Saturday 11 May 2013

Bapa Tun Dr Mahathir Muhammad.




Ramai sangat tanya wa siapa abahnya Mahathir yg sebenarnya? ni dia wa perkenalkan iskandar kutti ibni al marhum raheem kutti from kerala india.. kih3.. sebab tu melayu berpecah, sebab PM dulu dia bukan melayu tapi... keh3.. sejarah tidak pernah menipu.. k.

Meh kite ramai2 share biar semua org taw..,spe mahathir kutty yg sbnr...!!!

I found this post on FB, well, what the fuck ?
He is INDIAN ? I mean from INDIA ???
How the hell he become the PM !
Hhmmmm...

Saturday 23 February 2013

BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula RM456 juta Dikurangkan. Setuju?


BRIM RM1000 BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula RM456 juta Dikurangkan. Setuju?
Berdasarkan semakan laporan berita Astro Awani sebentar tadi, Kerajaan Malaysia Kerajaan sedia menambah jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan syarat…
Syaratnya ialah rakyat bersetuju supaya mengurangkan subsidi gula yang ditanggung kerajaan ketika ini. Berdasarkan rekod kenyataan yang dikemukakan Muhyiddin ketika ini kerajaan sedang menanggung RM456 juta setahun melibatkan subsidi gula sebanyak 34 sen bagi setiap kilogram.
“Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak,” kata Tan sri Muhyiddin
Setakat ini, sudah lima kali harga gula naik sejak tahun 2010 :
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen) (KLIK SINI)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta) (KLIK SINI)
  5. 29 September 2012 : RM2.30 (Subsidi kerajaan dikurang 20 sen) (KLIK SINI)
  6. Adakah bakal naik lagi buat kali keenam selepas Pilihanraya Umum ke 13?
Setakat ini sudah kedengaran semula kempen-kempem kesihatan supaya penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia dikurangkan bagi mengelakkan penyakit. Jika anda diberikan pilihan antara BR1M dengan  subsidi gula dikekalkan? Mana satu yang menjadi pilihan anda? Mengapa?
Pilihan Rakyat Malaysia Antara BR1M 3.0 RM1000 Atau Subsidi Gula Kekal?
  • Subsidi gula dikekalkan (37%, 404 Votes)
  • BR1M 3.0 Bernilai RM1000 (36%, 384 Votes)
  • Subsidi gula dinaikkan (27%, 290 Votes)
Total Voters: 1,078

Gaji Kakitangan FELDA 2013 Naik Lagi


Tangga Gaji Felda 2013 Gaji Kakitangan FELDA 2013 Naik Lagi?
Gaji kakitangan FELDA : Sejak akhir-akhir agak banyak kedengaran kajian demi kajian yang ingin dilakukan terhadap kalangan kakitangan awam.
Jikalau sebelum ini terdapat kajian dan pelaksanaan akhir bagi gaji dan elaun kakitangan awam, gaji guru, pencen veteran tentera, beban kerja guru (KLIK SINI). Terkini, ada satu kajian khas utnuk kakitangan FELDA..

Kajian Skim Gaji Kakitangan FELDA + Penjawatan Kakitangan FELDA

Cadangan kajian ini disuarakan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara semasa perjumpaan dengan FELDA, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa mahukan :
  1. Skim & tangga gaji kakitangan FELDA dan perjawatan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Felda perlu dikaji semula bagi menjamin kebajikan
  2. Mempertimbangkan pelaksanaan kaedah kenaikan pangkat secara ‘time-based’ agar tiada had gaji maksimum untuk kakitangan cemerlang.
Mungkin buat kakitangan FELDA akan kedengaran berita gembira untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak?

Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi…


Cukai Eksais Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Harga kereta turun? Sebenarnya by hook or by crook, kerajaan tiada pilihan lain lagi mesti membuka pasarannya. AFTA sudah terlalu lama ditangguhkan. Tiada lagi kebenaran untuk memanjangkan tempoh penangguhan.
Walaubagaimanapun, kerajaan dilihat sudah menjumpai mekanisme dan sedang berusaha sekarang ini untuk menurunkan harga kereta di Malaysia dengan cara…….

