Friday 4 May 2012

Kosmo VS Malay Mail? Yang Mana Satu Membohong (Kes Arif Kortono)?


Malay Mail VS Kosmo Kosmo VS Malay Mail? Yang Mana Satu Membohong (Kes Arif Kortono)?
Setakat ini, 9 individu yang terdiri dalam krew media telah dilaporkan dikasari oleh pihak polis termasuklah Arif Kortono (jurugambar MalayMail) yang telah mandakwa mendakwa diserang oleh enam anggota polis lengkap beruniform dan kameranya telah dihancurkan.
Dalam laporan berita yang dibuat pada akhbar Malay Mail bertajuk “I was kicked and stomped by police officers” pada 30 April 2012 dilihat bercanggah dengan laporan berita yang dikeluarkan oleh pihak Kosmo pada akhbar Kosmo mereka bertarikh 29 April 2012 yang mendakwa sebenarnya jurugambar akhbar Malay Mail cedera dibelasah peserta Perhimpunan Bersih 3.0.
Jika ada laporan berita yang bercanggah untuk insiden seperti ini, pasti ada satu laporan berita yang menipu? Laporan berita Kosmo atau laporan berita Malay Mail?

No comments:

Post a Comment