Tuesday 27 November 2012

ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!


ASB 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!
Ramalan peratus dividen ASB 2012 tahun ini + bonus
Biasanya, akan selalu umum dividen ASB sekitar antara 20 – 24 disember setiap tahun. Tetapi berbeza pada tahun ini, PNB dijangka akan mengumumkan dividen ASB 2012 pada minggu hadapan. Awal Disember 2012, lebih awal daripada daripada selalunya. Dan…..
Dan, dividen ASB 2012 + bonus pun dijangka lebih tiggi daripada biasa….Harap-harap bagi tinggi supaya orang ramai dalam mood “gembira” sebelum Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Dividen ASB 2012 + Bonus & ASN Lebih Tinggi?

KOTA BHARU – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?

ASB Dividen 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!
Kalau nak diharapkan dividen ASB 2012 sekitar 15% seperti yang dinikmati kalangan pelabur Bank Rakyat memang tinggal harapan sahaja. Tetapi yang pastinya lebih tinggi daripada dividen ASB 2011.

No comments:

Post a Comment