Monday 21 May 2012

Debat Rafizi VS Khairy. Anda Mahu Mansuh PTPTN @ Kekalkan Sistem PTPTN Yang Ada Sekarang?



Rafizi Vs Khairy PTPTN Debat Rafizi VS Khairy. Anda Mahu Mansuh PTPTN @ Kekalkan Sistem PTPTN Yang Ada Sekarang?
Terima dan tahniah sekali lagi kepada Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli kerana sudi tampil berani sekali lagi memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendengar pandangan dan hujah dua orang pemimpin daripada berlainan ideologi politik mereka untuk sama-sama membahaskan satu topik yang sangat dekat dengan kalangan anak muda hari ini.
Apatah lagi acara debat yang membincangkan isu PTPTN diadakan dalam suasana kalangan golongan muda sedang sudah mula masuk ke pusat pengajian masing-masing…..
Nampaknya masih ada pihak yang nampak kepentingan debat ini berbanding dengan budaya politik fitnah, politik identiti dan politik perkauman yang acapkali mendominasi pemikiran rakyat Malaysia hari ini. Tahniah kepada Astro Awani yang memberikan peluang kepada sebilangan rakyat Malaysia menonton acara debat Rafizi VS Khairy ini. Walaubagaimanapun, kami masih menanti pihak TV3 dan juga RTM untuk turut sama-sama memeriahkan acara debat kali ini. Jikalau debat ala parlimen peringkat sekolah dan universiti seringkali mendapat tempat dan slot di saluran TV tersebut, mengapa tidak menyediakan sedikit ruang untuk debat yang menemukan dua pemimpin politik berbahas?
Walaupun Ahmad Maslan mengatakan budaya debat bukan amalan di Malaysia, kami tak rasa Malaysia sudah tahap begitu teruk sekali. Mengapa budaya di Malaysia berubah dalam sekelip mata, apabila mahu meneruskan budaya tersebut bagi membahaskan isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia dan negara di atas paltform politik yang berbeza?
anwar vs najib malaysia Debat Rafizi VS Khairy. Anda Mahu Mansuh PTPTN @ Kekalkan Sistem PTPTN Yang Ada Sekarang?
Negara maju yang lain termasuk pemilihan Presiden Perancis juga turut diadakan sesi debat antara calon yang bertanding, mengapa tidak Malaysia cuba mencontohi sesuatu yang baik untuk dilaksanakan dalam negara Malaysia ini berbanding dengan taktik dan serangan “baling batu, sembunyi tangan”?

Butiran Acara Debat Rafizi VS Khairy PTPTN

  1. Tarikh : 22 Mei 2012
  2. Hari : Selasa
  3. Masa : 10 malam
  4. Saluran : Astro Awani (501)

Laporan Berita Semasa Mengenai Isu PTPTN 

Kami pernah mengeluarkan beberapa laporan berita mengenai isu Berita Semasa yang mula dibangkitkan secara hebat dikalangan rakyat Malaysia semenjak Pakatan Rakyat “bertindak berani” dengan mengeluarkan cadangan mahu menghapuskan PTPTN. Antaranya ialah :
  1. PTPTN Malaysia : Adakah Caj Pentadbiran Membebankan Peminjam Seperti Anda? (20 Mac 2012)
  2. Hapus PTPTN? Tawaran Pendidikan Percuma Daripada Sekolah Rendah Hingga Universiti? (30 Mac 2012)
  3. Mansuh PTPTN : Kerajaan Akan Tanggung Kos RM43 Billion & Malaysia Bakal Muflis? (9 April 2012)
  4. DEMO Mansuh PTPTN : Berdemolah Dengan Akal Bukannya Emosi!! (18 April 2012)
  5. Sejarah Penubuhan PTPTN 1997. Berapakah Jumlah Sebenar Hutang PTPTN? RM43 Bilion @ Kurang RM30 Bilion? (19 April 2012)
Semoga acara debat kali antara Rafizi VS Khairy ini akan jadi satu pembuka jalan dan juga perintis kepada debat-debat lain yang melibatkan ahli politik-ahli politik yang lebih kanan. Dan juga kami juga berharap ini juga adalah permulaan supaya menghasilkan acara debat yang ditunggu ramai iaitu antara Perdana Menteri dan juga Ketua pembangkang sebelum bermulanya pertarungan dan perlumbaan dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
“Memberikan ucapan lebih mudah jika dibandingkan dengan perbahasan & perdebatan yang menyebabkan pertembungan dua idea. Seorang pemimpin politik harus pandai membuat kerja, membawa suara rakyat Malaysia dan juga membahaskan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat Malaysia”
Masing-masing pendebat mempunyai hujah dan pandangan yang tersendiri yang di satu pihak menyokong PTPTN diteruskan dengan sistem PTPTN yang sedia ada manakala di satu pihak lagi mahu memansuhkan PTPTN yang telah membangkitkan pelbagai persoalan dikalangan masyarakat hari ini.
Setakat ruangan undian yang kami buka sebelum ini melibatkan 1010 responden pembaca Berita Semasa sehingga ke hari ini, mereka lebih memilih pilihan supaya hanya caj pentadbiran dihapuskan berbanding memilih untuk PTPTN dihapuskan.
Isu PTPTN  Debat Rafizi VS Khairy. Anda Mahu Mansuh PTPTN @ Kekalkan Sistem PTPTN Yang Ada Sekarang?
Anda pula di pihak mana? Apa sebabnya?

No comments:

Post a Comment