Monday 21 May 2012

Chedet : Kerajaan Perlu Bantu Proton Secara Berterusan!! Adakah Proton Liabiliti Kepada Rakyat Malaysia & Negara?


Kereta Nasional Malaysia Chedet : Kerajaan Perlu Bantu Proton Secara Berterusan!! Adakah Proton Liabiliti Kepada Rakyat Malaysia & Negara?
Bagi kami sebenarnya Proton boleh untung besar jika pasaran Malaysia sebesar di China. Sekarang ini Malaysia hanya sekitar 29 juta penduduk sahaja, apa lagi yang boleh diharapkan? Berapa ramai yang mampu membeli kereta? Eksport? Sedangkan penduduk di negara luar sana diberikan banyak pilihan dengan rekabentuk yang menarik dan mampu memiliki model kereta yang berkualiti pada harga yang munasabah. Di Malaysia? 
Di Malaysia selepas berpuluh tahun, Proton masih perlu lagi mendapat bantuan daripada pihak kerajaan :
  • Mula mendapat suntikan sekadar untuk mencuba
  • Apabila kerapkali diberikan suntikan, sekali tidak dapat mula “tidak keruan”
  • Akhirnya menjadi ketagih untuk mendapat suntikan daripada dana kerajaan secara berterusan
Dana Proton Kerajaan Chedet : Kerajaan Perlu Bantu Proton Secara Berterusan!! Adakah Proton Liabiliti Kepada Rakyat Malaysia & Negara?
Ya…kami akui semua bisnes perlukan modal, tetapi apa gunanya berniaga apabila kerapkali “disuntik” dan terus diberikan subsidi dan perlindungan? Bila nak maju?
“Korea Selatan juga diberikan bantuan oleh pihak kerajaan mereka sebelum ini. Bezanya, mereka diberi bantuan maju ke hadapan, PROTON selama diberi bantuan duduk bersenang lenang terlalu lama sangat. Barulah sekarang tersedar daripada lena tidur dan mula berfikir untuk maju ke hadapan”
Seperti yang kami katakan sebentar tadi, perniagaan industri berat seperti ini tidak sesuai untuk pasaran domestik yang kecil seperti Malaysia. Tidak cukup hanya bergelar jaguh kampung. Kami tidak pertikaikan sama sekali teknologi dan penambaikan yang dilakukan Proton ketika ini. Memang nampak ada kemajuan termasuklah keluaran model terbaru Proton Preve berbanding model-model Proton sebelum ini. Tetapi cukuplah sampai di sini, bantuan yang kerajaan telah berikan selama ini. Jangan diheret sama rakyat Malaysia dengan bisnes kereta Proton ini. Gunakan dana kerajaan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat
“Buat bisnes kereta biasa-biasa, dapatlah hasil yang biasa-biasa sahaja”
Sebab itulah, jikalau kita perhatikan tiada negara ASEAN LAIN hatta Thailand dan juga Indonesia yang memilki penduduk yang berganda berbanding jumlah penduduk di Malaysia pun tidak berminat menjadi pengeluar kereta. Sedangkan Thailand dan Korea Selatan contohnya, pernah terpalit dengan krisis ekonomi yang lebih teruk berbanding Malaysia sekitar tahun 1997/1998 sehingga memaksa mereka melutut meminta bantuan daripada IMF. Hasilnya, apa jadi dengan industri automotif di kedua-dua negara sekarang ini? Begitu juga peluang pekerjaaan, adakah sesuatu negara itu akan mengalami masalah menyediakan peluang pekerjaaan kepada rakyatnya jika tidak menghasilkan kereta Nasional sendiri? Hakikatnya….negara mana yang menjadi hub pemasangan kereta di sekitar Asia Tenggara sekarang ini?
Bagi kami idea untuk menubuhkan Proton tidak silap jika, jika….Proton benar-benar komited untuk menjadi jaguh di peringkat antarabangsa.
Ini bukan soal bangga dan mempunyai semangat patriotik. Semangat patriotik bukan setakat hanya dizahirkan dengan cara membeli kereta Nasional pada harga yang lebih tinggi berbanding rakyat di negara lain untuk spesifikasi yang lebih baik. Banggakah? Patriotikkah?
“Mengkritik tidak semestinya membenci”
Kami tidak rasa kalangan pembaca Berita Semasa terbawa-bawa dengan budaya seperti. Semuanya mahu yang terbaik. Jika Proton benar-benar mahu berubah :
  1. Kurangkan campurtangan politik yang berlebihan dalam Proton. Apa sahaja perniagaan dan juga entiti yang melibatkan politik yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Biarkan orang yang berkemahiran dalam industri automotif ini yang menentukan apa yang terbaik kepada Proton. Tetapi kalau tetapi mahu mahu campur tangan juga, jangan cuba “bercerita lagi lagi” tentang kemajuan untuk Proton
  2. Proton perlu menilai semula vendor-vendor yang kurang berkualiti dalam erti kata lain vendor-vendor cap ayam yang banyak merosakkan Proton selama ini atas nama kroni. Harga mahal tetapi kualiti, hanya pengguna Proton yang mampu menilainya ketika selama ini menjadi “tikus makmal” untuk dijadikan bahan eksperimen. Kelibat orang tengah yang untung atas angin ini patut dihapuskan
  3. Kesinambungan daripada masalah vendor itulah menjadi antara penyebab usahasama antara Proton dan Volkswagen tidak menjadi realiti termausklah dalam kuasa penentuan vendor. Penilaian terhadap harga komponen yang dibekalkan dan juga teknologi komponen tersebut contohnya daripada segi ketahanan supaya menjadikan Proton lebih berdaya saing.
