Sunday 29 July 2012

Pelajar Dibenar Bawa Telefon Ke Sekolah-Setuju atau Tidak?


wee ka siong Pelajar Dibenar Bawa Telefon Ke Sekolah Setuju atau Tidak?Pelajar sekolah berkemungkinan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013. Begitulah kenyataan yang dibuat Datuk Dr Wee Ka Siong ,Timbalan Menteri Pelajaran. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.
Kami melihat ada pro dan kontra dalam perkara ini.Dari satu sudut, isu ini merupakan inisiatif yang baik, dimana dengan adanya telefon bimbit, pelajar-pelajar terbabit dapat menghubungi ibu-bapa sekiranya berlaku apa-apa permasalahan.Namun, hanya itu sahajalah kebaikannya. Berbanding dengan keburukan, kami berpendapat perkara ini adalah lebih baik sekiranya tidak dilaksanakan.
“It creates more harm than good”
Walaupun penggunaan telefon bimbit diterhadkan hanya pada waktu di luar kelas, kami tetap berpendapat ianya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Isu masalah sosial yang tinggi, disamping dengan penguatkuasaan yang kurang, akan mendorong pelajar-pelajar ini ke arah keburukan. Dari banyak segi, kami tidak nampak mengapa ianya perlu dibenarkan.
Itu belum cerita mengenai video klip 3gp, prono dan sebagainya lagi.Sedangkan pada waktu sekarang, telah ramai pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah secara senyap-senyap dan merakan aktiviti-aktivi yang tidak bermoral, apatah lagi sekiranya penggunaan telefon bimbit dibenarkan kelak.
“Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak”.
Terlalu banyak negatifnya dengan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.Nanti timbul pula kes kecurian, penyalahgunaan dan sebagainya. Di sekolah masih ada lagi telefon awam.Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, masih ada lagi jalan penyelesaian dan juga guru yang dapat membantu.
Namun itu adalah pendapat kami. Apa pula pendapat anda semua? Setujukah anda sekiranya pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013 ini?

1 Murid 1 Rim A4-Kerajaan Dah Tak Ada Duit?


sekolah kebangsaan seksyen 19 shah alam 1 Murid 1 Rim A4 Kerajaan Dah Tak Ada Duit?1 Murid 1 Rim kertas A4.Begitulah mengikut tajuk surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam kepada ibu-bapa / penjaga murid-murid tersebut.
surat pengerusi pibg mohon bantuan 1 Murid 1 Rim A4 Kerajaan Dah Tak Ada Duit?Mengikut daripada isi kandungan surat yang disertakan di atas, tujuan surat ini dikeluarkan dan diberi kepada ibu-bapa dan penjaga adalah kerana ingin meminta sumbangan kertas A4 untuk persediaan Ujian Bulanan 2 dan Peperiksaan Akhir Tahun sekolah tersebut, oleh kerana peruntukan kewangan yang diberikan kerajaan adalah tidak mencukupi.
Kami tidak dapat mengesahkah samada ada surat di atas adalah benar atau palsu semata-mata, namun kami melihat perkara ini dengan begitu serius. Bagaimana pula peruntukan yang diberikan tidak mencukupi? Adakah benar kerajaan memang tidak menyalurkan sumber kewangan yang relevan kepada sekolah ini? Kami difahamkan hanya Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam sahaja yang ada mengeluarkan surat seperti di atas.
Tidak salah untuk meminta bantuan daripada ibu-bapa, namun kami melihat ada sesuatu yang tidak kena sama sekali.Bagaimana hanya sekolah yang disbutkan di atas sahaja yang terlibat manakala sekolah-sekolah lain tidak mempunyai masalah sedemikian? Adakah ini merupakan kesalahan pentadbiran sekolah dalam menguruskan kewangan atau sebaliknya?
Kongsikan pendapat anda mengenai isu ini.

Bonus Raya 2012 1.4 Juta Kakitangan Awam (Tuntutan Cuepacs) : Setengah Bulan Gaji @ RM500?