Harga Kereta Turun Dijangka Menjelang 2015

Harga kereta turun tidak lama lagi dijangka menjelang 2015 berikutan usaha kerajaan  mengadakan perbincangan dengan lebih banyak syarikat pengeluar kereta untuk  mengurangkan harga kereta mereka yang dijual di negara ini.
Ketua Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, berkata ketika ini beberapa model seperti Honda dan Toyota sudah pun dijual pada harga lebih rendah di negara ini selepas syarikat pengeluarnya mengambil langkah mengurangkan kos pengeluaran bagi merendahkan harga diatas jalan (OTR) model terbabit.
Harga Rendah Berbanding Thailand
Malah, katanya, harga bagi model Honda dan Toyota yang terbabit adalah lebih rendah berbanding di Indonesia, dan berdasarkan rundingan yang terus berlangsung, beliau yakin pada masa depan harga kereta di negara ini akan lebih rendah daripada di Thailand.
“Ketika isu harga kereta turun ditimbulkan, kami sebenarnya sudah lama berbincang dengan pengeluar kereta meminta mereka mengurangkan harga kereta masing-masing tanpa memerlukan kerajaan mengurangkan cukai eksais.
Kurangkan kos pengeluaran
Kami berpendapat pengurangan cukai eksais tidak akan mengurangkan harga OTR, jadi kami meminta OEM (pengeluar kereta) mengurangkan kos pengeluaran supaya harga OTR kereta keluaran mereka dapat direndahkan secara kekal.
“Tahun ini, kami akan mengadakan rundingan lebih banyak OEM (pengeluar kereta) bagi meyakinkan mereka keperluan mengurangkan harga kereta sekarang sebelum kerajaan melaksanakan liberalisasi (industri automotif),” katanya.
Sumber : Berita Harian
Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang membuat usaha untuk menjadikan harga kereta turun. Tetapi….tetapi kami agak pelik sedikit dengan mekanisme yang ingin digunapakai untuk menurunkan harga kereta di Malaysia.
  • Kerajaan lebih suka menggunakan cara rundingan dengan pengeluar kereta semata-mata untuk membuatkan harga kereta turun. Yang lebih teruk lagi menurunkan harga kereta dengan cara merendahkan lagi kos pengeluaran?
  • Apabila kos pengeluaran dikurangkan, adakah selepas ini kebanyakannya berasaskan plastik?
  • Bukankah kos sudah banyak dikurangkan untuk keselamatan? Airbag? ABS? Hendak dikurangkan apa lagi? Mengapa mahu dikorban aspek keselamatan pengguna kereta semata-mata mahu harga kereta di Malaysia turun?
  • Mengapa perlu menggunapakai cara sukar untuk membuatkan harga kereta turun di Malaysia?
Kenapa tidak mengurangkan cukai kereta yang sedia ada banyak dikumpulkan setiap tahun. Tahun lepas sahaja kerajaan berjaya mengaut keuntungan cukai kereta sejumlah RM7 bilion.
  1. Bukankah harga kereta mahal disebabkan cukai tinggi? Mengapa Berita Semasa tergamak mengatakan cukai kereta di Malaysia sangat tinggi? Cukai eksais kereta antara 65-105% masih dinggap murah lagi? (KLIK SINI SUMBERNYA)
  2. Kenapa mahu letakkan 100% kesalahan kepada pengeluar kereta semata dek kerana realiti harga kereta di Malaysia yang ada ketika?
  3. Bukankah kerajaan ada kuasa untuk menurunkannya?
Jikalau sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri tempoh hari ada mengatakan andaikata harga kereta turun, Malaysia bakal bankrap, segala macam bencana bakal  menimpa rakyat Malaysia, penjual kereta terpakai ramai yang akan muflis dan macam-macam lagilah.
Termasuklah….
Cukai Kereta Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Sumber : Sinar Harian
Termasuklah, pandangan Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) :
  • Apabila harga kereta murah, kereta akan banyak,  jalanraya akan bertambah sesak (KLIK SINI)
Harga Kereta Turun Muflis Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...Walaubagaimanpun realitinya sekarang ini, kerajaan sudah mula bercakap usaha-usaha untuk mengurangkan harga kereta di Malaysia sedikit demi sedikit. Maknanya boleh sebenarnya kita menyaksikan harga kereta di Malaysia turun.
Jikalau dahulu turun sahaja harga kereta, terus dikatakan “bangkrap”, “sesak” dan lain-lain lagi, sekarang tiada lagi kedengaran….
Cuma seperti yang kami katakan tadi, untuk apa berbincang dengan pengeluar kereta? Sepatutnya bincangkanlah isu ini dengan menteri yang bertanggungjawab dan kerajaan supaya cukai kereta diturunkan, seterunsya dapatlah harga kereta turun?
Apabila cukai turun, pendapatan kerajaan melibatkan  cukai kereta semestinya akan berkurang daripada RM7 bilion kepada RM4 bilion tetapi boleh meringankan beban rakyat Malaysia setiap bulan seterusnya meningkatkan disposable income (pendapat boleh guna rakyat Malaysia)
Masih lagi boleh bankrap?
Cukai Import Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Harga kereta Persona di Malaysia sekitar RM51 ribu, manakala harga kereta Persona di Arab Saudi hanya RM36 ribu sahaja. Jikalau cadangan CEO MAI ini digunapakai, bila agaknya Proton pernah ada kilang di Arab Saudi?
Sekarang ada dua pilihan untuk menurunkan harga kereta di Malaysia. Ada yang mencadangkan cukai eksais diturunkan. Dan sekarang ada cadangan untuk mengurangkan kos pengeluaran dengan harapan harga kereta turun tidak lama lagi. Mana satu pilihan anda? Apa kata anda pula?

