Friday 13 July 2012

Anwar Ibrahim Bersara Politik. Berita Baik Untuk Barisan Nasional (BN). Sekadar Retorik @ Realiti?


Anwar Ibrahim Berhenti Politik Anwar Ibrahim Bersara Politik. Berita Baik Untuk Barisan Nasional (BN). Sekadar Retorik @ Realiti?
Entahlah…bagi kami sukar untuk mempercayai kata-kata kalangan ahli politik sepenuhnya. Kadang-kadang mereka kata A tetapi yang jadinya adalah B. Begitulah yang sebaliknya. Jikalau diperhatikan ucapanya dalam siri-siri jelajah ceramah Anwar Ibrahim ini, beliau acapkali melaungkan ungkapan seperti “Lawan tetap lawan”.
Tetapi lain pula jadinya apabila kenyatan terbaru Anwar Ibrahim agak menongkah arus pula nampaknya berdasarkan pendirian terbaru daripada Ketua Pembangkang Malaysia ini. Kenapa? 
SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.
Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik – mengajar. Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.
Jikalau disingkap sejarah semula, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar Ibrahim adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Anwar Ibrahim kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.
Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.
“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya.
Kenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.
Mungkin beliau (Anwar ibrahim) merasakan yang sudah tiba masanya untuk berehat. Samada setakat berehat untuk meneruskan cita-cita menjadi menjadi Perdana Menteri Malaysia atau terus “bersara” daripada dunia politik, sama-sama kita nantikan apa yang berlaku selepas ini.
“Rentak dan cara orang poltik yang berubah-ubah bukanlah isu baru di Malaysia. Sudah banyak kali terjadi. Tidak kira -manamana pihak sekalipun. Hari ini cakap lain, besok cakap lain. Tiada yang pelik”
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Anwar Ibrahim Bersara Politik. Berita Baik Untuk Barisan Nasional (BN). Sekadar Retorik @ Realiti?
Bagi kami pengumuman dan ucapan seperti ini lebih kepada “taktik” dan juga “permainan taktikal politik” sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Masakan tidak, secara faktanya bagaimanakah seorang pemimpin yang dilihat begitu bercita-cita benar mahu bergelar Perdana Menteri boleh mempunyai pendirian yang sebegini rupa sebelum masuk dalam “pentas sebenar”.
Kalau benarlah bersara, bersaralah secara total. Jangan nanti kata dah bersara pun macam tak bersara. Kerapkali “keluar” memberikan komen dan hujah “melebihi” pemimpin yang ada sekarang ini.
Adakah sebenarnya kenyataan Anwar Ibrahim ini lebih untuk melihat rentak sokongan daripada kalangan rakan-rakan politiknya dalam Pakatan Rakyat atau memerhatikan daripada jauh respon daripada pihak lawan. Mungkin ya mungkin tidak? Akhirnya…….Tuan Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) tampil menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Dan juga beberapa pemimpin pembangkang juga menyuarakan pendapat yang serupa dan mengharapkan Anwar Ibrahim terus bergiat dalam dunia politik di Malaysia. Ehem….Umpan sudah mengena?
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim Bersara Politik. Berita Baik Untuk Barisan Nasional (BN). Sekadar Retorik @ Realiti?
Sebab itu dalam politik, kami kurang bersetuju jikalau kita semua obses dan fanatik kepada setiap parti politik sehingga meletakkan satu batasan dan benteng yang menghalang kita untuk menerima kebenaran dengan sebaiknya.
Anwar Ibrahim Bersara Anwar Ibrahim Bersara Politik. Berita Baik Untuk Barisan Nasional (BN). Sekadar Retorik @ Realiti?
Dan pastinya berita yang mengatakan Anwar Ibrahim mahu bersara daripada politik, pastinya mengajak dan mengundang bekas “rakan sepasukan” Anwar Ibrahim dahulu semasa dalam kerajaan iaitu ketika era Tun Dr Mahathirmenjadi Perdana Menteri Malaysia, untuk memberikan komen dan sepatah dua kata mengenai hasrat Anwar Ibrahim hendak bersara…..
“Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung…dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita.
Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 dan akan kembali mengajar.
Kita buat dua jawatan Perdana Menteri, bagi dekat dia satu ‘Honour Prime Minister’ selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara,” katanya.
P/S : Apa respon anda dengan kenyatan terbaru Anwar Ibrahim ini yang mengatakan Anwar Ibrahim mahu bersara daripada politik. Apa kata kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan termasuklah juga penyokong Barisan Nasional? Suka? Lega? Kecewa?

No comments:

Post a Comment