Bonus Raya 2012 Kakitangan Awam : Kalau melihat semula laporan Berita Semasa mengenai bonus raya kakitangan awam yang bertajuk “Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam!“, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 billion bagi memberikan bosnu raya 2011 kepada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Itu beritahun tahun 2011, bagaimana pula dengan bonus raya 2012 kakitangan awam? 
Pasti ada yang mengatakan, mengapa perlu diberikan lagi kepada kalangan kakitangan kerajaan sedangkan mereka baru sahaja menerima kenaikan gaji antara 7-13% awal tahun ini. Takkanlah nak minta lagi bonus raya 2012 pula? Jawapan kami mudah sahaja.
Inilah waktu dan ketika yang terbaik untuk menghantar sebarang cadangan dan permintaan kepada pihak kerajaan. Nah…inilah masanya. Apatah lagi Malaysia sekarang ini dalam kehangatan menghadapiPilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi. Desas-desus ada mengatakan, kemungkinan besar selepas Hari Raya Aidilfitri 2012 kali ini. Benarkah? Sama-sama kita nantikan selagi tidak keluar sebutir pun pengumuman daripada Datuk Seri Najib Razak.

Tuntutan Cuepacs : Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan

Mungkin atas pertimbangan ini jugalah, Cuepacs melancarkan satu lagi tuntutan kepada pihak kerajaan :
Tuntutan bonus raya 2012 Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan kerajaan  di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada hari ini (Isnin)
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Dan hati kecil kami kuat merasakan kakitangan awam akan mendapat bonus raya 2012 kali ini. Dan samada dapat atau tidak bukan lagi menjadi menjadi persoalan utama sebenarnya kerana lebih terarah kepada persoalan, berapa jumlahnya yang bakal diagihkan oleh kerajaan bagi bonus raya 2012 kali ini?
  • Adakah bonus sebulan gaji?
  • Adakah pemberian bonus raya 2012 sebanyak RM500?
  • Ataupun mungkin lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini?
  • Atau anda ada cadangan lain yang dirasakan relevan?
Kalau dapat bonus raya 2012 kali ini, Alhamdulillah bukan? Walaubagaimanapun, andaikata tidak dapat janganlah menjadikan ia alasan membuatkan diri kita tiba-tiba kurang produktif pula jadinya..Kami jangkakan pada raya kali ini kalangan penjawat awam amnya dan rakyat Malaysia umumnya akan mendapat tempias bonus raya bukan sahaja kerajaan pusat tetapi juga kita akan melihat perlumbaan mengagihkan duit raya oleh setiap kerajaan negeri kepada setipa kakitangannya….
P/S : Apa pandangan dan harapan kakitangan awam di sini mengenai tuntutan bonsu raya 2012 kali ini untuk anda semua?

Tamadun Islam dan Asia.



Blog ini adalah assignment dari lecturer saya,

tolong view ya..



Saturday 28 July 2012

Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?


