Wednesday 9 May 2012

Durian Runtuh Felda 2012 Antara (RM5,000 – RM15,000). Dana Bernilai RM1.689 Bilion Diberikan Peneroka!!


Pengumuman Durian Runtuh FELDA Durian Runtuh Felda 2012 Antara (RM5,000   RM15,000). Dana Bernilai RM1.689 Bilion Diberikan Peneroka!!
Sebentar tadi berlangsungnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri yang menjaga Felda melibat durian runtuh FELDA 2012. Pengumuman diadakan di Jengka 8, Pahang yang dibawakan secara langsung oleh RTM. Kali ini gelombang durian runtuh akan menimpa peneroka FELDA pula…..

Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka

Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :
  1. Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diangihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA
  2. Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
  3. Fasa Kedua  2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
  4. Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jikalau ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)
Duit Peneroka FELDA Durian Runtuh Felda 2012 Antara (RM5,000   RM15,000). Dana Bernilai RM1.689 Bilion Diberikan Peneroka!!
Lain-lain Imbuhan Untuk Peneroka Felda :
  • Peneroka Felda akan menikmati kemudahan pinjaman rumah tanpa faedah
  • Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri
  • 20% saham Felda Global Venture (FGV) akan diperuntukkan kepada Tabung Amanah bagi peneroksa FELDA dan setiap keuntungan dividen akan disalur secara terus pada peneroka.
  • Berdasarkan perkiraan awal, jika penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menguntungkan seperti yang dijangkakan, besar kemungkinan peneroka akan menerima lagi imbuhan sebanyak RM1350 (jumlah minimum)
  • Setiap peneroka layak menerima saham Felda Flobal Ventures FGV
  • Petugas-petugas dan pegawai-pegawai FELDA dapat bonus khas 2 bulan setengah gaji
Durian Runtuh Peneroka Felda 2012 Durian Runtuh Felda 2012 Antara (RM5,000   RM15,000). Dana Bernilai RM1.689 Bilion Diberikan Peneroka!!
Kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH sebelum pertengahan tahun 2012 ini.
P/S : Apa kata warga FELDA dan anda semua selepas berakhirnya pengumuman Durian Runtuh Peneroka FELDA kali ini?

No comments:

Post a Comment