Saturday 30 June 2012

Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?


Saham Felda1 Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?
Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada “pasaran terbuka” semalam.
Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?
Saham FGV Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?
Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting disebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun berjaya mendapat sehingga 180,000 unit saham Felda FGVH walaupun, walaupun……beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
  1. Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
  2. Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
  3. Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
  4. Dr. Emir – 150,000 unit saham
  5. Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?
Felda Global1 Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?
Kami teringat dengan kata seorang bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, kalau anda masih ingat lagi Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apa yang beliau pernah katakan sebelum ini dalam satu wawancara bagi program ‘In Person’ di Astro Awani)?
“Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya”.

Pulangan Disebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :

  1. Pengerusi Felda : 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)
  2. Ceo Felda : 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
  3. Pengurusan Felda : 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
  4. Peneroka Felda : 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
Hakikatnya,  berdasarkan semakan kami terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan peneroka Felda. Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka? Syarikat Yahudi yang ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan andaikata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak keuntungan mereka?
RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?
Saham FGVH Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?
P/S : Main saham ini ada pasang surutnya, ada masa kita melihat cahaya awan hari ini cukup cerah, ada masa pula cajaya awam cepat bertukar menjadi gelap tanda hujan akan turun pada bila-bila masa. Ada masa kita gembira dan ada masa kita boleh menangis. Bersedialah menerima sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Apapun kami doakan yang terbaik terutamanya kepada peneroka Felda…
PP/S :  Lihat saham Facebook dimana pada 18 Mei didagang pada nilai tetapi akhirnya “jatuh terduduk” pada nilaike USD 25.52 sesaham atau 32.8%(dalam tempoh 24 hari didagangkan) merudum. Harap-harap dijauhkan nasib seperti ini menimpa peneroka Felda, walaupun hakikat sebenarnya kita semua tidak mampu mengawalnya apabila ia sudah didagangkan pada pasaran terbuka…Nantikan sebulan daripada sekarang?

Thursday 28 June 2012

IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% (RM0.85 sen) Menjadi RM5.39 Sesaham!!