Preve Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Apa yang berlaku pada Proton Preve ini? Siapakah pemilik disebalik model Proton Preve ini?
Apakah sebenarnya masalah yang dialami oleh kebanyakan Proton Preve ketika ini termasuklah kereta Proton Preve merujuk kepada gambar di atas ini sehingga mendatang kerisauan kepada pemilik dan juga bakal pembeli yang berminat untuk menempah Proton Preve ini selepas beberapa gambar di atas dan yang seterusnya seperti di daam laporan berita kali ini mula tersebar di internet……
Mengapa produk Proton dilihat begitu dekat dengan rakyat Malaysia? Ini kerana…hakikatnya kami boleh katakan ini merupakan kereta Proton yang asalnya merupakan idea dan buah tangan Tun Dr Mahathir telah banyak menggunakan duit negara (duit rakyat) sehingga berbelas bilion ringgit berdasarkan rekod dan semakan Kementerian Kewangan ketika itu semasa membangunkan Proton sekitar tahun 90an. Proton telah menggunakan guna duit kerajaan untuk tubuhkan kilang buat kereta. Tiada negara dalamdunia bertindak melabur untuk membuat kereta kecuali Malaysia, di mana negara lain cuma bagi menyediakan insentif/kemudahan kepada pelabur untuk tubuhkan kilang buat kereta.
“Ya…hanya di Malaysia”
Proton Preve  Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Jadi, rakyat Malaysia sememangnya ada hak untuk tampil memberikan pandangan dan kritikan yang membina supaya dilihat pelaburan yang mereka “korbankan” selama ini benar-benar berbaloi.
Walaubagaimanapun, dalam isu kali ini sebelum membuat sesuatu pertimbangan, kita perlu mengambil satu penilaian yang boleh kami katakan bersifat objektif daripada mana-mana pengkritik automotif yang berpengalaman termausklah daripada anda-anda semua di sini. Apatah lagi, Proton Preve masih lagi “baru” dalam pasaran.
Proton Preve Review  Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Bagi kami penilaian seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas ini boleh kami katakan sebagai sabotaj. Entah-entah mungkin tidak pernah menggunapakai pakai langsung kereta Proton Preve ini tetapi mungkin minda sudah menetapkkan Proton adalah “tidak berguna”, maka akan terus dikritik dan dikritik tanpa alasan yang kukuh.
Samalah juga pandangan yang mengagung-agungkan/mempromosikan secara melampau sehingga mengkritik kereta orang lain. Maka pandangan seperti ini juga tidak wajar diambil secara serius aatah lagi tidak disertakan alasan yang begitu kukuh. Jadi adalah penting di sini untuk kita menganalisa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pertinbangan (analytical minded).

Antara Dakwaan Masalah Proton Preve? Benarkah?

Review Proton Preve Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Preve Proton Review Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Adakah dengan hanya beberapa keping kertas, adakah ramai yang akan terus melenting dan mengakui Proton Preve ini sangat teuk mesalahnya ketika ini sehingga menyebabkan siri menjatuhkan Proton orang lain ini dilihat telah berjaya? Begitu?
Kejadian ini dikatakan berlakudi sekitar cawangan Sungai Besi. “Tuan punya kereta” ini mengatakan berlakunya kebocoran enjin. Agak tergantung di situ? Teringat kami kes yang berlaku di PreveClub di aman terdapat seorang individu yang menjaja cerita dan kisah mengatakan brake kereta beliau mengalami kerosakan. Ada kebocoran katanya lagi dan bertindak sehingga mahu menghantar aduan kepada pengurusan tertinggi, akhirnya terbongkar di mana rupa-rupanya di pengadu tersebut hanyalah kaki provok yang hanya mengaku sebagai “pemilik Proton celup” sahaja.
Honda Civic Malaysia Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Honda Civic Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Antara kenyataan beliau di facebook
Kami lebih suka kes yang berlaku kepada pemilik model kereta Hondasebelum ini. Masih ingat lagi? Pemilik kereta Honda itu sendiri yang membongkarkan dan mendedahkan diri beliau yang sebenar di mana gambar kereta Honda di atas dimuat naik sendiri di blognya. Berbeza dengan kes Proton Preve seperti di atas.
  1. Kes  kereta Honda Civic : Pemilik menjelaskan masalah sebenar secara jelas dan beliau hanya memberikan komen dan pandangan hanya berkenaan masalah yang menimpa kereta beliau sahaja.
  2. Kes kereta Proton Preve : Yang ditulis dan yang dipaparkan ketika ini selalu digunakan oleh “basher”. Lebih kepada mahu menghentam Proton di mana tidak highlight pasal masalah sebenar yang menimpa kereta tersebut di mana masalah kereta tersebut  ala2 -ala tergantung. Enjin bocor?? Apa bocor.. air menitik?? Di mana??
Apa kata pemilik sebenar Proton Preve?

e Pangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!


Sistem e Pangkat KPM e Pangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!
e Pangkat : Sekarang ini semua urusan kerajaan sekarang menggunapkai konsep  ”e” termasuklah platform bagi urusan semakan kenaikan pangkat e pangkat KPM online (e Pangkat) di Moe yang ada sekarang ini. Apa yang boleh kami katakan sistem e pangkat ini memudahkan pengguna bagi mengisi urusan kenaikan pangkat atau kekosongan jawatan yang disediakan oleh KPM (Moe Gov My). 

Fungsi Sistem e Pangkat Online KPM?

