Thursday 3 May 2012

Semakan Keputusan KPLSPM 2012 (Ambilan Jun)


Aplikasi KPLSPM IPG 2012 Semakan Keputusan KPLSPM 2012 (Ambilan Jun)
Perhatian kepada semua pelajar lepasan SPM yang ada memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau kalau dahulu lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan, kami ada ruang untuk anda membuat semakan keputusan KPLSPM 2012setelah anda berjaya melalui proses temuduga dan juga Ujian Insak yang telah ditetapkan.
Sebelum itu, anda harus memerhatikan tarikh-tarikh penting bagi Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi memudahkan anda membuat semakan daripada masa ke semasa.

Semakan Keputusan KPLSPM 2012 (Tarikh Penting)

  • Semakan Temuduga – 30 April 2012 (moe.gov.my)
  • Temuduga & Ujian Insak – 7 – 18 Mei 2012
  • Semakan Keputusan KPLSPM 2012 – 5 Jun 2012
  • Pendaftaran Pelajar Baru KPLSPM – 18 Jun 2012
  • Semakan Calon Ganti (jika ada) – Julai 2012
Ini bermakna semakan keputusan KPLSM 2012 boleh anda lakukan bermula 5 Jun 2012 :

Cara Semakan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012

Semakan keputusan KPLSPM 2012 ke IPG ini boleh dibuat secara online ataupun sms.
Semakan Keputusan Permohonan KPLSM 2012 Secara Online boleh dilakukan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di portal :
  1. Semakan KPLSPM 2012 (Kursus Perguruan Lepasan SPM)Ambilan Jun 2012 (1) atau;
  2. Semakan KPLSPM 2012  (Kursus Perguruan Lepasan SPM)Ambilan Jun 2012 (2)
Nota : URL & Maklumat akan dikemaskini daripada masa ke semasa
Semakan Keputusan Permohonan Maktab Perguruan @ IPG SMS boleh dibuat secara SMS seperti:
MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888. contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.
Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan secara sms sila taip :
MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888. contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888

Pengesahan dan Surat Tawaran Maktab Perguruan @ Institut Perguruan (IPG)

Semua calon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan memuat turun surat tawaran sementara dan dokumen berkaitan bagi tujuan pendaftaran menerusi salah satu portal di atas.

Borang Am 402 (KPLSPM)

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Permohonan Rayuan KPLSPM 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia KPM Semakan Keputusan KPLSPM 2012 (Ambilan Jun)Difahamkan tiada permohanan rayuan akan dibuka untuk mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPGM ini. Walaupun begitu tidak ada halangan untuk anda menulis surat rayuan ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3, Blok E13, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar).

Pertanyaan KPSPM

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2011 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.
Tahniah kepada semua yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM ambilan Jun 2012 ini di Maktab Perguruan @ Institut Perguruan Malaysia (IPG)

No comments:

Post a Comment