Felda Global Ventures1 IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% (RM0.85 sen) Menjadi RM5.39 Sesaham!!
Penyenaraian IPO Felda : Berbeza dengan era tahun 1990-an dahulu, di mana sekitar pada tahun 1993 kita mampu melihat dan menyaksikan episod berlaku apa yang di dinamakan sebagai ‘Super Bull Run’ iaitu suatu lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan. Itu kisah 19 tahun dahulu….Sekarang?
Kita sama sekali tidak boleh mengharapkan untuk membuat wang mudah untuk sebarang IPO. Kalau dahulu nak buat duit dengan IPO, mendapatkan keuntungan sehingga 100% tidaklah suatu mengejutkan sebenarnya. Ia hanya sekadar cerita biasa sahaja.
Walaupun mungkin pada ketika itu, akan ada kalangan yang merasakan sangat “Sui” (malang) atau dalam bahasa lebih sedap untuk didengar “tiada lagi rezeki” disebabkan tidak berjaya mendapatkan walaupun hanya 1 lot (bersamaan 1,000 unit saham) dalam permohonan IPO anda tetapi anda masih boleh keuntungan yang begitu mengujakan pada hari penyenaraian.
“Orang kata kalau tak dapat hujan lebat, dapat tempias hujan pun jadilah kan?”
Apa yang hanya mereka-mereka perlu lakukan adalah pada masa itu :
  1. Menghubungi remisier mereka
  2. Membeli apa sahaja unit saham berdasarkan harga terpapar di skrin
  3. Akhirnya mereka yang merupakan “pemburu saham” ini akan mendapat keuntungan mudah semasa era “Super Bull Run”
Hari ini, jikalau anda mahu bermain dengan saham, kalau dapat keuntungan sekitar 10% pada hari penyenaraian pun boleh dikatakan cukup bertuah untuk pemburu-pemburu saham. Hakikatnya, pada tahun ini sahaja 3 daripada 5 syarikat yang telah disenaraikan tahun telah hilang antara 4% dan 20% daripada nilai permodalan pasaranmereka sehingga akhir bulan Mei yang lalu.
Ini harga yang perlu dibayar oleh kalangan pemburu saham yang meletakkan wang hasil titik peluh mereka selama ini sentiasa berdepan dengan risiko yang cukup besar untuk situasi pasaran saham pada hari ini yang sukar untuk dijangka.
Sedang dalam situasi di mana ramai yang menyangka mereka akan menerima limpahan kekayaan daripada lonjakan luar biasa Facebook Inc(Nasdaq : saham facebook), akhirnya berita yang mereka dapat perhatikan, hanyalah saham Facebook saham kehilangan 29% daripada nilai harga IPO Bacebook sekitar $38 sesaham yang ditutup pada ketika itu.
Saham Felda IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% (RM0.85 sen) Menjadi RM5.39 Sesaham!!Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia (Bursa Saham Malaysia) dengan permodalan pasaran berjumlah RM16.599 bilion berdasarkan harga petunjuk IPO Felda sebanyak RM4.55 sesaham. Sukar dibayangkan di mana 3.648 juta saham Felda bakal terpapung dalam pasaran. Sebenarnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) boleh dikatakan pemain lain dan prestasinya juga agak berbeza dengan Facebook memandangkan Felda adalah pemegang industri kelapa sawit ketiga terbesar di dunia.
Dan hari ini, pada ketika Berita Semasa mengeluarkan laporan, penyenaraian IPO Felda Global Ventures ini di Bursa Malaysia merupakan hari di mana menyaksikan saham Felda Global VenturesHoldings Bhd melonjak sebanyak sebagai 19.3 peratus apabila disenaraikan buat pertama kali dengan tawaran permulaan (IPO) sejumlah US$3.1 bilion sekaligus berjaya mengatasi kemerosotan berbanding senarai saham di seluruh dunia ketika ini.
Apa tidaknya dengan kegagalan penyenaraian Facebook dan penangguhan beberapa kali beberapa IPO Asia disebabkan kebimbangan pelabur terhadap krisis hutang di Eropah dan juga ekonomi yang tampak perlahan, pastinya yang melabur tidak akan senang duduk dibuatnya di hari penyenaraiannya.
IPO FGV IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% (RM0.85 sen) Menjadi RM5.39 Sesaham!!
Akhirnya hari ini :
  1. penyenaraian kedua terbesar tahun selepas Facebook menyaksikan saham Felda, yang memegang kuasa sebagai syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di dunia ketiga terbesar minyak sawit dunia syarikat dibuka kepada RM5.39 sesaham (peningkatan sebanyak 18.5 peratus), berbanding dengan harga rujukan pada awalnya sekitar RM4.55
  2. Dalam beberapa minit dagangan bermula, saham Felda melonjak sebanyak 19.3 peratus bersamaan RM5.43 sesaham.
P/S : Siapakah agaknya yang untung disebalik IPO Felda hari ini. Benarkah kalangan orang Felda mendapat limpahan dan keuntungan besar daripada penyenaraian IPO Felda kali ini? Berapa ramai kalangan di sini yang berkesempatan beli saham Felda sebelum ini? Apa kata anda (pemburu-pemburu saham) dengan hasil penyenaraian IPO Felda setakat ini?

Monday 25 June 2012

Barisan Menteri Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Didedahkan? Sekadar Bayangan Atau Realiti?


