Wednesday 11 July 2012

55 Tahun Merdeka Janji Ditepati : Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Relevenkah?


Janji Ditepati 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati : Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Relevenkah?
Pertama-tama sekali, maaf jika ada yang tertunggu-terunggu laporan berita terkini daripada Berita Semasa. Agak sibuk kami sebelum ini, termasuklah dengan rumah lelong dan juga projek lain. Okey…cukup setakat itu maklumannya. Berhenti di situ. Dan berbalik kepada laporan Berita Semasa hari ini, baru-baru ini kami ada ternampak lukisan potret Datuk Seri Najib Razak semasa berlangsungnya acara “Jelajah Janji Ditaburi” di Bandar Baru Bangi.
Yang menariknya di sini, tema hari kemerdekaan 2012 seperti yang diumumkan pada penghujung bulan Jun 2012 yang lalu agak sedikit berlainan dengan apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini  dalam program Jelajah Janji Ditepati yang diadakan di Bandar Baru Bangi dan tema kemerdekaan 2012 berbunyi seperti di bawah ini
“55 Tahun, Janji Ditepati”
Tema Janji Ditepati 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati : Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Relevenkah? Ya……begitulah tema kemerdekaan 2012 tahun ini. Di mana “55, tahun, Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Jikalau disingkap semula tema-tema kemerdekaan sebelum ini, kami lebih merasakan ia cukup dekat dan dilihat lebih kepada ekspresi rakyat Malaysia.
Pada kami secara jujurnya tema hari kebangsaan antara yang diingati dan agak relevan pastinya tema seperti “Nilai Murni, Teras Kemajuan”, “Keranamu Malaysia”,  ”Negara Kita Tanggungjawab Kita” di zaman era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami tidak mengatakan Tema Janji Ditepati yang digunakan ini adalah satu tema agak teruk untuk diangkat sebagai Tema Hari Kebangsaan.
“Tetapi bagi kami adalah eloknya diubah sedikit agar lebih relevan dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2012 yang disambut oleh seluruh pelusuk negara”
Sememangnya kami merasakan ia agak kurang sesuai utnuk digunapakai. Takkanlah daripada banyak-banyak pemikir yang ada, ini sahaja idea yang berjaya dicernakan? Sedangkan tema ini jugalah yang digunakan oleh Datuk Seri Najib untuk kempen politik semasa turun padang bertemu dengan rakyat Malaysia. Dan sekarang tema ini jugalah yang diangkat menjadi tema Hari Kebangsaan?

Janji Ditepati : Manifesto Barisan Nasional VS Pemberian Bantuan Kerajaan Malaysia?

Berdasakan semakan semula yang bertemakan ‘Selamat, Aman dan Makmur’, dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamatbn2008.org.my. Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut :
Manifesto Barisan Nasional 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati : Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Relevenkah?
Ekonomi
  • Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu
  • Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun
  • Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
  • Mengurangkan lagi defisit fiskal negara
  • Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi
Keselamatan
  • Mengurangkan indeks jenayah negara
  • Menangani isu pendatang asing tanpa izin
  • Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
  • Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam
Urus tadbir kerajaan
  • Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
  • Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa
Pendidikan
  • Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan,
  • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil
  • Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
  • Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
Pembangunan
  • Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010
  • Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli – Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu
  • Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
  • Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru
  • Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu
Perkhidmatan awam
  • Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan
  • Cepatkan pengeluaran lesen dan permit
  • Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam
Agama
  • Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari
  • Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah
  • Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama
Kami beranggapan adakah Tema Janji Ditepati ini adalah sedutan daripada pelaksanaan manifesto yang dijalankan oleh parti Barisan Nasional. Tetapi tanggapan kami silap…….
Hari Kemerdekaan 2012 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati : Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Relevenkah?
Kami merasakankan agak janggal apabila mendengar  ”Janji Ditepati” diangkat sebagai Tema Hari Kemerdekaan 2012. Benarkah ia adalah tema untuk negera atau ia adalah tema untuk parti politik? Tema Pilihanraya?

Janji Ditepati : Persiapan Sebelum Pilihanraya Umum Ke 13?

Bukan apa, apabila tema Hari Kemerdekaan 2012 berbau politik & juga diselitikan kempen pilihanraya, kita boleh “membaca” bahawa alamatnya Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan dalam masa terdekat selepas sahaja sambutan tersebut dan juga beberapa pemberian beberapa bantuan oleh pihak kerajaan Malaysia. Mungkin? Termasuklah bonus kakitangan awam,pemberian BR1M untuk pusingan yang kedua dan banyak lagi pengumuman “emas” yang bakal kedengaran selepas ini daripada pihak kerajaan. Mungkin
Kenapa Janji Ditepati?? Bukankah Tema Hari Kebangsaan adalah sesuatu yang rakyat Malaysia sama-sama lakukan kepada negara Malaysia? Apa yang kami faham selama ini, sepatutnya Hari Kemerdekaan adalah hari yang bermakna bagi melahirkan semangat patriotik dan cintakan negaratanpa mengira fahaman politik dan ideologi. Pihak pembangkang dan kerajaan boleh duduk bersama-sama meraikan sambutan hari kemerdekaan negara. Dan masing-masing juga diberi peluang ketika itu untuk meluahkan perasaan cintakan negara agar semangat itu dapat disemai ke dalam diri setiap rakyat yang berbilang kaum ini.
Bukankah begitu lebih baik?
Namun begitu, sayangnya apa jua perkara di Malaysia ini, 24 jam akan sentiasa melibatkan fahaman politik. Oleh itu, agak mustahil untuk melihat situasi di atas berlaku.
Jelajah Janji Ditepati 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati : Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012. Relevenkah? BANGI: The Merdeka Day celebration this year will showcase the promises fulfilled by the Barisan Nasional government to the country and the people over the last 55 years. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the celebration on Aug 31 would carry the theme of “55 Years of Independence, Promises Fulfilled (55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati)”. “We can already see that the promises made by the Barisan have been implemented for the past 55 years, not just one or two days,” he said during Barisan Nasional’s Janji Ditepati roadshow here yesterday. Apart from the numerous visible achievements, Najib said the Barisan’s successes also hinged on its ability to keep its promises of bringing peace, security, harmony and prosperity to the people. He added that the ability to deliver was due to the common vision shared by the Barisan component parties.
Hujah kami diperkuatkan lagi dengan kenyataan Datuk Najib Razak di Bangi baru-baru ini seperti yang kami sertakan di atas ini. Semasa merdeka rakyat Malaysia tidak peduli samada janji ditepati oleh pihak kerajaan atau pembangkang contohnya. Tiada langsung kami rasakan perasaan seperti. Ini kerana apa yang penting semasa sambutan Hari Kemerdekaan itulah kita mengangkat dan menggunakan masa tersebut sepenuhnya untuk mengimbau dan mengenang jasa para pejuang negara semasa memerdekakan negara kita Malaysia
P/S : Teringat kata-kata seorang Profesor yang mengatakan “negara kita Malaysia tidak dijajah“. Erm……
PP/S : Apa pendapat anda dengan tema Hari Kemerdekaan 2012 kali ini?. Apa yang anda inginkan sebenarnya “wajah-wajah” yang menghiasi dan bentuk smabutan semasa Hari Kemerdekaan?

No comments:

Post a Comment