Sunday 3 February 2013

Realiti Harga Kereta di Malaysia : Kalau di US Harganya (US$29,000). Bagaimana Pula Harga di Malaysia?


Harga Kereta Mercedes Benz Realiti Harga Kereta di Malaysia : Kalau di US Harganya (US$29,000). Bagaimana Pula Harga di Malaysia?
Suka untuk kami untuk kongsikan satu iklan Mercedes yang terbaru, yang menimbulkan satu persoalan di benak fikiran kami….Agak-agaknya, berapakah harga kereta model Mercedes Benz CLA-Class ini apabila sampai dan mula di jual kepada rakyat Malaysia kelak.
  1. Gaji lepas graduan universiti agak tinggi di USA, harga kereta yang ditawarkan mampu milik
  2. Gaji lepasan graduan universiti di Malaysia agak kecil, harga kereta melambung tinggi (berkali-kali ganda)
Bukanlah pemilihan kereta Mercedes Benz dijadikan pilihan terbaik untuk dijadikan perbandingan. Kami pun tidak menggalakan sesiapa untuk membeli kereta mewah seperti ini. Kalau mampu, teruskan. Kebetulan sebenarnya kami menjumpai iklan terbaru model Mercedes Benz ini sehingga membuatkan kami tertanya-tanya, mengapa kalangan yang menentukan dasar harga kereta di malaysia meletakkan satu penanda aras harga yang sebegini rupa? Mengapa?
Rakyat Malaysia terpaksa beli kereta kerana perkhidmatan awam yang disediakan ketika ini tidak mencapai tahap memuaskan. Tetapi masalahnya harga kereta ditawarkan agak membebankan. Tetapi terpaksa juga beli, jikalau tidak tidak bergeraklah mereka ke tempat kerja. Akhirnya mereka-mereka ini, berhadapan jumlah kadar bayaran bulanan yang tinggi berbanding kadar gaji yang diterima mereka….
  • Purata gaji lepasan graduan universiti 1978 : Sekitar RM1,100
  • Purata gaji lepasan garaduan universiti 1978 : Sekitar RM2,500
  • Harga Honda Civic Tahun 1978 : RM13,000 (11 bulan gaji)
  • Harga Honda Civic Tahun 2012 : RM130,000 (52 bulan gaji)

