Wednesday 30 May 2012

Naikkan Gaji Kerani N17 & Buka Kenaikan Pangkat (Gred Maksimum N26 Kepada Gred Bersepadu N42)!


Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam Naikkan Gaji Kerani N17 & Buka Kenaikan Pangkat (Gred Maksimum N26 Kepada Gred Bersepadu N42)!
Kalau sebelum Cuepacs telah menuntut supaya skim pinjaman perumahan kakitangan awam dikaji semula, begitu isu tuntutan semakan semula bagi pemberian imbuhan kepada pensyarah dan juga tuntutan bagi penambaikan dan bantuan bagi kakitangan awam yang bersalin. Kali ini, Cuepacs menambah satu lagi daripada koleksi tuntutan untuk dicadangkan kepada pihak kerajaan.
Walauapapun yang terjadi selepas ini, besar kemungkinan Cuepacs merasakan inilah masa dan waktu yang terbaik untuk membuat tuntutan. Apatah lagi, Bajet 2013 bakal diumumkan tidak lama sahaja lagi. Semestinya cadangan dan tuntutan sebegini akan diberikan perhatian lebih ketika mengambilkira pengisian butir kandungan pengumuman Bajet 2013 kelak.

Antara Cadangan Terbaru Cuepacs :

Setakat ini terdapat 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan. Boleh kami katakan angka yang cukup besar. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kelompok ini?
1) Mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat. 
  • Kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan
  • Begitu juga gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula
2) Membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42
  • kenaikan gred bersepadu memberi  mereka peluangkenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa  perlu merujuk kepada kelulusan akademik
  • Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua  boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak sahaja
3) Mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran (cadangan picisan seperti ini, bagi kami tidak perlu difikirkan tidak mengapa. Fikirkan cadangan dan tuntutan yang lebih penting daripada ini)
Semua cadangan ini akan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN). Bilakah waktu dan ketikanya Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam? 1 bulan lagi? 2 bulan lagi? Selepas Bajet 2013? Sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13? Kami tidak pasti…..
P/S : Apa pendapat dan respon anda pula dengan lagi tuntutan baru Cuepacs ini?

No comments:

Post a Comment