Sunday 5 August 2012

(Gambar) Kia Forte 2013 @ K3 – Semakin Mengancam!


Kia K3 Kia Forte 2014 1 (Gambar) Kia Forte 2013 @ K3   Semakin Mengancam!
Juga dikenali dengan nama Kia Cerato di tempat-tempat lain, Kia Forte 2013 @ K3, akan bakal mengulangi kejayaannya menjadi model terlaris Kia di Pasaran Global.
Kia K3 Kia Forte 2014 2 (Gambar) Kia Forte 2013 @ K3   Semakin Mengancam!
Mengulangi kejayaan dengan menampilkan rekabentuk yang lebih segar dan elegan, kami tidak nampak kesukaran Kia Forte untuk menjadi pilihan bakal pembeli kereta di malaysia sekiranya ia secara rasmi dijual di Malaysia nanti.
Kia K3 Kia Forte 2014 3 (Gambar) Kia Forte 2013 @ K3   Semakin Mengancam!
Mengikut pengeluarnya, Kia Forte 2013 @ K3 akan dijangka bakal berada di pasaran Malaysia dan juga beberapa tempat lain dalam suku pertama tahun 2013 ini. Bagi sesiapa yang ada bercita-cita untuk menukar kereta atau membeli kereta baru selepas ini, mungkin Kia Forte 2013 ini boleh menjadi dalam senarai pilihan kereta anda nanti.
P.S. Kalau cukai kenderaan dan duti eksais diturunkan selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, apa salahnya mencuba teknologi dan kereta pengeluar lain…..
Sumber: Diinspirasi dari ArenaKereta.

Lagu Tema Kemerdekaan Janji Ditepati Ciplak Lagu Kristian Indonesia?


JANJI DITEPATI NAJIB Lagu Tema Kemerdekaan Janji Ditepati Ciplak Lagu Kristian Indonesia?
Selepas kecoh mengenai logo kemerdekaan ke-55 yang dikatakan tidak memenuhi standard seorang perekecipta, kali ini timbul pula masalah lain.Kali ini, lagu tema kemerdekaan Malaysia yang ke-55 tahun ini, “Janji Ditepati” dikatakan menciplak lagu kristian Indonesia berjudul “Serukan Namanya”.
Seorang penganut Kristian turut meluahkan kesedihannya melalui blog beliau apabila mendapati Lagu Janji Ditepati yang didengarnya saling tak tumpah seperti melodi lagu yang biasa dinyanyikannya di Gereja.
Menurut beliau melodi lagu itu serupa dengan sebuah lagu bertajuk “Serukan Namanya” yang merupakan sebuah lagu kerohanian penganut Kristian.
Janji%2Bditepati%2BKristian Lagu Tema Kemerdekaan Janji Ditepati Ciplak Lagu Kristian Indonesia?
Anda dengar dan nilai sendiri. Di bawah ini lagu Janji Ditepati.
Dan dibawah ini pula adalah lagu “Kuserukan Namanya”.
P.S. dah habis modal ke nak buat lagu sampai “cilok” melodi orang lain? Apa pendapat anda?

Abby Abadi Jadi Mangsa Politik?


abby abadi masuk pas Abby Abadi Jadi Mangsa Politik?Pelakon yang juga penyanyi, Abby Abadi memberitahu di laman sosial Twitter miliknya, mengatakan bahawa kontraknya sebagai duta sebuah syarikat tudung, telah ditamatkan serta merta oleh kerana pembabitannya dalam Parti PAS.
“4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
“Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat,” tulisnya di laman Twitter pagi tadi.
Kami sendiri tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku.Adakah hanya semata-mata politik, perkara yang remeh ini juga boleh dipersebarkan sehingga membawa kepada penamatan kontrak?
“Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja,” katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.
“Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS,” kata Abby Abadi
Jelasnya, tindakannya menyertai PAS bukanlah kerana isu politik, tetapi kerana terpikat dengan PAS yang memperjuangkan isu agama dan Islam di Malaysia. Namun, sekali lagi kami tidak hairan.Sebelum itu, Bob Lokman juga telah menyertai PAS. Dan ada juga artis-artis lain seperti Afdlin Shauki, AC Mizal yang menyertai UMNO. Tidak perlu timbul isu begini.
“Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama.” kata Abby Abadi ringkas.
Sesiapapun mempunyai hak untuk memilih parti politik yang ingin disertai.Minda orang kita masih lagi ditakuk lama.Kawan dan kaya kerana berpartian.Sudah tidak timbul lagi semangat untuk membangunkan rakyat secara amnya.Apa pendapat anda pula mengenai isu ini?

PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara!


