Friday 13 July 2012

Pinjaman Kereta Sudah Diperketatkan VS Semakan Sistem Cukai Kenderaan di Malaysia Bila Lagi?


Duti Eksais Malaysia Pinjaman Kereta Sudah Diperketatkan VS Semakan Sistem Cukai Kenderaan di Malaysia Bila Lagi?
Pendapat kami, kami sedikit tiada masalah dengan dasar baru Bank Negara yang mana langkah meningkatkan syarat pinjaman pinjaman kenderaan mahupun perumahan. Tetapi kami rasa sudah banyak kali kami mengatakan dasar untuk mengawal kadar kredit dikalangan rakyat Malaysia yanga mana majoriti yang terkena tempiasnya dan bahananya adalah golongan muda tidak mampu berjalan dengan baik jika hanya satu pihak sahaja yang memainkan peranan…..
Semakan kami melaui hansard parlimen melalui persidangan Dewan Rakyat sebelum ini di mana telah berbangkitnya isu pinjaman kenderaan yang diperketatkan oleh Bank Negara kepada menteri yang bertanggungjawab dan ini jawapan yang diberikan oleh menteri :
Cukai Kenderaan Malaysia Pinjaman Kereta Sudah Diperketatkan VS Semakan Sistem Cukai Kenderaan di Malaysia Bila Lagi?
Cukai Kereta Malaysia Pinjaman Kereta Sudah Diperketatkan VS Semakan Sistem Cukai Kenderaan di Malaysia Bila Lagi?
Sumber : Handard Parlimen Malaysia
Kami melihatkan jawapan yang diberikan oleh menteri lebih menjurus kepada usaha untuk mengawal paras keberhutangan isi rumah di mana, ya benar data menunjukkan setakat ini angka mereka yang bankrap disebabkan oleh pinjaman kereta mahupun pinjmanan perumahan masing adalah pada kadar 25% dan juga 12%. Tinggi..
Tetapi, dengan hanya sekadar pendekatan yang sebegitu rupa ia masih lagi tidak mampu menangani secara total kerana sistem pembiayaan kredit yang terlalu ketat akan terus membebankan rakyat Malaysia terutamanya yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Semasa era Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada sekitar tahun 2005 beliau ada memperkenalkan Dasar Automotif Negara yang mana pada masa itu kerajaan Malaysia berhadapan dengan dua tuntutan :
  1. Pertama, tuntutan AFTA supaya  import duti ini dihapuskan sama sekali.
  2. Kedua kerajaan juga berdepan dengan satu lagi tuntutan untuk terus melindungi Proton dengan mengenakan import duti secara berterusan
  3. Maka untuk
Kerajaan Malaysia dilihat cuba mengimbangi tuntutan tersebut dengan cara :
  • Kerajaan telah menurunkan sedikit import duti tetapi menaikkan eksais duti yang bagi kami agak keterlaluan
  • Hari in cukai eksais yang paling rendah ialah 70%, ditambah pula dengan cukai jualan sebanyak 10% dan cukai import masih kekal di tahap 30% hingga 40%
  • Akhirnya, sistem percukaian yang terlalu tinggi ini telah memberikan kesan dan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan ditambah pula dengan syarat-syarat yang ketat yang dikenakan oleh Bank Negara
Proton telah menerima lebih daripada berbelas bilion ringgit Malaysia hasil limpahan subsidi & insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Proton sejak ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu. Cukuplah…..
Kerapkali kali kami berasa musykil, apabila acapkali kami melihat sesuatu dasar itu mahu dilaksanakan hanya menjurus kepada satu pihak sahaja yang terkna tempiasnya iaitu rakyat Malaysia yang kerapkali terkena bahananya? Mengapa? Manakala pihak yang satu lagi lepas begitu sahaja tanpa ada sifat tanggungawab……Samalah juga dengan isu IPP. Rakyat banyak duit lebih untuk bayar kadar elektrik tetapi taikun-taikun yang buat “duit atas angin” atas nama IPP, dapat lepas begitu sahaja….
Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan Malaysia sudah bersedia untuk “overhaul” secara total sistem percukaian kenderaan termasuk menstruktur semula duti eksais  ke atas kenderaan yang berkuasa rendah dan bukan sekadar menangani masalah ini melalui sistem pembiayaan kredit yang telah ditetapkan oleh Bank Negara? Apa respon dan pendapat anda pula?

No comments:

Post a Comment