Iklan Komersial Model Terbaru Mercedes Benz

Minit ke 1:11, kereta Mercedes memotong F1 Petronas Malaysia
Apakah negara kita, Malaysia begitu terdesak benar untuk meraih pulangan pendapatan kepada negara sekitar RM7 bilion setahun untuk cukai kereta sehingga tidak sanggup menurunkan sejumlah kecil margin keuntungan/pendapatan negara bagi cukai kereta di Malaysia ketika ini. Bukanlah rakyat Malaysia terdesak benar mahu meminta untuk diturunkan harga sehingga pendapatan negara bagi cukai kereta hanya tinggal pada kadar 2, 3 bilion ringgit sahaja. Tidaklah begitu….
  1. Andaikata cukai eksais diturunkan sedikit dan negara kehilangan sekitar 2 bilion contohnya bagi hasil cukai kereta sekaligus menjadikan pulangan kepada kerajaan berkurangan daripada RM7 menjadi RM5 bilion. Masih lagi untung bukan? Untung….Cuma margin pendapatan  mengecil sedikit. Itu sahaja.
  2. Adakah pendapatan negara hanya berpusat kepada cukai kereta semata? Tidak bukan….
  3. Rugi sedikit tetapi yang penting rakyat untung banyak jika diturunkan cukai kereta. Persoalannya boleh bankrapkah Malaysia?
  4. Akhirnya pendapatan boleh guna/dibelanjakan (Disposable Income) oleh rakyat Malaysia semakin bertambah
  5. Aliran ekonomi setempat juga semakin meningkat dan berkembang
Sehinggakan kami sendiri tertanya-tanya, apakah rakyat Malaysia sehingga hari ini dianak tirikan? Buktikan Berita Semasa. Buktinya…jikalau kalangan anda di sini mengikuti daripada awal setiap laporan Berita Semasa daripada awal, pasti teringat laporan berita seperti di bawah ini :
  • Warga asing yang tinggal di Malaysia berpeluang memiliki kereta di Malaysia yang harganya jauh lebih murah berbanding rakyat Malaysia sendiri yang terpaksa bayar lebih. (KLIK SINI UNTUK BUTIRANNYA)
  • Benarkah harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia lebih mahal berbanding yang dijual di luar negara? Benar sama sekali. (BUKTINYA DI SINI).
Malaysia, adalah satu-satunya negara di dunia yang ada projek kereta nasional (yang telah pun menerima subsidi sekitar RM17 bilion berdasarkan data yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan & Perbendaharaan Negara setakat tahun 1996) tetapi malangnya ianya dijual mahal di negara sendiri. Bertambah pelik lagi model kereta Nasional yang ditambahbaik termasuklah ciri keselamtannya dijual murah pula di negara lain.
Kami yakin, jikalau pengurusan kewangan negara diurus dengan baik, lebih telus dan jujur kami yakin negara Malaysia akan diangkat semula sebaris dengan Jepun dan Korea Selatan (yang sekitar tahun 90 an dahulu Malaysia setaraf dengan negara “harimau Asia” yang lain daripada sudut ekonomi SEPERTI DI SINI).
Contohnya, ada di sini yang bekerja di negara Arab? Baiklah….sebenarnya jikalau mahu dibandingkan negara Arab dengan Malaysia berdasar SUMBER ASLI, Malaysia jauh lebih banyak daripada mereka. Negara mereka, hanya ada minyak dan gas. Malaysia? Kelapa sawit, minyak, gas asli, balak, perikanan, pertanian, penternakan dan sebagainya.
Oleh itu secara kiraan matematiknya dan logik, rakyat Malaysia seharusnya lebih berharta dan berkemampuan (tidak kaya pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya hidup selesa tanpa dibebankan kos sara hidup yang tinggi termasuklah harga kereta mampu milik dan paling penting ada sebiji rumah yang selesa untuk mereka).
Datuk Seri Najib Razak masih ada masa dan peluang untuk membuktikan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” benar-benar berikan impak kepada rakyat Malaysia. Bagi kami usaha kerajaan memberikan BR1M harus dipuji dan merupakan permulaan yang baik. Walaubagaimanapun, kami masih ternanti-nantikan usaha kerajaan untuk menangani masalah pokok yang melanda rakyat Malaysia ketika ini menyentuh kos sara hidup rakyat setiap hari, setiap bulan termasuklah kadar harga kereta di Malaysia. Apa pandangan dan pendapat anda pula?

Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru-Hara, Bankrap!!


Najib Tukar Kerajaan PRU Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!!
Dalam tempoh beberapa hari, sudah ada beberapa pemimpin kerajaan tampil memberikan kenyataan & ramalan masing-masing mengenai nasib negara dan rakyat Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13. Andaikata tersilap memberikan undi, buruk padahnya. Gambaran yang diberikan amat-amat menakutkan. Antara ramalan yang dikemukakan, kami mulakan dengan ramalan Datuk Seri Najib  terlebih dahulu iaitu….

Ramalan Datuk Seri Najib Razak

  1. Mata wang jatuh : Kenapa mata wang boleh jatuh pula? Kebiasaannya mata wang akan jatuh disebabkan krisis ekonomi. Krisis ekonomi Asia yang berlaku sekitar tahun 1998 – 1999 dahulu agak teruk, berapa banyak yang terpaksa gulung tikar. Adakah disebabkan bertukar kerajaan?
  2. Inflasi meningkat : Inflasi meningkat disebabkan kenaikan harga barangan. Sekarang ini inflasi di Malaysia dalam keadaan trend yang semakin meningkat naik yang mana kuasa beli semakin mengecil (KLIK SINI). Adakah semua ini berlaku disebabkan bertukar kerajaan?
  3. Sektor perlancongan lumpuh : Lazimnya, apa yang kami sedia maklum selama ini biasanya kalangan pelancong takut datang ke sesebuah negara adakah disebabkan faktor-faktor seperti bencana alam, perang, rusuhan, wabak penyakit.  Adakah tetap juga dikatakan  bertukar kerajaan sebagai faktor kejatuhan sektor perlancongan?
  4. Keselamatan negara tidak terjamin: Adakah semata-mata disebabkan bertukar kerajaan?
Apa asas dan rujukan ramalan berlandaskan kenyataan seperti di atas ini? Cuba senaraikan kekecohan apa yang dimaksudkan sebenarnya, sehingga mengatakan keselamatan negara tidak terjamin. Kumpulan mana yang bakal membuat huru-hara dan kekecohan itu? Perincikan?
Dengan memberikan kenyataan tidak bertanggungjawab ini, sangat sesuai untuk kami bandingkannya dengan petikan kata-kata Tony Benn (bekas Ahli Parlimen Britain) dalam documentari Sicko.
“Keeping people hopeless and pessimistic – see I think there are two ways in which people are controlled – first of all frighten people and secondly demoralize them” – Tony Benn
“An educated, healthy and confident nation is harder to govern” – Tony Benn
Bagi kami kenyataan seperti ini, adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab apatah lagi ia keluar daripada mulut seorang yang bergelar Perdana Menteri ditambah mempunyai pendidikan dalam ekonomi pula, masakan sanggup memberikan kenyataan seperti ini? Kenyataan yang cuba untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia?
Tukar Kerajaan Chua Soi Lek Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!!Harapan kami, tolonglah hentikan perbuatan yang kami anggap telah menghina “pemikiran” rakyat Malaysia ini. Sekarang sudah abad ke 21? Takkanlah masih lagi menggunakan cara politik di zaman abad ke 19 lagi?
Berpolitiklah dengan cepat mengikuti perderan masa dan zaman. Datuk Seri Najib Razak, perlu ingat sekarang ini zaman jalur lebar. Sekali lagi “jalur lebar”. Jikalau Datuk Najib ada pendapat dan ramalannya, Chua Soi Lek juga tidak ketinggalan. Kali ini, bagi kami kenyataannya (bunyinya) lebih menakutkan :
  1. Bursa Malaysia akan jatuh 500 mata. Sampai begitu sekali?
  2. Pas akan melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan sebuah negara Islam. (yang ditujukan khas kepada bangsa Cina)
  3. PAS akan menutup Genting (Highlands) dan Bursa Malaysia. (BUTIRANNYA DI SINI)
  4. Akhir sekali, dasar populis Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan tol dan pinjaman PTPTN, menyediakan pendidikan percuma (KLIK SINI) dan isi rumah pendapatan bulanan paling minimum RM4,000 untuk 3800000 keluarga, akan menyebabkan kos negara melambung sejumlah RM200 bilion setahun sekaligus negara boleh bankrap dalam masa 2 tahun sahaja.
Sumber : The Star
Apabila kami membelek laporan berita The Star ini, terus kerisauan menyelubungi kami. Andaikata kelak bursa Malaysia jatuh, ekonomi meleset, antara kalangan kami termasuk anda tiada kerja, jadi nak makan apa bukan? Tetapi……..
Tetapi, kami mahu bertanya semula kepada Chua Soi Lek, kamu petik “500 mata”  daripada mana sumber rujukannya?