Kabinet Bayangan PR Barisan Menteri Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Didedahkan? Sekadar Bayangan Atau Realiti?
Kalau disemak kebanyakan negara-negara di luar termasuklah negara maju seperti Jepun sendiri pun tidak wujud istilah kabinet bayangan. Ada cakap-cakap yang yang mengatakan sistem dua parti yang diamalkan oleh negara seperti Australia dan Britaian pernah wujud kabinet bayangan. Benarkah?
Tetapi yang kami sedia maklum sebuah lagi negara yang juga mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika tidak sama sekali mempunyai kabinet bayangan. Ditambah lagi, rakyat Amerika sendiri pun tidak mendapat kepastian siapa ketua negara mereka untuk penggal-penggal yang akan datang, apatah lagi menteri kabinet jauh sekali. Itu semua hanya boleh diketahui selepas keputusan pilihanraya mereka diumumkan. Sampai begitu sekali……
Kabinet Bayangan Anwar Barisan Menteri Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Didedahkan? Sekadar Bayangan Atau Realiti?
Walaubagaimanapun, akhirnya penantian sesetengah pihak yang menantikan senaraian kabinet bayangan Pakatan Rakyat “berbalas” di mana baru-baru ini Kolumnis Free Malaysia Today, Selena Tan telah tampil menamakan Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat sekiranya pembangkang menang PRU ke 13 kali ini. Selena Tan dikatakan telah berjaya mendapat butiran senarai dan maklumat bagi kabinet bayangan Pakatan Rakyat daripada kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mana tidak mahu nama mereka didedahkan kepada umum. Kata mereka…..

Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR) Selepas Pilihanraya Umum Ke 13?

Menteri Kabinet Bayangan Barisan Menteri Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Didedahkan? Sekadar Bayangan Atau Realiti?
1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)
2) Timbalan Perdana Menteri:
  • Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)
  • Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)
  • Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. ( Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini)
3) Kementerian Kewangan:
  • Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara)
  • Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang)
  • Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang)
4) Kementerian Pelajaran:
  • Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor)
  • S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat)
  • Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam)
5) Kementerian Dalam Negeri:
  • Azmin Ali (PKR, MP Gombak)
  • Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena)
  • M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan)
(Mereka-mereka ini dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting dalam organisasi PDRM )
6) Kementerian Pertahanan:
  • Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai)
  • Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera)
  • Tian Chua (PKR, MP Batu)
(Mereka-mereka ini juga dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang telah menyertai PAS selepas bersara.)
7) Undang-undang Kementerian:
  • Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP)
  • Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong)
  • William Leong (PKR, MP Selayang)
  • R Sivarasa (PKR, MP Subang)
  • Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
8) Kementerian Kesihatan:
  • Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
  • Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
  • Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
  • Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
9) Kementerian Pengangkutan:
  • Khalid Samad (PAS Shah Alam MP)
  • Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
  • Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan)
(Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak)
10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri :
  • Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor)
  • Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP)
  • Husam Musa (PAS, DUN Salor)
11) Kementerian Pertanian:
  • Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
  • Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)
12) Kementerian Luar:
  • Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat)
  • Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
  • Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan)
13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
  • Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
  • Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai)
14) Kemterian Alam Sekitar :
  • Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan)
  • Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat)
  • Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping)
15) Kementerian Wanita:
  • Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang)
  • Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah)
  • Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang)
16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama:
  • Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
  • Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar)
  • Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP)
  • Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas)
  • V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh)
Apa pendapat anda semua dengan senaraian bagi kabinet Bayangan Pakatan Rakyat ini? Ada cadangan & pandangan untuk dikongsikan di sini?

Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!


Debat Najib Anwar Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!
Selama ini, kita seringkali mendengar Kementerian Pengajian Tinggi ini melaung-laungkan kewujudan platform speaking corner yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh kalangan para mahasiswa. Yang lebih ironinya debat peringkat universiti pula diberi nama DEBAT PIALA PERDANA MENTERI tetapi dalam pada masa yang sama debat dikatakan bukan budaya kita? Di mana kebenarannya? 
Jika acara debat dikatakan bukan budaya Malaysia, mengapa tidak debat dijadikan budaya baru Malaysia? Mengapa tidak bukan? Ini kerana dengan debat kita boleh mengelakkan “masalah seperti baling batu sembunyi tangan” yang bergitu menular dalam masyarakat hari ini.
Rakyat boleh menilai dan memerhatikan sendiri pelbagai platform yang berbeza di atas platform yang sama. Jika sekarang kita lihat acapkalibudaya kutuk mengutuk dalam media cetak mahupun media elektronik, masing-maisng tuduh menuduh, lebih baik bagi pendangan kami, diadakan sahaja acara debat dan dipergiatkan lagi. Sekurang-kurangnya ia membuatkan rakyat berfikiran matang serta membuka minda untuk menganalisis maklumat dan pendapat setiap pemimpin yang ada di Malaysia ketika ini.