  4. Proton perlu lebih kreatif, harga pun biarlah mesra pengguna. Walaubagaiamnapun, tanpa bantuan daripada pihak kerajaan untuk menstruktur semula cukai-cukai yang dikenakan selama ini, impain ini hanya tinggal angan-angan sahaja
  5. Seperti yang kami nyatakan di perenggan atas syarikat automotif yang mahu hidup lama dan berkembang maju tak buloh bergantung harap dengan pasaran domestik sahaja, lagi kan pulak negara kecil seperti Malaysia. Selagi Proton masih mengharap kepada pasaran domestik sahaja maka sampai langit runtuh pun Proton akan terus menjadi “liabiliti” kepada rakyat Malaysia dan negara
  6. Akhir sekali, jikalau Proton tidak mampu meniaga kereta dengan cara yang betul, Proton harus belajar menurun ego sendiri mengakui kesilapan diri sendiri. Rakyat Malaysia tidak kisah. Ikut cara Jepun dan Korea Selatan kepada rakyatnya pada harga yang setara dengan pendapatan rakyat mereka di sana dan berkualiti.
  7. Di Eropah kebanyakan pengeluar kereta bergabung atau jual pada pengeluar kereta lain seperti General Motor di US  atau PSA yang menggabungkan kereta peugeot, Citroen dan Renault. Mini Cooper pun di bawah BMW walaupun asalnya daripada Britain. Proton juga harus mengambil pendekatan yang sama dengan cara bergabung dengan syarikat kereta lain jika mahu terus bergiat maju.
  8. Kebaikan bergabung adalah syarikat-syarikat pengeluar kereta ini dapat berkongsi komponen kenderaan sesama mereka. Misalannya kita ambil contoh jenama-jenama di bawah Kumpulan VW. Ada komponen dalam model-model kereta yang mereka keluarkan mereka berkongsi. Apabila jumlah komponen yang dihasilkan vendor bertambah maka kos pengeluaran komponen akan menjadi lebih murah. Apabila komponen murah, kos pengeluaran kereta juga akan menjadi lebih murah dan dalam pada masa yang sama kualiti juga tetap dijaga.
  9. Paling pentingnya, paling penting adalah dapat akses kepada teknologi yang dimiliki pengeluar kereta yang lebih berpengalaman. Setakat ada kerjasama adalah mustahil untuk dapat akses kepada teknologi canggih mereka. Teknologi bukan setakat pada kenderaaan, tetapi juga teknologi di kilang pengeluaran. Selain itu dapat juga menerobos masuk ke pasaran-pasaran baru
Sebelum ini, Proton mendapat subsidi secara tidak langsung daripada kerajaan. Pelaburan daripada kerajaan melalui Khazanah, pemegang saham terbesar Proton, dan mereka menyuntik dana yang diambil daripada hasil kerajaan untuk dilaburkan ke Proton. Sekiranya suntikan dana dibuat ketika Proton masih mewah dengan keuntungan, maka ianya memang wajar. Tapi jika suntikan dana dibuat ketika ia mengalami kerugian, ianya boleh dianggap satu cara untuk “bailout” atau dalam kata lain – subsidi untuk menyelamatkan syarikat tersebut dari terus tersungkur. Selain dalam bentuk pelaburan, beberapa polisi kerajaan seperti mengenakan cukai yang tinggi terhadap kereta import atau kereta bukan jenama nasional, adalah salah satu bentuk “perlindungan secara halus” kepada Proton. Walaupun ini bukan subsidi, tetapi protectionism sebegini memberi keuntungan yang lebih kepada Proton berbanding pengeluar-pengeluar kenderaan import yang bersaing dalam industri automotif.
Apabila ditambah pula kereta-kereta Proton yang dahulu dijual mahal dan alat-alat ganti yang tidak berkualiti, apa lagi alasan Proton untuk mendapat simpati daripada kerajaan setelah segala perlindungan dan kedudukan telah diberikan kepada mereka selama ini?
Kami rasa pembaca Berita Semasa sudah sedia maklum mengapa dan apa sebabnya harga kereta Proton di Malaysia lebih mahal berbanding apabila dijual di Arab Saudi dan juga pembaca Berita Semasa sudah mengikuti mengapa dan bagaimana harga kereta yang dijual di Malaysia boleh dijual lebih murah kepada warga asing yang tinggal di Malaysia. Dan tidak lupa juga pembaca Berita Semasa sudah membaca laporan berita yang mengupas harga kereta Myvi yang boleh dijual di Britain lebih murah untuk spesifikasi yang lebih baik berbanding harga yang dijual kepada rakyat sendiri di Malaysia.
  1. Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
  2. Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?
  3. Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!
Realiti yang memang pahit untuk ditelan adalah di mana terbukti kewujudan kereta Nasional bukan memudahkan majoriti rakyat mendapat kereta yang setimpal dengan harga tetapi hakikatnya membuatkan kereta import “dipaksa” menjual kepada rakyat Malaysia pada harga yang melampau. Ini kerana…..
  1. Tahun 80an : Proton Saga berharga RM14,0000 ++ VS  Nissan Sunny 130y RM15,000 ++. Di waktu ini, model Proton pertama baru sahaj dilancarkan
  2. Tahun 90an : Proton Saga berharga RM20,0000 ++ VS Nissan Sunny 130y RM40,000 ++ (selepas mula dikenakan cukai tinggi)
  3. Tahun 2011 : Proton Persona RM60,000 ++  VS  Toyota Vios RM70,000 ++
Kalau di Indonesia Toyota Vios digunakan sebagai teksi sahaja. Proton Persona sendiri design, enjin sendiri. Harga?

No comments:

Post a Comment