Monday 5 November 2012

Nurul Izzah PKR : “Melayu Sepatutnya Bebas Beragama”? Apa respon Anda?


nurul izah PKR
Kami kadang-kadang tidak faham dengan kalangan ahli politik ini. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Boleh atau tidak perkara yang sedia elok, dipertahankan dan hanya diungkapkan dan dilaksanakan penambaikan untuk perkara yang perlu sahaja. Boleh atau tidak, orang politik berfikir dahulu sebelum berkata-kata? Isu terbaru membabitkan saudari Nurul Izzah yang….
Nurul Izzah menegaskan adalah tidak adil mengenakan sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama hanya untuk bukan Islam,sedangkan kumpulan Islam disekat daripada pengamalan kebebasan tersebut.Katanya,seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini ketika menjadi panel forum ‘Islamic State: Which version;Who’s responsibility
“Tiada desakan dalam beragama…mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’,ia seharusnya dilaksanakan sama rata ( (tanpa mengira agama)),” katanya
Ya…benar, islam tidak semestinya Melayu. Tetapi di Malaysia Melayu itu adalah Islam.

Laporan Malaysiakini Versi Bahasa Inggeris Mengenai Kenyataan Nurul Izzah

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar. ”When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.” she said.
Sumber : Malaysiakini
Kepada orang politik seperti saudari Nurul Izzah, komen yang di atas itu sepatutnya berfikir dahulu sebelum dipertuturkan.
She was speaking at a forum on “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” in Subang Jaya this morning.The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.
“Malay” is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs. Ultimately, she said, what should be sought is “quality” where Muslims’ faith is strong.
Sumber : Malaysiakini
Yang ini kami bersetuju. Perkukuhkan”foundation” iman dalam diri setiap Melayu muslim itu bukan dengan sekadar kekalkan status islam di kad pengenalan (IC) masing-masing, tetapi pihak-pihak yang bertanggungjawab soal agam Islam di Malaysia perlulah berkerja lebih keras daripada yang dilakukan sekarang ini. Walaubagaimanapun, tanggungjawab yang sebegitu tidak hanya terletak di bahu mereka semata malahan masyarakat Melayu Islam juga perlu saling berkerjasama mengangkat agam islam di Malaysia ke landasan yang sebenar-benarnya….
Hayatilah bait-bait lagu kumpulan Raihan yang pernah menjadi siualan anak muda suatu ketika dahulu….
dari seorang ayah yang bertakwa
ia tak dapat dijualbeli
ia tiada di tepian pantai
walau apa pun caranya jua
engkau mendaki gunung yang tinggi
engkau merentas lautan api
namun tak dapat jua memiliki
jika tidak kembali pada allah
Tugas pihak yang berkuasa bukan sekadar mewujudkan persekitaran untuk rakyat kembali pada Allah. Bukan dengan hanya tekankan kepada sesuatu yang bersifat luaran dan kosmetik seperti status di IC. Ini kerana status Islam kita bukan terletak pada pejabat agama atau pejabat pendaftaran. Ia milik Allah SWT semata
“Even me, being schooled in Assunta (secondary school) with a huge cross in the hall and an active singing catholic society did not influence me,” she said. However, Nurul Izzah stopped short of saying that Malays should be legally granted religious freedom, saying: “I am of course tied to the prevailing views”.
Sumber : Malaysiakini
Kepada saudari Nurul Izzah, kalau diikutkan kenyataan anda mengatakan yang anda tidak terpengaruh dengan agama Kristian walaupun tempat anda belajar di Assunta yang ada Salib sebesar-sebar alam di dalam Dewan dan salib besar di dalam dewan ditambah dengan nyanyian lagu-lagu Katolik sepanjang masa. Adakah anda anda (Nurul Izzah) sedar, IQ dan akidah setiap masyarakat Melayu  berbeza-beza? Ada yg bijak dan ada yang kurang bijak. Ada yang iman lemah, ada yang iman tetap teguh walaupun “dibadai dengan Taufan Sandy”. Walaubagaimanapun, ayat yang akhir sekali itulah wajah sebenar orang poltik di Malaysia.
Berdasarkan apa yang dikatakan oleh saudari Nurul Izzah, perlukah tafsiran dalam perlembagaan Malaysia perlu diubah seperti yang tertera di bawah ini?
TAFSIRAN MELAYU
5.1
Peruntukan Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan
“Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan
a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau
b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Apakah Nurul Izzah mahukan rakyat Malaysia termasuklah masyaratkat Melayu diberikan kebebasan beragama tidak kira mahu menganut agama Islam atau bukan islam? Begitu?
  • Bermakna Melayu tidak semestinya muslim. Mungkin masuk agama lain atau menjadi pagan. Adakah itu yang beliau mahukan?
  • Seterusnya, ia sememangnya bercanggah seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan iaitu Melayu adalah Islam.
Tetapi apa yang perlu diakui & jikalau kita merenaung……sejenak melihat kepada situasi masyarakat Melayu hari ini. Benar, agama Islam hanya dijadikan harta warisan sahaja. Islam hanya pada nama. Pengisian sangalah kurang.
  • Jika Melayu hanya ingin mewarisi agama Islam kepada anak-anak orang Melayu….sangatlah sedih situasi yang berlaku hari ini
  • Janganlah jadi ibubapa yang hanya memberi sijil hitam putih bahawasanya agama anak kamu itu adalah Islam akan tetapi kalangan ibubapa kurang memberikan didikan dan membimbing anak-anak sendiri, sehinggakan lebih senang menyerahkan tugas kepada sekolah dan orang luar
  • Bukan semua ibubapa begitu, ada juga segelintir ibubapa yang kadangkala lupa “tanggungjawab” mereka bukan sekadar “buat anak” sahaja
P/S : Islamlah kamu semua, nescaya kamu SELAMAT di dunia dan di akhirat ..
P/S : Jangan semata-mata mahukan undi, sehingga “menghalalkan” mahu diungkapkan kepada rakyat Malaysia. Apa pendapat dan respon anda pula?

No comments:

Post a Comment