Tuesday 29 May 2012

Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?


PerdaNa Menteri Melayu Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?
Ada Melayu yang tipu Melayu dan tidak memberikan hak kepada bangsanya sendiri, ada Cina yang rompak harta rakyat Malaysia dan orang Cina juga dan ada juga India yang curi duit hasil terkumpul orang India selama ini. Tetapi bukan semuanya begitu. Ada ramai juga Melayu, Cina dan India yang terdiri daripada golongan yang baik-baik. Bezanya di sini adalah integriti. 
Kami sudah jangkakan isu ini akan kembali hangat menjadi hangat di Malaysia. Dan, isu seperti ini tidak akan berhenti di sini sahaja. Ini kerana mentaliti masyarakat kita masih lagi cepat melatah, cepat terkejut, cepat mengelabah dan juga cepat mereka cemas dan takut. Baguslah, sekurang-kurangnya menampakkan kita peka apa yang berlaku disekeliling kita.Cuma, berpadalah apabila menilai sesuatu isu. Ini semua disebabkan kurangnya pendedahan ilmu yang informasi yang berkualiti diklangan rakyat Malaysia dan tidak lupa juga sikap kurang membaca dikalangan kita semua.
  • Memang bagusnya ada sifat ingin tahu apabila timbulnya sesuatu isu, kita semua mempunyai kesedaran untuk mengkaji dan mencari seberapa banyak maklumat untuk dibuat perbandingan dan pernilaian.Bukan diterima bulat-bulat semata.
  • Apatah lagi, kalau dilihat trend sekarang ini penyampaian maklumat, informasi dan berita cukup-cukup mencabar dikalangan rakyat Malaysia yang kerapkali “tewas” ketika membaca dan menontonnya.

Isu Melantik Perdana Menteri Bukan Islam & Juga Bukan Melayu

Utusan Malaysia Online Politik Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?
Semakan kami menunjukkan tiada sekelumit perkataan pun dalamPerlembagaan Malaysia mengatakan Perdana Menteri Malaysia adalah Melayu. Memang tiada. Tetapi…..ya ada tetapinya. Tetapi, Perlembagaan Malaysia meletakkan Perdana Menteri mestilah ahli Dewan Rakyat & mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang lain, sebelum diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.
Akan tetapi, bagi fungsi dan kuasa tertentu, YDPA mempunyai budibicara dan tidak perlu bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet. Salah satu contoh adalah dalam pelantikan Perdana Menteri. Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat yang mana, pada pendapat YDPA, akan memperolehi kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Mudah bukan ayatnya untuk difahami?
“Janganlah kita sendiri yang membuat undang-undang, tetapi selepas itu kita sendiri yang memijaknya”
Baginda akan mengambilkira faktor “mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan” dalam memberikan perkenan perlantikan Perdana Menteri (seperti yang digariskan dalam Perlembagaan). Biasanya negeri-negeri yang ada Sultan Menteri Besarnya mestilah Melayu manakala Melaka, Penang, Sabah & Sarawak meletakkan sesiapa pun berhak utnuk menjadi Ketua Menteri tanpa mengira bangsa.
Apabila undang-undang ini sudah termaktub dalam perlembagaan,  bukan sesuatu yang mudah untuk meminda perlembagaan bagi undang-undang di atas.
  1. Undang-undang pula bukannya boleh senang-senang digubal
  2. Mula-mula kena bincang di Dewan Rakyat aka parlimen
  3. Kemudian, kalau setuju diusulkan di Dewan Rakyat, perkara itu akan di bawa pula ke Dewan Negara untuk dibahaskan
  4. Kalau sebulat suara setuju, barulah dibawa ke Agong untuk turunkan tandatangan
  5. Kalau dahulu, sekiranya Agong tak mahu sain disebabkan tidak bersetuju, undang-undang itu tak boleh dikuatkuasakan
  6. Itu dahulu, sekarang ini kalau lebih 45 hari Agung tak sain juga, undang-undang itu mula berkuatkuasa secara automatik
Persoalannya, berapa ramai Melayu bumiputera dalam Dewan Rakyat sekarang ini? Berapa ramai ahli parlimen yang beragama Islam di Dewan Rakyat? Jikalau jawapan disebalik persoalan ini boleh dijawab dengan hati yang terbuka, isu yang mengatakan Perdana Menteri besar kemungkinan terdiri daripada bukan Islam atau bukan bukan Melayu bumiputera atau kedua-duanya sekali hanyalah permainan politik sahaja. Apa perlunya provokasi seperti ini? Sepatutnya rakyat Malaysia dididik dan diajar bukan diprovok dengan isu-isu seperti ini tanpa perbandingan maklumat yang baik.
Berapa ramai Melayu “kelabu asap” yang menjadi pemimpin di Malaysia selama ini. Ada masalah? Yang “bagusnya” di Malaysia ini, jikalau ada yang bertukar daripada agama lain kepada agam islam, automatik mereka-mereka ini akan dicopkan Melayu. Mudah bukan? Contoh? Anda boleh perhatikan laporan berita disekeliling anda hari ini…….
Perdana Menteri Malaysia Melayu Perdana Menteri Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Walaupun Bukan Melayu & Beragama Islam. Reaksi Anda?
Kalau tanya kami apa pilihan dan pendirian kami sebenarnya. Semestinyakami mahukan Melayu yang berintegriti dan juga beragama Islam yang mempunyai iman yang kuat.
Ini kerana ada juga orang Melayu yang “kurang kualitinya” dan ada juga Melayu yang “berkualiti”
Melihatkan barisan yang berkuasa di Malaysia….
  • Yang Dipertuan adalah bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Perdana Menteri sekarang ini adalah bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Barisan Menteri majoriti adalah bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Majoriti ahli parlimen juga ada bangsa Melayu dan beragama Islam
  • Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, Hak Keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan tidak boleh sama sekali dipinda selagi tidak mendapat perkenan daripada Majlis Raja-raja. Barisan Sultan dan raja di Malaysia semuanya terdiri daripada kalangan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu
Jadi apa yang ditakutkan sebenarnya, ibarat “kiamat” bakal terjadi dalam masa terdekat?
Kita bangsa yang berkuasa dan kita juga adalah merupakan majoritinya adalah beragama Islam tetapi kita semua menjadi takut dan lemah ibarat minoriti di tanahair sendiri seringkali tewas dengan permainan dan perang saraf media. Pelik bukan? Apa reaksi dan pendapat anda pula mengenai isu ini?

No comments:

Post a Comment