BonusRaya2012 PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara!
Berita gembira buat penjawat awam seluruh Malaysia, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib pada hari ini telahpun mengumumkan pemberianBonus Raya 2012 sebanyak setengah bulan gaji dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500 kepada pesara kerajaan.
25 JULAI, Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri.
Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan.
Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
bonus raya 2012 rm 500 pesara PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara!Kami pasti, berita ini adalah berita yang paling dinanti-nanti oleh semua penjawat awam tahun ini. Setelah menerima kenaikan gaji pada tahun ini, ditambah pula dengan pengumuman bonus raya, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan beban dan juga masalah kewangan kakitangan awam.
Apa-apapun, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah S.W.T kepada kita.Diharap, pengumuman bonus raya untuk tahun 2012 ini memberikan senyuman kepada anda semua.

Cukai Kereta Di Hapuskan Selepas Pilihanraya!


Berkemungkinan selepas pilihanraya umum ke 13 diadakan, rakyat yang selama ini terbeban dengan cukai kereta yang tinggi selepas ini mungkin dapat menarik nafas lega.
Isu cukai kereta ini, telahpun kami perjuangkan sejak 2 tahun lepas, dimana rakyat Malaysia secara umumnya, membayar harga yang sangat tinggi untuk cukai kereta. Baca keratan akhbar di bawah.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan bahawa janji menurunkan harga kereta akan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13).
Menurut, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, PKR juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam PRU13 akan berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.
“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat PKR dan Pakatan Rakyat, is sudah berasa diperingkat akhir perbincangan.
“Perbincangan ini meliputi kesan kepada kereta tersebut jika kita kurangkan harga dan juga kepada ekonomi negara kerana sumber pendapatan negara juga dari cukai kereta tersebut,” jelasnya
Beliau yang sebelum itu menjelaskan, PKR memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabaran Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.
Menurutnya lagi, maklumat tersebut menunjukkan bebanan isi rumah negara bagi rakyat negara ini makin meruncing.
“Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman yang mencecah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012.
“Keadaan ini menimbulkan beban utama kepada rakyat yang sebahagian besar dari rakyat negara ini hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan,” jelasnya.
Katanya lagi, maka satu jalan yang adil kepada rakyat adalah mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta.
Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.
Kata Rafizi, peningkatan yang tinggi kepada harga kereta adalah disebabkan oleh Dasar Automotif yang diperkenalkan oleh Umno-Barisan Nasional dalam melindungi kepentingan mereka.
Ini adalah salah satu lagi manifesto-manifesto oleh parti politik, demi untuk mendapatkan sokongan terhadap undi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir ini. Kami berpendapat bahawa ini adalah satu-satunya manifesto menarik yang sebenarnya sudah sepatutnya dilaksanakan.
Kami ingin mendengar pula, apa reaksi kerajaan Barisan Nasional terhadap manifesto Pakatan Rakyat untuk menurunkan cukai kereta ini? Adakah Barisan Nasional akan cuba untuk mengikut rentak? Kini sudah tiba masanya perlu ada kemaskini dalam cukai kereta yang membebankan.
Apa pendapat anda pula?

Cukai GST-Kerajaan Tidak Laksanakan GST Sehingga Diterima Rakyat


Menurut Menteri Kewangan ke-2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehinggalah ianya diterima oleh rakyat.Sekali lagi, adakah penagguhan pelaksanaan tersebut hanya bersifat populis?
KUALA LUMPUR-Kerajaan memberi  jaminan tidak akan melaksanakan cukai barangan  dan perkhidmatan (GST) sehingga sistem itu  diterima rakyat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad  Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan terus  mendapatkan maklum balas dan input daripada  pelbagai kumpulan untuk memastikan GST  difahami secara keseluruhannya.
Menurut beliau, kumpulan fokus yang diberi  tumpuan adalah sektor swasta dan ahli-ahli  perniagaan.
“Kita masih meneruskan usaha memastikan lebih  ramai memahami GST. Kita akui bukan mudah  untuk orang ramai menerima perkara-perkara  baru, sudah tentu ia memerlukan masa.
“Yang penting kerajaan memberi keadilan kepada  mereka sebelum pelaksanaan GST diputuskan,”  katanya ketika ditemui selepas merasmikan  Persidangan Cukai Kebangsaan 2012 di sini hari  ini. – UTUSAN
Sebelum itu, kami ingin mengembalikan kembali memori anda mengenai kebaikan cukai GST menurut Datuk Seri Idris Jala dibawah:
  • Membantu kerajaan mengurangkan cukai korporat dan seterusnya akan meningkatkan daya saing perniagaan
  • Kalau kerajaan mengenakan 5% untuk pelaksanaan GST di Malaysia, maka kerajaan mampu mengumpul RM6 billion. Kalau ikut pelaksanaan GST seperti di Singapura, beliau mengatakan Malaysia boleh memperolehi RM13 billion setahun
Okey, apa yang dimaksudkan dengan Malaysia GST ini? Bagaimana corak pelaksanaan Malaysia GST ini? Secara ringkas dan bahasa mudahnya begini…
  • Matlamat kerajaan sekarang hendak menaikkan pendapatan negara dan dalam pada masa yang sama mereka mengurangkan defisit. Mana tidaknya, hutang negara dah mencapai RM437 billion. Siapa lagi yang nak tolong selesaikan kalau tak rakyat Malaysia sendiri.
  • Bagi kami pelaksanaan Malaysia GST ini diakui lebih berkesan daripada sistem cukai yang ada sekarang ini.
  • Yang  pastinya golongan banyak yang terkesan ialah golongan pertengahan, dan yang berpendapatan rendah lagilah jatuh “jatuh terduduk” dibuatnya ditambah dengan “bebanan yang ada sekarang ini
  • Ini pasti akan beri kesan kepada kenaikan inflasi di Malaysia
  • Kerana konsep Malaysia GST, setiap kali kita beli barang semuanya ada cukai tidak kira anda miskin ataupun kaya. Pukul rata kesemuanya. Termasuklah juga kepada pendatang tanpa izin.
Pelaksaannya pada pendapat kami adalah baik, tetapi sekali lagi ianya bersifat populis dan meraih kepentingan politik dan lebih-lebih lagi, dalam pilihanraya yang semakin hampir. Diharap, kerajaan tidak akan lagi membuat keputusan yang “flip-flop” dalam merencanakan sesuatu yang baik untuk ekonomi.Apa pendapat anda mengenai penangguhan cukai gst ini? Bagus atau tidak? Atau anda mempunyai pendapat yang berbeza? Kongsikan pendapat anda.

