Friday 20 July 2012

Kemasukan ke IPTA : Anwar Ibrahim Lebih Utamakan Bumiputera. Bangsa Cina Ada Masalah Besar!!!


Kemasukan ke IPTA 2012 Kemasukan ke IPTA : Anwar Ibrahim Lebih Utamakan Bumiputera. Bangsa Cina Ada Masalah Besar!!!Malaysakini BM : Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa, masyarakat Cina menghadapi masalah berhubung pendidikan di Malaysia semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.
Beliau mendakwa, semasa Anwar memegang jawatan tersebut, masyarakat Cina sukar bagi mendapatkan kemasukan ke IPTA kerana bekas menteri kewangan itu hanya mengutamakan bumiputera.
“Kami menghadapi masalah semasa Anwar menjadi menteri dulu. Ramai yang  memohon taraf penduduk sementara di sesebuah negara semata-mata untuk pendidikan kerana semasa Anwar menjadi menteri pelajaran dan timbalan perdana menteri, dia mengehadkan bukan bumiputera untuk masuk ke universiti,” kata Chua.
Anwar Ibrahim menjadi menteri pelajaran pada tahun 1986 hingga 1990 sebelum dilantik menjadi menteri kewangan seterusnya timbalan perdana menteri. [Malaysiakini BM]

No comments:

Post a Comment