Friday 6 July 2012

Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2-1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?


Malaysia Vs Myanmar Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?
Berdasarkan rekod sebelum perlawanan Malaysia VS Myanmar, menunjukkan Myanmar  berjaya mencatatkan keputusan seri dengan gergasi bola sepak Asia Korea Selatan. Di atas kertas, kemampuan mengikat pasukan Korea Selatan membuktikan kekuatan Myanmar tetapi…..
Tetapi kami tidak gemar mengambil perbandingan relatif semata. Membuat perbandingan keputusan Malaysia VS Korea Selatan dan Myanmar VS Korea Selatan sebagai asas kekuatan pasukan adalah bagi kami kurang tepat  disebabkan keputusan sebenar bergantung kepada corak permainan sesuatu pasukan dan juga prestasi semasa atas padang disamping faktor kekuatan mental menghadapi tekanan penyokong. Dan dalam pada masa yang sama  dengan keputusan seri dnegan Korea kita sama sekali tidak boleh menidakkan kekuatan Myanmar.
Hanya kemenangan dalam perlawanan Malaysia VS Myanmaryang akan membantu pasukan kita layak ke pusingan akhir Piala Asia U22 2013 secara automatik
Sekarang bagi kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun ada 41 pasukan kesemuanya :
  • Ada 7 kumpulan kesemuanya. Setiap kumpulan ada 6 pasukan kecuali kumpulan D ada hanya 5 pasukan sahaja
  • 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik (14 pasukan akan layak automatik)
  • 1 pasukan yang berada di tempat ketiga terbaik secara keseluruhan akan layak
  • Negara yang akan jadi tuan rumah layak automatik. Tuan rumah tak dipilih lagi.
  • Untuk menetukan tempat ketiga terbaik, kumpulan yang mengandungi 6 pasukan akan kira 4 perlawanan sahaja disebabkan mahu bagi sama dengan kumpulan  D yang ada hanya 5 pasukan sahaja. Jadi, keputusan perlawanan dengan pasukan yang berada di tangga tercorot tak akan dikira.
Itu ceritanya sebelum perlawanan Malaysia VS Myanmar
Tamat perlawanan Korea Selatan menentang Vietnam dengang keputusan Korea menang 2-0
Myanmar VS Malaysia Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?

Malaysia Vs Myanmar : Prestasi Pasukan Malaysia Menjadi Tanda Tanya

Kemudian apabila bermulanya perlawanan Malaysia VS Myanmar, kami agak terpinga-pinga dengan aksi pasukan Malaysia.
  • Kalau tengok keputusan bola sebelum ini yang melibatkan pasukan Malaysia acapkali Malaysia kenduri gol terhadap pihak lawan. 7-0, 4-2 dan 3-0. Hebat…… Harapan kami mahu melihat Malaysia buat kenduri gol sekali lagi. Rozaimi boleh buat hatrik sekali lagi ker, Nazmi Faiz mampu melakukan sesuatu untuk merencanakan serangan Malaysia
  • Tetapi lain pula jadinya.
  • Separuh masa pertama boleh kami katakan agak teruk. Separuh masa kedua, barulah pasukan Malaysia dilihat cuba memperbaiki permainannya.
  • Tak faham kami dibuatnya dengan banyak kesilapan yang tidak sepatutnyaberlaku terutamanya ketika menghantar bola kepada pihak lawan. Bola juga senang dirampas pemain Burma.
  • Gol kedua, kami tidak boleh terima. Kelihatan seperti pasukan Malaysia sedekah gol kepada pasukan Myanmar
  • Myanmar dilihat bermain baik dalam perlawanan malam tadi. Hantaran bola yang dibuat mereka agak kemas.
  • Apa nak buat, tiada rezeki dalam perlanan Malaysia VS Myanmar.  Cuba lagi……
Malaysia VS Myanmar Video Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?Kami percaya rakyat Malaysia tidak hanya menyokong pasukan Malaysia ketika menang sahaja. Kita akan tetap sokong, sebab inilah satu-satunya TEAM BOLA SEPAK KITA dalam dunia ini. Kalau nak sokong hanya disebabkan mengharapkan kemenangan, ada baiknya kami layan perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan Sepanyol contohnya. Tetapi semangat dalam diri peminat pastinya tidak akan sama berbanding untuk negara sendiri.
Jadi apabila ada teguran dan kritkan secara membina ambil secara positif dengan harapan mahu melihat bola sepak Malaysia terus berkembang. Nah…kalau dahulu hanya ada Indonesia, Thailand, kemudian Vietnam nah sekarang ini Myanmar semakin melonjak naik. Malaysia?
Termasuklah yang yang diperingkat tertinggi bola sepak Malaysia, kalau dah tak mampu dan kering idea untuk bersama-sama membangunkan bola sepak Malaysia dengan ikhlas ada baiknya, undurlah. gantikan yang lebih layak.
“Pilih salah satu : Sayangkan kemajuan bola sepak Malaysia atau kerusi empuk sendiri?”

Perlawanan Malaysia VS Myanmar : Myanmar Guna Pemain Yang “Berumur”?

Walaubagaimanapun, Malaysia dilihat maish ada harapan lagi untuk ke pusingan akhir. Walaupun masih lagi dilihat samar-samar untuk layak ke pusingan akhir Piala AFC U-22, dek kerana kalah kepada Myanmar tetapi Malaysia mungkin boleh mengharapan tindakan drastik daripada AFC untuk menyiasat penglibatan 2 pemain Myanmar sudah melebihi had umur yang dibenarkan :
Keputusan Malaysia VS Myanmar Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?
1. Thet Naing
Club: Yadanarbon FC
Date of birth: 17-01-1989
Age: 23
2. Kaung Si Thu
Club: Yangon United FC
Date of birth: 22.01.1987
Age: 25

Malaysia VS Myanmar : Malaysia Berpeluang Cerah Ke Pusingan Akhir Piala AFC? 

Sekarang terdapat sumber-sumber rapat yang mengatakan perkara ini memang sudah disahkan, dan sekarang ini Malaysia masih menunggu keputusan daripada AFC untuk menjalankan siasatan dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Ini bermakna walaupun dalam perlawanan Malaysia VS Myanmar, Malaysia telah kalah, tetapi…Malaysia akan tetap layak ke pusingan akhir Piala AFC U-22 dan perlawanan semalam dikirakan terbatal ataupun Myanmar tetap menang tetapi, Malaysia layak secara automatik ke pusingan Akhir tahun depan. Kalau ikut undang-undang..memang tindakan Myammar ni memakan diri sendiri.
P/S : Sama-sama, kita nantikan keputusan daripada AFC. 
PP/s : Apa kata anda peminat bola sepak Malaysia dalam perlawananMalaysia VS Myanmar malam tadi?

No comments:

Post a Comment