Debat Perdana : Debat Tidak Penting, Yang Perlunya Maklumat Sampai Kepada Rakyat 

Debat Najib  Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!
Sebelum ini sudah pun pernah diadakan beberapa acara debat pada tajuk yang berbeza-beza. Kalau sebelum ini kita sudah melihat pimpinan kerajaan turun menyahut cabaran debat bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang berlakau di Malaysia termasuklah :
  1. Khairy Jamaluddin bersama Rafizi Ramli dalam debat PTPTN
  2. Chua Soi Lek bersama Lim Guan Eng dalam debat berkenaan dengan halatuju masyarakat Cina
  3. Shabery Chik bersama Anwar Ibrahim dalam debat harga minyak dan
  4. Saifuddin Abdullah bersama Salahuddin Ayub dalam debat demokrasi negara.
Tahniah kami ucapkan kepada semua kerana tampil berdepan di hadapan rakyat bagi membahskan tajuk-tajuk yang dekat dengan rakyat Malaysia ketika ini…..
Debat Perdana Najib Anwar Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!Apapun kalangan pemimpin kerajaan yang kami kagumi antara Khairy Jamaluddin dan tidak lupa juga kepada Datuk Saifuddin Abdullah yang mempunyai keberanian dan kepintaran berhujah. Memang ada nampak kematangan, keupayaan menangani provokasi penonton, dan kepintaran berhujah. Bukan mudah untuk berdepan dengan rakyat apatah lagi “terpaksa” berkongsi satu platform yang sama di mana akan wujudnya 2 pendapat yang bebeza-beza di atas pentas yang sama.
Tetapi jika budaya debat dan perbahasan dikalangan ahli-ahli politik dipupuk daripada sekarang, budaya itu tidak akan menjadi sesuatu yang janggal sebenarnya.
“Debat merupakan budaya ilmu”
Sebenarnya debat ini melatih seseorang individu supaya dapat berfikir dengan lebih tangkas, otak berfikir dalam menyusun idea dan ayat. Ayat yang keluar daripada mulut pendebat mestilah ada koordinasinya supaya ayat/idea yang bernas yang dirancang dapat dilontarkan dengan baik. 
Sebelum ini, Datuk Najib melalui kenyataan di Facebook rasminya mempersoalkan sebarang cabaran debat yang dilontarkan kepadanya, apatah lagi cabaran untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim.
debat Anwar Ibrahim Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!
Nampaknya, selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan perbahasan atau perdebatan bukan suatu budaya yang menjadi kelaziman di Malaysia. Setiap kaum dan kalangan rakyat Malaysia mempunyai pergertian dan pemahaman yang tersendiri mengertai, apa itu debat. Apa kata anda pula mengenai debat Perdana Najib VS Anwar ini?
P/S ; Kami masih lagi mengharapkan Datuk Seri Najib mempertimbangkan semula apa yang dimaknakan sebagai perbahasan di antara pemimpin yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Rafizi Ramli Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kerajaan Selangor!!


Rafizi Ramli letak jawatan Rafizi Ramli Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kerajaan Selangor!!Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli letak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat.
Mengumumkannya di Twitter, Rafizi Ramli berkata keputusannya untuk letak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor “tiada sebarang dimensi politik”.
“Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.
“Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat,” kata Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli Rafizi Ramli Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kerajaan Selangor!!Rafizi Ramli menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah “masa untuk melangkah ke hadapan”.
Bagaimanapun, waktu Rafizi Ramli memilih untuk mengumumkan keputusannya letak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.
Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandangan bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.
Twitter Rafizi Ramli Rafizi Ramli Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kerajaan Selangor!!Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan antara bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kerajaan Selangor ini,Rafizi Ramli dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. [Malaysiakini BM]