Friday 20 July 2012

Perbendaharaan Selangor Jumpa Ketidakaturan Di Karnival Terima Kasih Rakyat?


Karnival Pakatan Rakyat Selangor Perbendaharaan Selangor Jumpa Ketidakaturan Di Karnival Terima Kasih Rakyat?
Malaysiakini BM : EKSKLUSIF Satu siasatan dalaman Perbendaharaan Selangor menemui pelbagai ketidakaturan dalam perolehan barang dan perkhidmatan untuk Karnival Terima Kasih Rakyat, karnival politik dalam bulan Mac untuk meraikan ulang tahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.
Karnival Pakatan Rakyat Selangor berkenaan melibatkan 15 pembekal dengan lebih RM1 juta barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan.
Kebanyakan bayaran kepada pembekal ditangguhkan buat sementara selepas dinasihati perbendaharaan negeri Selangor. Bagaimanapun, sehingga semalam, pembekal masih lagi beratur di bangunan kerajaan negeri merayu untuk mendapatkan bayaran yang tertangguh.
Ketidakaturan dalam proses itu termasuk ketiadaan sebut harga kelulusan bagi perolehan barangan dan perkhidmatan melebihi RM50,000, pembekal gagal mendaftar dengan perbendaharaan negeri dan persekutuan, dan pembekal membekalkan barangan dan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam bidang perniagaan seperti didaftarkan.
Bagaimanapun, penyelaras karnival itu, Ronnie Liu yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, kajian dan pembangunan negeri, menafikan sebarang ketidakaturan dan mendakwanya hanya “salah faham”. [Malaysiakini BM]

No comments:

Post a Comment