Thursday 10 May 2012

Saham Felda Global Ventures (FGVH) : Louis Dreyfus Adalah Pemegang Utama !!


Saham Felda 2012 Saham Felda Global Ventures (FGVH) : Louis Dreyfus Adalah Pemegang Utama !!
Syarikat gergasi berasaskan perniagaan pertanian, Louis Dreyfus telah ditawarkan untuk menjadi pemegang saham utama dalam saham Felda Global Ventures Holding (FGVH). FGVH kini dalam persediaan untuk menjual saham-sahamnya dalam tawaran awam permulaan kedua terbesar tahun ini selepas Facebook, menurut tiga sumber.
Louis Dreyfus yang berpangkalan di Perancis, adalah syarikat dagangan bijirin yang kini telah meluaskan operasi dalam minyak sawit dalam beberapa tahun lalu bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam penggunaan komoditi itu dalam makanan dan bahan bakar. FGVH, sayap komersial Felda telah menawarkan Louis Dreyfus untuk mengambil 4.9 peratus kepentingan dalam IPO yang bakal menjana AS$3 bilion (RM9 bilion) pada Jun ini, kata sumber itu.

Nilai Saham Felda Global Ventures 2012

Berdasarkan harga RM4.65 sesaham yang diumumkan kerajaan, penguasaan 4.9 peratus oleh Louis Dreyfus membabitkan RM800 juta (AS$261.69 juta). FGVH akan mengumumkan hasil perundingan dengan Louis Dreyfus berhubung perkara itu seawal Isnin ini, kata sumber tersebut.
Louis Dreyfus yang dimiliki secara berasingan bersetuju untuk menjadi rakan strategik dalam penapisan dan logistik, perniagaan minyak sawit (FGVH) Pada 2009, Louis Dreyfus telah menandatangani perjanjian bersama dengan Kencana Agri, syarikat senaraian awam berpangkalan di Singapura untuk membina dan menjalankan operasi perdagangan minyak sawit di Kalimantan di Pulau Borneo.
Baru-baru ini, Louis Dreyfus telah bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk membeli konsesi ladang kelapa sawit di Indonesia. Syarikat itu juga adalah satu daripada empat syarikat perniagaan pertanian yang dominan bersama Archer Daniel, Midland Co. Bunge dan Cargill.

No comments:

Post a Comment