Monday 28 May 2012

Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!


Hub Automotif Indonesia Thailand Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!
Hari ini kalau dilihat beberapa pembuat kereta terkenal dunia seperti Toyota, General Motors (GM), Ford dan juga Tata telah mula meningkatkan pelaburan mereka di Indonesia selain pelaburan yang banyak mereka laburkan dalam industri automotif di negara “gajah putih” (Thailand).
Terbaru, pengeluar kereta yang kami sebutkan sebentar tadi sudah mengumumkan rancangan untuk pembinaan kilang pemasangan bagi melancarkan model-model baru milik mereka untuk tujuan menerokai pasaran yang lebih besar di Asia Tenggara khususnya di Indonesia yang menyasarkan golongan pertengahan. 
  1. Toyota akan meningkatkan pengeluaran kepada 230,000 unit setahun pada tahun 2014
  2. GM bersedia melabur AS$ 150 juta untuk membuka semula kilang pemasangan untuk sebuah van 7-tempat duduk untuk tempoh 7 tahun yang akan datang dan mengeluarkan 40,000 kenderaan setahun bagi kedua-dua pasaran domestik dan eksport
Banjir di Thailand Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Pada tahun lepas, Indonesia telah muncul sebagai pasaran terbesar ASEAN buat kali pertama dengan jualan sebanyak 850,000 berbanding dengan negara Thailand yang “jatuh” dengan jualan hanya sekitar 795,000 dek kerana krisis banjir yang melanda negara Thailand. Sekarang ini Thailand masih terus mengunguli sebagai pendahulu bagi pengeluar automotif yang terbesar bagi rantau Asia Tenggara diikuti negara Indonesia di tempat yang kedua. Malaysia?
  1. Thailand : 1.6 juta pengeluaran kereta tahun 2011
  2. Indonesia : Hanya mengeluarkan 700,000 pengeluaran kereta pada tahun 2011
Antara faktor yang menyumbangkan kepada pertumbuhan industri automotif di Indonesia contohnya adalah peluang pelaburan yang cukup besar yang ditawarkan kepada pengeluar kereta terkenal dari seluruh dunia untuk “berkampung di Indonesia” :
  1. Pengecualian cukai korporat untuk 5-10 tahun (termasuk pengurangan untuk dua tahun lagi sebanyak 50 peratus) yang mula diperkenalkan pada Ogos 2011. Keistimewaan ini hanya ditawarkan bagi mana-mana pelaburan yang bernilai sekurang-kurangnya US$117 juta, dengan pelabur perlu memegang 10 peratus daripada jumlah pelaburan di Bank Indonesia
  2. Pengecualian VAT dan duti import bagi barang-barang dalam bahan mentah / bahan perantaraan, yang memberi manfaat kepada pelabur Indonesia untuk mengimport alat ganti automotif bagi pemasangan tempatan
  3. Duti import untuk kereta penumpang dan kenderaan komersial antara 0-50 peratus dan juga duti import bagi bahagian-bahagian auto adalah 10 peratus, dikecualikan untuk negara-negara ASEAN lain. Ini juga akan memberi manfaat kepada pelabur Indonesia yang bergantung kepada bahan mentah dari negara-negara ASEAN yang lain
  4. Indonesia juga menurunkan cukai pendapatan bagi pelabur yang menghasilkan kenderaan mesra alam (22km/liter bahan api ekonomi, 80 peratus kandungan tempatan dan Euro 3 pelepasan)  dan menjual kenderaan pada harga yang berpatutan
Ini semula dilakukan dengan harapan dapat memenuhi permintaan di Indonesia khususnya dan mengurangkan bilangan kenderaan yang terpaksa diimport oleh Indonesia.
Jual Kereta Indonesia Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Indonesia dan Thailand yang suatu ketika dahulu “jatuh terduduk”, lebih teruk keadaannya berbanding negara kita Malaysia semasa krisis kegawatan ekonomi 1997/1998 sehingga menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan Internaltional Monetary Fund (IMF) yang mana yang terkenaldengan kadar bunga yang tinggi tetapi dalam pada masa yang sama IMF sangat mementingkan disiplin kepada peminjam untuk menguruskan kewangan negara dengan telus dan cekap.
Akhirnya, sejak daripada krisis kemelesetan ekonomi 1997/1998 dahulu pakej IMF telah mengajar Indonesia contohnya untuk bersikap lebih telus dan bertanggungjawab sejak kejatuhan Presiden Suharto yang telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri seperti IMF praktikkan mekanisme yang sama terhadap negara Korea Selatan. Dan Indonesia dilihat semakin baik dan semakin naik…
Kami juga yakin dan percaya, pelabur akan terus berani dan yakin untuk datang melabur di Malaysia seperti mana pelaburan yang telah dicurahkan oleh pembuat kereta di seluruh dunia ke atas negara Thailand dan juga Indonesia dengan syarat, sudah tiba masanya kerajaan kurang memanjakan Proton seperti mana kehendak yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu terus kerajaan terus melindungi Proton. Kami sama sekali tidak setuju, bagaimana pula dengan anda?
Tiada masalah untuk membuat dan menghasilkan kereta Nasional sendiri tetapi hakikat yang perlu diakui adalah di mana tindakan kerajaan yang memberikan perlindungan yang cukup ekstrim Proton sehingga membebankan rakyat dan menjadi liabiliti besar kepada negara, dalam pada masa yang sama terus mengabaikan kepentingan kemasukan pelaburan pembuatan kereta dari luar negara.
Dalam keadaan Thailand & Indonesia dilihat semakin agresif membuka peluang kepada pemain automotif global untuk bertapak di negara mereka semestinya memberikan seribu satu faedah kepada negara dan rakyatnya :
  1. membawa kemasukan pelaburan asing
  2. menjana ekonomi
  3. pemindahan teknologi
  4. memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Industri Otomotif Indonesia Malaysia Memiliki Kereta Nasional VS Thailand, Indonesia (Hub Automotif Bagi Pasaran Asia Tenggara)!!Di mana kedudukan Malaysia ketika ini dalam keadaan rakyat “dipaksa” untuk berbangga dengan kereta buatan kereta sendiri? Sedangkan Thailand & Indonesia hari ini yang sama sekali tidak mempunyai jenama & produk sendiri yang boleh dibanggakan seperti Proton, hakikatnya banyak manfaat yang diperolehi sebenarnya jika sektor automotif diterokai dengan sebaik mungkin sebagai sumber pendapatan negara. Sudah tiba masanya, Proton tidak terus dilihatkan sebagai satu beban dan liabiliti kepada negara dan rakyat, sebaliknya Malaysia harus bergerak cepat dengan mengambil peluang untuk menjadi :
  1. hub untuk R&D
  2. pusat rekabentuk global
  3. pusat pengeluaran kenderaan jenama Eropah
  4. selain pusat pengeluaran kenderaan hybrid & elektrik.
Dengan cara ini ia secara tidak langsung menjadikan sektor automotif negara lebih kompetitif selain memperkasakan modal insan yang ada dengan teknologi tinggi.Sebenarnya kita adalah perintis sektor automotif di rantau ini, jadi kita perlu bangkit dengan formula baru untuk menaikkan semula sektor ini. Proton & Perodua pula perlu keluar dari kepompong comfort zone (zon selesa) yang selama ini dinikmati oleh mereka. Inilah masanya untuk lebih agresif ke peringkat global & meningkatkan kualiti produk mereka.
P/S : Apa pandangan anda pula?

No comments:

Post a Comment