Monday 21 May 2012

Jualan Kereta di Malaysia Mula Merosot. Rakyat Sudah Berkorban, Perodua & Proton Bila Lagi?



Jualan Kereta Malaysia Jualan Kereta di Malaysia Mula Merosot. Rakyat Sudah Berkorban, Perodua & Proton Bila Lagi?
Bagi kami langkah Bank Negara Malaysia (BNM) cukup baik dan tepat pada masanya. Kami sememangnya setuju daripada awal lagi, biar yang betul-betul layak dan bermampuan sahaja dapat membeli kereta. Tetapi yang menjadi persoalannya, kenapa Perodua paling terkesan dengan dasar baru ini?
Nampak sangat sebelum ini pembeli kereta Perodua terdiri daripada kalangan orang muda yang baru sahaja mendapat kerja, kewangan masih belum stabil lagi tetapi dalam pada masa yang sama sudah memasang impian untuk menambah hutang semata-mata memilki sebuah kereta baru. Contohnya….
  • Contohnya, kerja sebagai kerani kerajaan dengan gaji sekitar RM1,400 semasa mula-mula masuk bekerja. Terus sambar Perodua Myvi SE dengan bayaran RM700 zero downpayment.
  • Tinggallah lagi RM700 untuk isi perut dalam sebulan, sewa rumah, bayar bil telefon elektrik, air
  • Inilah yang dikatakan biar papa asal bergaya
  • Sekarang? Sekurang-kurangnya gaji bersih mestilah sekitar RM1,800. Bukannya gaji kasar seperti yang sebelum ini


Dengan langkah Bank Negara Malaysia yang mengetatkan syarta pinjaman untuk membeli kereta, sekurang-kurangnya golongan Melayu terutamanya yang kerapkali merujuk AKPK dapat dikurangkan untuk tempoh jangka masa panjang.
Jualan Proton di Malaysia Jualan Kereta di Malaysia Mula Merosot. Rakyat Sudah Berkorban, Perodua & Proton Bila Lagi?
Langkah BNM ini bagus supaya rakyat terutamanya golongan muda belajar untuk ukur baju di badan sendiri, disebabkan sekarang ini ramai orang beli kerete hanya fikir bayaran bulan sahaja. Bab-bab berkenaan kos penyelenggaraan tidak diambil berat sangat.  Tetapi di sudut lain pula ada dikalangan orang muda terutamanya yang “benar-benar” memerlukan kereta, antaranya disebabkan faktor lokasi dan juga tahap kemudahan awam yang masih mengecewakan disesuatu kawasan.
  1. Sudah tiba masanya, kerajaan memberikan lebih baik pilihan kepada rakyat Malaysia untuk bergerak dan tidak dilihat memberikan “hanya suatu ketetapan” seolah-olah pilihan rakyat mesia mestilah memiliki kenderaan sendiri. Oleh itu, langkah menaiktaraf pengangkutan awam di Malaysia bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur tetapi juga di seluruh negara secepat mungkin.
  2. Keduanya, kalangan pengeluar kereta seperti Perodua dan Proton perlu menurunkan lagi harga kereta dengan dibantu kerajaan untuk menstruktur semula cukai-cukai yang dikenakan setakat ini supaya memberi peluang kepada golongan yang benar-benar memerlukan memilki kereta
P/S : Tidak cukup rakyat Malaysia terus “berkorban” dan terus “terkorban” tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak. Dan kami masih terus menanti saat itu…..

No comments:

Post a Comment