Dana Khas RM 100 Juta Untuk Program Sukarelawan Belia 1M4U


program sukarelawan 1M4U Dana Khas RM 100 Juta Untuk Program Sukarelawan Belia 1M4UDah dekat-dekat pilihanraya ni, macam-macam insentif diwujudkan bagi menarik perhatian masyarakat am.Dan yang terbaru, Perdana Menteri Malaysia, akan mwujudkan dana khas sebanyak RM 100 juta bagi Program Sukarelawan Belia 1M4U, bertujuan untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia di Malaysia.
Berikut adalah keratan akhbar mengenai Program Sukarelawan Belia 1M4Uini:
KUALA LUMPUR: Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U), dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, dana berkenaan dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.
Katanya, ia merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan program-program di bawah 1MU4 dilengkapi dengan peruntukan untuk para belia menjalankan program sukarelawan mereka ke arah masyarakat dan negara lebih baik.
Beliau turut berkata, beliau sendiri akan mengetuai lembaga pemegang amanah 1M4U untuk menyelia kelancaran program sukarelawan belia.
“Menerusi program 1M4U, kami memulakan yang bukan gelombang rusuhan dan demonstrasi jalanan, tetapi satu gelombang yang terhasil di seluruh negara yang bertujuan untuk membina Malaysia yang lebih baik melalui semangat sukarelawan di kalangan belia,” katanya ketika berucap semasa merasmikan program 1M4U di Esplanade KLCC di sini, Ahad.
Merujuk kepada slogan 1M4U, Najib berkata: “Saya untuk anda. Kerajaan hari ini adalah Kerajaan untuk belia dan kami akan melakukan semua kita boleh bagi memastikan masa depan anda dipenuhi dengan harapan.”
Najib turut mengumumkan bahawa pada 2013 akan diumumkan sebagai Tahun Kesukarelawan untuk terus memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia.
Lebih 50,000 belia menyertai 16 program sukarelawan di Lembah Klang dan Selangor.
Tujuan Program Sukarelawan Belia 1M4U diwujudkanj adalah:
  1. Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan
  2. Mempromosi persefahaman masyarakat dunia mengenai keamanan sejagat
  3. Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia
  4. Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia
  5. Membina hubungan, jaringan di peringkat antarabangsa
  6. Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global
  7. Memberi kefahaman mengenai sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia
Kalau dilihat, tiada apa salahnya mengenai program sukarelawan belia 1M4U ini.Malah kami menganggap ianya suatu inisiatif terbaik dan juga satu langkah perubahan bagi kerajaan Barisan Nasional dalam mendekati belia dan memupuk mereka untuk membuat sesuatu yang bermanfaat.Namun biasalah, perkara-perkara baik sebegini hanya akan hadir apabila waktu pilihanraya semakin hampir.
Harapan kami adalah ianya bukanlah sekadar gimik politik semata-mata. Jangan nanti apabila menang pilihanraya, Program 1M4U entah kemana, duit peruntukan pun lesap kemana.Itulah yang biasa terjadi.Apa pendapat anda mengenai Program Sukarelawan Belia 1M4U ini?