Wednesday 9 May 2012

(Video) Ibu Dera Bayi Berumur Setahun. Kejam & Tidak Berperikemanusian!!


Gambar Ibu Pukul Bayi (Video) Ibu Dera Bayi Berumur Setahun. Kejam & Tidak Berperikemanusian!!
Terima kasih kami ucapkan kepada pembaca Berita Semasa, Nor Shuhada yang telah mengirimkan melalui email video kejam seorang ibu yang mendera bayi yang hanya berumur sekitar setahun dengan keadaan yang kami fikir sangat tidak berperikemanusian…

Video Ibu Dera Bayi Berumur Sekitar 1 Tahun

Perbuatan ibu yang berbangsa Melayu berumur menginjak ke umur sekitar 19 tahun ini melepaskan geram dan amarahnya terhadap anaknya yang masih lagi terlalu kecil untuk mengenal dunia dek kerana tertekan dengan perbuatan suaminya yang curang. Akhirnya, bayi ini yang menjadi mangsa. Sekarang ini bayi ini diletakkan di bawah jagaan orang lain dan masih lagi mengalami trauma.

UPDATE : Kes Dera Bayi – Jawapan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Semakan Berita Semasa di Laman Facebook menunjukkan pihak PDRM telah tampil memberikan respon balas terhadap video yang telah dikemukankan oleh orang ramai
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kes Dera Bayi Setahun (Video) Ibu Dera Bayi Berumur Setahun. Kejam & Tidak Berperikemanusian!!
Sumber : (Facebook PDRM)
P/S : Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran anda dikala menonton video ibu dera bayi berumur hanya setahun ini yang telah menjadikan video ini menjadi sensasi di Internet sejak tengahari tadi.

No comments:

Post a Comment