Peringatan Tun Mahathir Kepada Rakyat Malaysia

Tun Dr Mahathir, walaupun lebih 8 tahun meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi kelibatnya dalam dunia politik negara tampak belum menemui jalan penamatnya untuk “benar-benar bersara”. MalahTun Mahathir sempat melontarkan amaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia sempena Pilihanraya Umum ke 13 :
“Jangan silap beri undi”
Dalam erti kata lain, undilah Barisan Nasional…
Mahathir Pilihnaraya Umum ke 13 Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!!
Bagi kami kenyataan Tun Mahathir ini amat bahaya kepada demokrasi negara. Jikalau kerajaan tidak boleh diubah sama sekali, ini sebenarnya merupakan bencana kepada perjalanan demokrasi negara. Pilihanraya juga satu bencana. Secara logiknya, jikalau bertukar kerajaan memberikan masalah besar dan berbahaya kepada rakyat, apa perlunya diadakan pilihanraya?
Bagi kami, tidak kisah samada kerajaan bertukar kerajaan atau tidak. Jepun sudah beberapa kali bertukar kerajaan, kerajaan masih dalam keadaan baik seperti biasa. US sudah beberapa kali bertukar kerajaan, adakah menjadi kacau bilau? Beri peluang untuk rakyat buat keputusan samada mereka mahu memilih Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Itu hak mereka.

Koleksi Gambar Najib Razak ketika Lawatan di Kedah

Risiko Tukar Kerajaan Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!!Jadi tugas pihak Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat sekarang kongsikan dasar masing-masing untuk membangunkan negara. Dasar lawan dengan dasar. Fakta lawan dengan fakta. Dan kami juga lihat sekarang media arus perdana termasuklah RTM, TV3, Astro sejak akhir-akhir ini tidak henti-henti memutarkan iklan bantuan dan dasar yang kerajaan lakukan selama ini untuk dipertontonkan kepada rakyat. Jadi mahu dirisaukan apa lagI?
Jikalau kerajaan merasakan dasar yang dibuat itu cukup kuat, tidak perlu rasanya memberikan kenyataan yang dilihat cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya di kampung-kampung semata-mata untuk meraih undi. Yakinkan rakyat, dasar dan polisi kerajaan benar-benar membantu rakyat.
P/S : Presiden UMNO Barisan Nasional telah memebrikan ramalannya, Presiden MCA juga sudah berkongsi ramalannya. Adakah selepas ini giliran MIC pula? Apa pula pandangan yang boleh dikongsikan bersama di sini?

Wednesday 2 January 2013

Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan?