Sistem Naik Pangkat atau e PANGKAT merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang melaksanakan:
  1. proses pemangkuan
  2. menangani isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
  3. kenaikan Pangkat
  4. penempatan pemangkuan
  5. pertukaran jawatan
  6. memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
e Pangkat Online e Pangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!
Jikalau diikutkan sebenarnya sistem e PANGKAT disiapkan secara berfasa. Namun begitu, fasa yang sedia ada sekarang telah mula digunapakai mulai Mei 2011 ialah aliran proses urusan kenaikan pangkat secara Time-Based. Dan juga….jiklaau diikutkan sebenarnya sistem e Pangkat KPM Online ini belum diimplementasikan sepenuhnya kerana urusan kenaikan pangkat masih lagi menggunakan cara lama iaitu permohonan secara manual
Sesiapa yang berkenaan boleh melayari laman semakan kenaikan pangkat di Moe melalui aplikasi e Pangkat dengan cara KLIK LINK di bawah ini :
ePangkat e Pangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!

Aplikasi Semakan Kenaikan Pangkat Guru 2012 – E-pangkat Online KPM / Moe

e Pangkat Moe Gov My e Pangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!Sebelum ini, seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang telah pun memenuhi syarat tempoh perkhidmatan telah mula menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012. Di mana kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
P/S : Apa pandangan setelah menggunapakai sistem kenaiakn pangkat bagi aplikasi  e Pangkat Online KPM ini?

Tuesday 24 July 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]


Jadual Berbuka Puasa 2012 Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]
Alhamdulillah……seluruh umat Islam di Malaysia pasti baru selesai bersahur awal pagi tadi. Kita sebagai umat Islam wajib berpuasa pada hari pertama puasa sehingga tibanya waktu berbuka puasa (jadual berbuka puasa 2012) nanti di sepanjang bulan Ramadhan kali ini (Waktu puasa adalah dari terbit fajar shadiq (waktu subuh) sampai terbenam matahari : waktu maghrib)trans Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]. Di dalam ini….

Doa Niat Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 / 1433 Hijrah Bagi Seluruh Negeri di Malaysia

Di bawah ini, kami kongsikan Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak bagi seluruh negeri di Malaysia. (Pastikan anda bookmark artikel ini sebagai rujukan anda sepanjang BuLan ramadhan kali ini)
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]
Jadual waktu berbuka puasa ini dikeluarkan oleh Jakim bagi memudahkan umat islam untuk merancang aktiviti dan menunaikan kewajipan berpuasa.
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 MELAKA & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 JOHOR & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 PERAK & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 SARAWAK & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 SABAH & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 TERENGGANU & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 KELANTAN & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 SELANGOR & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 PAHANG & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 WILAYAH PERSEKUTUAN & WAKTU IMSAK
WAKTU BERBUKA PUASA 2012 WILAYAH PERSEKUTUAN & JADUAL IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 PERLIS & WAKTU IMSAK
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2012 KEDAH & WAKTU IMSAK
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2012 NEGERI SEMBILAN & WAKTU IMSAK
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2012 PULAU PINANG & WAKTU IMSAK

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 : Adab Berbuka Puasa Menurut Sunah

Berbuka Puasa Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]
  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu berbuka puasa
  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88).
  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.
  4. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  5. Berdoa ketika berbuka puasa dengan apa sahaja doa yang kita hajati.
Waktu Berbuka Puasa 2012 Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]Ada baiknya kita semua lebihkan doa kita sebelum berbuka puasa dan sebelum bersahur insyallah ALLAH SWT mendengar doa kita. Jadual berbuka puasa seperti di atas akan dikemaksinikan dalam masa terdekat selepas kami mendapatkan maklumat yang terkini dan paling tepat untuk rjukan kami dan anda semua pada masa akan datang
[Pastikan anda bookmark artikel Jadual Berbuka Puasa - Waktu Berbuka Puasa 2012  ini untuk rujukan anda sekeluarga daripada masa ke semasa menjelangnya bulan Ramdahan 2012/1433 Hijrah yang tinggal beberapa hari daripada sekarang]