anda pula mengenai isu ini?

Monday 28 May 2012

Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?


Harga Minyak Turun1 Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
Ketika ini harga minyak  dunia menunjukkan trend menurun. Sudah beberapa kali harga minyak dunia mengalami penurunan harga tetapi yang menjadi persoalan kami ketika ini bilakah masa dan ketikanya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak RON97 seperti masa kerajaan sendiri yang memberikan ketetapkan mahu mengapungkan harga minyak mengikut pasaran semasa? 
Harga minyak dunia turun sejak April 2012 sehinggalah Mei 2012 tetapi harga minyak RON97 masih tetap “utuh” dan dilihat “sukar” untuk diturunkan oleh pihak kerajaan sebaliknya hanya berita kenaikan harga minyak RON97 yang didengar setakat ini.(naik 10 sen lagi) yang kedengaran oleh rakyat Malaysia.
Harga Minyak Dunia Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
Harga Minyak  Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (yang diperdagangkan di AS) turun sebanyak 0.14 peratus menjadikannya US$90.72 setong ketika ini. Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun sebanyak 0.13 % kepada US$106.80 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.
Harga Minyak Dunia Terkini Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
P/S : Diharap kerajaan mempertimbangkan untuk mengkaji semula harga minyak RON97 dan ditetapkan berdasarkan harga semasa dunia ketika ini. Jika harga minyak RON97 boleh dinaikkan dengan kadar segera tanpa notis awal ketika harga minyak dunia melambung tinggi, mengapa tidak “budaya” tersebut diaplikasikan sama kepada ketika harga minyak dunia mula menurun. Apa respon anda pula?

60% Kakitangan Awam Berpendapatan Bawah RM3,000 Sebulan Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?



harga rumah2 60% Kakitangan Awam Berpendapatan Bawah RM3,000 Sebulan Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?
Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tampil dengan beberapa tuntutan terbaru kepada pihak kerajaan di mana kajian setakat mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini? 
Sebelum ini menteri telah menetapkan kalangan rakyat Malaysia yang menerima pendapatan sekitar RM3,000 boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk, Kalau Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?
Hakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri. Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta?
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara :
  1. mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus
  2. menaikkan gaji kakitangan awam terbabit
Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :
  1. Kenakan RPGT 75%. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
  2. Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja.Ini ada yang kami tengok sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
  3. Tarik balik pengecualian cukai RM10,000 daripada cukai pendapatan
  4. Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera
  5. Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini
  6. Akhirnya sekali, kerajaan pelru sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR
  7. Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)
Dengan melaksanakan beberapa pelan yang dicadangan seperti di atas ini bukan sahaja kakitangan awam yang mendapat manfaat tetapi seluruh rakyat Malaysia menerima tempias untuk memilki rumah di tanahair sendiri pada pada harga yang berpatutan. Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan berminat untuk melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal?
Apa respon kakitangan awam di sini? Mengapa kakitangan awam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dilihat masih ramai lagi yang tidak mampu memilki rumah sendiri?
Anda Berada DiKelompok Yang Mana Satu?
  • Mahu terus menyewa disebabkan tak mampu (34%, 219 Votes)
  • Beli rumah sendiri selepas 6-10 tahun bekerja (20%, 126 Votes)
  • Hanya mampu beli rumah sendiri selepas lebih 10 tahun bekerja (13%, 86 Votes)
  • Beli rumah sendiri selepas 4-5 tahun bekerja (12%, 80 Votes)
  • Hanya mampu beli rumah sendiri selepas lebih 15 tahun bekerja (10%, 66 Votes)
  • 1-3 tahun pertama dah beli rumah (11%, 64 Votes)
Total Voters: 641

Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!