Gaji Minimum Naik 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan?
Gaji minimum 2013 : Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta termasuklah pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di Malaysia untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut terlibat sama?
Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat diluluskan.
  1. Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan atas faktor kewangan.
  2. Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini
Gaji Minima Pekerja Swasta 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan? Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan adanya dasar gaji minimum yang akan dikaji setiap 2 tahun, diharapkan pada masa akan datang kakitangan swasta di Borneo diberikan hak sama rata dengan kakitangan swasta di Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal berbanding harga di Semenanjung Malaysia. Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi rendah.
Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis harga yang berbeza antara “east malaysia” dan  ”west malaysia”, yang mana lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.
Diharapkan pihak berwajib memandang isu ini dengan serius. Bagi mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap kakitangan swasta yang bekerja di Sabah dan Sarawak..
Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali? Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
  1. Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
  2. Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
  3. Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan sahaja
Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji minimum untuk warga tempatan, rakyat kita sendiri sekaligus ia sebenarnya memberikan satu galakan  kepada pekerja tempatan untuk menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan akan tiada pilihan dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga tempatan. Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar gaji minimum untuk orang asing.
“Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang menggunapakai pembantu rumah”
Akhir sekali sekali kepada pihak majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum ini diharapkan tidak timbul situasi seperti di bawah ini :
  1. Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun & OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
  2. Yang managaji  lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh buat tiga syif. Siapa untung?
Gaji Minima 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan? Dan memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. Itu minda kapitalis & ini yang seharusnya perlu diperbetulkan. Syarikat besar yang perlu difokuskan terlebih dahulu.
P/S : Walaubagaimanapun, ia satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar gaji minimum 2013 di Malaysia. Cuma masih ada lagi ruang untuk penambaikan di masa akan datang. Apa kata anda pula?

Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?


Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Proton Preve Hatchback :  Seperti biasa jenama kereta yang lain, Proton cukup terkenal dengan elemen kejutan demi kejutan seperti mana yang berlaku pada model keluaran Proton sebelum ini iaitu Proton Preve (Klik Sini) melalui gambar demi gambar spyshot yang tersebar sehingga terhasilnya proton preve yang dipandu kalangan pembaca Berita Semasa setakat ini.
Kali ini giliran proton Preve Hatchback mengambil tempat….
Gambar spyshot Proton Preve Hatchback seperti di atas dirakam di sekitar exit Shah Alam

Lagi Gambar Proton Preve Hatchback (SPPYSHOT)?

Spyshot Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Spyshot Proton Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Kredit gambar : funtastiko
Mana-mana pengeluar kereta pun dalam ujian, beginilah rupanya pakai camouflage supaya tidak menampakkan rupa sebenar.
Walaubagaimanapun, “Curve” proton Preve Hatchback tidak boleh disorok lagi. Inilah “curve” Proton Preve hatchback yang bakal keluar tidak lama sahaja lagi. Hanya mungkin rekabentuk  lampu sahaja yang boleh disembunyikan, dengan menampal masking tape sahaja tetapi daripada segi “outline body” seperti yang anda dapat lihat pada gambar-gambar di atas.
Andaikatalah Proton Preve Hatchback menggunapakai enjin proton seperti yang di bawah ini, memang terbaik!
Enjin Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
  • Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
  • Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
  • Displacement: 2 litres
  • Induction: Natural Aspirated
  • Cylinders: 4, In-line
  • Valves per cylinder: 4
  • Block: Aluminum
  • Weight: 108.9kg
  • Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
  • Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
  • Power Output per litre: 100 PS/litre
  • Volumetric Efficiency: 107.8%
  • Emission Standards: EURO 2
Enjin yang boleh kami katakan sangat berkuasa.
Enjin Petronas E01e Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Mungkin ada yang mempertikaikan penggunaan minyak. Hakikatnya, penggunaan minyak masih lagi bersesuaian & berpatutan di mana untuk jarak jauh untuk laluan lebuhraya yang lurus boleh dapat sekitar 5.5L atau 6L. Tetapi…tetapi jikalau melaui perjalanan yang jauh denan jalan berbukit-bukau contohnya sekitar 7L atau lebih. Walaubagaimanapun, biasanya ia “bermain” di sekitar 8L atau 9L.
Apa pendapat & tidak lupa juga harapan anda berdasarkan dengan keluaran gambar spyshot Proton Preve Hatchback setakat ini?

Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak-Peranda?


Rais Yatim RTM Hadi Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Amanat Hadi Awang : Semalam, sempat kami membelek akhbar Mingguan Malaysia. Daripada halaman satu sehingga beberapa halaman selepas itu banyak berkisar mengenai amanat Hadi Awang dan tidak lupa juga ada menyentuh perjuangan parti Barisan Nasional, dasar kerajaan.
Dipendekkan banyak cerita politik berbanding berita tempatan yang yang dekat dengan rakyat Malaysia hari ini.
Sehingga kami tertanya-tanya apa beza akhbar Mingguan/Utusan Malaysia dengan akhbar Harakah, Suara Keadilan atau Roketkini yang kebanyakannya adalah politik semata yang terang-terang bertunjangkan dasar politik Pakatan Rakyat? Sedangkan akhbar Utusan Malaysia ini untuk rakyat, bukan menyampaikan “agenda parti politik yang tertentu“.
Itu sebablah…kami sarankan kalangan anda membaca dan menyokong penyebaran akhbar Sinar Harian (KLIK SINI). Ya…kami tidak katakan Sinar Harian 100% laporan akhbar adalah terbaik tetapi bezanya  di sini Sinar Harian selalu cuba memberikan yang terbaik kepada pembacanya. Tahniah Sinar Harian!
Berbalik kepada isu Amanat Hadi Awang, kami sungguh teruja dengan ingatan segelintir rakyat Malaysia yang “memiliki” ingatan yang cukup kuat untuk membangkitkan isu yang sudah 30 tahun lamanya di persada politik di Malaysia untuk diperbincangkan.
Walaupun slot rancangan Hari Ini Dalam Sejarah di Radio pun sudah mula keluarkan cerita di sekitar tahun 1990 pula. Tetapi di Malaysia kita masih lagi bercerita apa yang telah berlaku 30,40 tahun lepas?
Utusan Malaysia sendiri berbesar dan bermurah hati menyediakan tidak silap kami sekitar 6 halaman penuh sarat dengan perbincangan mengenai Amanat Haji Hadi Awang, antara yang sempat kami rakamkan…

Amanat Haji Hadi Awang : Reaksi Bekas Penyokong?

Amanat Haji Hadi RTM Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Amanat Haji Hadi Awang  Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?

Kesan Amanat Hadi Awang Kepada Masyarakat & Rakyat Malaysia Yang Fanatik Politik?

Agaknya, boleh atau tidak keluarkan statistik bilangan sebenarnya yang “menderita” daripada pelbagai aspek disebalik statistik amanat haji Hadi Awang ini?
Amanat Haji Hadi Awang Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Tuan Guru Haji Hadi Awang ada memohon utnuk diberikan slot selam 1 jam secara langsung contohnya menerusi RTM & Kumpulan Media Prima terutama TV3 untuk memberikan penjelasan mengenai amanat Hadi Awang yang berbunyi seperti di bawah ini  :
Amanat Hadi PAS Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Walaubagaimanapun ini jawapan Menteri Rais Yatim balas (Sumber : Bernama):
  1. Rais Yatim semacam tidak bersetuju untuk diadakan siaran langsung
  2. Rais Yatim lebih suka membuat liputan secara rakaman
  3. Itupun penyiaran penjelasan Hadi Awang bergantung kepada pertimbangan RTM samada sesuai atau tidak untuk dijadikan bahan berita. Sesuai yang macam mana lagi Datuk Seri?
  4. Andaikata, disiarkan sekalipun rais Yatim mengatakan penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan. Ohhh….
Kalau dalam rancangan hiburan seperti Melodi atau Galaksi boleh sahaja terus diterjah kalangan kalangan artis Malaysia untuk mendapat jawapan yang sebenarnya disebalik gosip-gosip yang berkeliaran berkaitan diri mereka, mengapa tidak boleh diaplikasi modus operandi yang sebegitu rupa setiap kali berbankitnya  isu-isu berkaitan ahli politik tidak kira ahli politik Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat?