Ketika ini harga minyak dunia menunjukkan trend menurun. Sudah beberapa kali harga minyak dunia mengalami penurunan harga tetapi yang menjadi persoalan kami ketika ini bilakah masa dan ketikanya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak RON97 seperti masa kerajaan sendiri yang memberikan ketetapkan mahu mengapungkan harga minyak mengikut pasaran semasa?
Harga minyak dunia turun sejak April 2012 sehinggalah Mei 2012 tetapi harga minyak RON97 masih tetap “utuh” dan dilihat “sukar” untuk diturunkan oleh pihak kerajaan sebaliknya hanya berita kenaikan harga minyak RON97 yang didengar setakat ini.(naik 10 sen lagi) yang kedengaran oleh rakyat Malaysia.
Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (yang diperdagangkan di AS) turun sebanyak 0.14 peratus menjadikannya US$90.72 setong ketika ini. Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun sebanyak 0.13 % kepada US$106.80 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.
P/S : Diharap kerajaan mempertimbangkan untuk mengkaji semula harga minyak RON97 dan ditetapkan berdasarkan harga semasa dunia ketika ini. Jika harga minyak RON97 boleh dinaikkan dengan kadar segera tanpa notis awal ketika harga minyak dunia melambung tinggi, mengapa tidak “budaya” tersebut diaplikasikan sama kepada ketika harga minyak dunia mula menurun. Apa respon anda pula?
No comments:
Post a Comment