Hub Automotif Indonesia Thailand Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!
Hari ini kalau dilihat beberapa pembuat kereta terkenal dunia seperti Toyota, General Motors (GM), Ford dan juga Tata telah mula meningkatkan pelaburan mereka di Indonesia selain pelaburan yang banyak mereka laburkan dalam industri automotif di negara “gajah putih” (Thailand).
Terbaru, pengeluar kereta yang kami sebutkan sebentar tadi sudah mengumumkan rancangan untuk pembinaan kilang pemasangan bagi melancarkan model-model baru milik mereka untuk tujuan menerokai pasaran yang lebih besar di Asia Tenggara khususnya di Indonesia yang menyasarkan golongan pertengahan. 
  1. Toyota akan meningkatkan pengeluaran kepada 230,000 unit setahun pada tahun 2014
  2. GM bersedia melabur AS$ 150 juta untuk membuka semula kilang pemasangan untuk sebuah van 7-tempat duduk untuk tempoh 7 tahun yang akan datang dan mengeluarkan 40,000 kenderaan setahun bagi kedua-dua pasaran domestik dan eksport
Banjir di Thailand Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Pada tahun lepas, Indonesia telah muncul sebagai pasaran terbesar ASEAN buat kali pertama dengan jualan sebanyak 850,000 berbanding dengan negara Thailand yang “jatuh” dengan jualan hanya sekitar 795,000 dek kerana krisis banjir yang melanda negara Thailand. Sekarang ini Thailand masih terus mengunguli sebagai pendahulu bagi pengeluar automotif yang terbesar bagi rantau Asia Tenggara diikuti negara Indonesia di tempat yang kedua. Malaysia?
  1. Thailand : 1.6 juta pengeluaran kereta tahun 2011
  2. Indonesia : Hanya mengeluarkan 700,000 pengeluaran kereta pada tahun 2011
Antara faktor yang menyumbangkan kepada pertumbuhan industri automotif di Indonesia contohnya adalah peluang pelaburan yang cukup besar yang ditawarkan kepada pengeluar kereta terkenal dari seluruh dunia untuk “berkampung di Indonesia” :
  1. Pengecualian cukai korporat untuk 5-10 tahun (termasuk pengurangan untuk dua tahun lagi sebanyak 50 peratus) yang mula diperkenalkan pada Ogos 2011. Keistimewaan ini hanya ditawarkan bagi mana-mana pelaburan yang bernilai sekurang-kurangnya US$117 juta, dengan pelabur perlu memegang 10 peratus daripada jumlah pelaburan di Bank Indonesia
  2. Pengecualian VAT dan duti import bagi barang-barang dalam bahan mentah / bahan perantaraan, yang memberi manfaat kepada pelabur Indonesia untuk mengimport alat ganti automotif bagi pemasangan tempatan
  3. Duti import untuk kereta penumpang dan kenderaan komersial antara 0-50 peratus dan juga duti import bagi bahagian-bahagian auto adalah 10 peratus, dikecualikan untuk negara-negara ASEAN lain. Ini juga akan memberi manfaat kepada pelabur Indonesia yang bergantung kepada bahan mentah dari negara-negara ASEAN yang lain
  4. Indonesia juga menurunkan cukai pendapatan bagi pelabur yang menghasilkan kenderaan mesra alam (22km/liter bahan api ekonomi, 80 peratus kandungan tempatan dan Euro 3 pelepasan)  dan menjual kenderaan pada harga yang berpatutan
Ini semula dilakukan dengan harapan dapat memenuhi permintaan di Indonesia khususnya dan mengurangkan bilangan kenderaan yang terpaksa diimport oleh Indonesia.
Jual Kereta Indonesia Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Indonesia dan Thailand yang suatu ketika dahulu “jatuh terduduk”, lebih teruk keadaannya berbanding negara kita Malaysia semasa krisis kegawatan ekonomi 1997/1998 sehingga menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan Internaltional Monetary Fund (IMF) yang mana yang terkenaldengan kadar bunga yang tinggi tetapi dalam pada masa yang sama IMF sangat mementingkan disiplin kepada peminjam untuk menguruskan kewangan negara dengan telus dan cekap.
Akhirnya, sejak daripada krisis kemelesetan ekonomi 1997/1998 dahulu pakej IMF telah mengajar Indonesia contohnya untuk bersikap lebih telus dan bertanggungjawab sejak kejatuhan Presiden Suharto yang telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri seperti IMF praktikkan mekanisme yang sama terhadap negara Korea Selatan. Dan Indonesia dilihat semakin baik dan semakin naik…
Kami juga yakin dan percaya, pelabur akan terus berani dan yakin untuk datang melabur di Malaysia seperti mana pelaburan yang telah dicurahkan oleh pembuat kereta di seluruh dunia ke atas negara Thailand dan juga Indonesia dengan syarat, sudah tiba masanya kerajaan kurang memanjakan Proton seperti mana kehendak yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu terus kerajaan terus melindungi Proton. Kami sama sekali tidak setuju, bagaimana pula dengan anda?
Tiada masalah untuk membuat dan menghasilkan kereta Nasional sendiri tetapi hakikat yang perlu diakui adalah di mana tindakan kerajaan yang memberikan perlindungan yang cukup ekstrim Proton sehingga membebankan rakyat dan menjadi liabiliti besar kepada negara, dalam pada masa yang sama terus mengabaikan kepentingan kemasukan pelaburan pembuatan kereta dari luar negara.
Dalam keadaan Thailand & Indonesia dilihat semakin agresif membuka peluang kepada pemain automotif global untuk bertapak di negara mereka semestinya memberikan seribu satu faedah kepada negara dan rakyatnya :
  1. membawa kemasukan pelaburan asing
  2. menjana ekonomi
  3. pemindahan teknologi
  4. memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Industri Otomotif Indonesia Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Di mana kedudukan Malaysia ketika ini dalam keadaan rakyat “dipaksa” untuk berbangga dengan kereta buatan kereta sendiri? Sedangkan Thailand & Indonesia hari ini yang sama sekali tidak mempunyai jenama & produk sendiri yang boleh dibanggakan seperti Proton, hakikatnya banyak manfaat yang diperolehi sebenarnya jika sektor automotif diterokai dengan sebaik mungkin sebagai sumber pendapatan negara. Sudah tiba masanya, Proton tidak terus dilihatkan sebagai satu beban dan liabiliti kepada negara dan rakyat, sebaliknya Malaysia harus bergerak cepat dengan mengambil peluang untuk menjadi :
  1. hub untuk R&D
  2. pusat rekabentuk global
  3. pusat pengeluaran kenderaan jenama Eropah
  4. selain pusat pengeluaran kenderaan hybrid & elektrik.
Dengan cara ini ia secara tidak langsung menjadikan sektor automotif negara lebih kompetitif selain memperkasakan modal insan yang ada dengan teknologi tinggi.Sebenarnya kita adalah perintis sektor automotif di rantau ini, jadi kita perlu bangkit dengan formula baru untuk menaikkan semula sektor ini. Proton & Perodua pula perlu keluar dari kepompong comfort zone (zon selesa) yang selama ini dinikmati oleh mereka. Inilah masanya untuk lebih agresif ke peringkat global & meningkatkan kualiti produk mereka.
P/S : Apa pandangan anda pula?