Friday 6 July 2012

Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!


LRT Ampang Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!
[Projek LRT Ampang] Mengikut perancangan kerajaan Malaysia sekarang mahu menambah lagi 17 km dengan nilai RM1.012 biliondaripada perkhidmatan LRT Ampang yang sedia ada sekarang ini. Cukup besar nilainya. Ada 8 syarikat terkemuka daripada seluruh dunia termasuklah dari Perancis, Britain dan Korea Selatan telah masuk tender dan berusaha untuk membuktikan kemampuan & kekuatan masing-masin
berdasarkan rekod yang sudah sedia ada dalam membida projek ini.
Semua syarikat yang masuk tender ini cukup disegani kerana banyak terlibat dalam projek-projek mega keratapi & LRT di seluruh dunia kecualilah……..kecualilah, ada 1 syarikat ini. Daripada nlapan-lapan syarikat yang mencuba membida projek LRT Ampang ini, hanya 1 syarikat sahaja didakwa tiada pengalaman langsung dalam industri pembinaan keretapi & LRT ini. Syarikat yang mana satu? Pelik bukan?

Projek LRT Ampang : Antara Hasil Penilaian Bidaan oleh Halcrow

Datuk Najib Razak George Kern Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!
Tiada pengalaman langsung pun masih lagi “berani” membida projek ini. Tambahan pula, berdasarkan semakan kami kepada laporan berita Bernama pada 7 Julai 2011 menunjukkan syarikat yang tiada pengalaman inilah tetap dan cukup berkayakinan tinggi untuk mendapatkan projek LRT Ampang. Hebat……
George Kent LRT Ampang Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!
Sumber : Bernama News
Akhirnya selepas melalui penilai tender yang cukup teliti dan ketat selama berbulan-berbulan lamanya, badan yang menilai iaitu perunding kejuruteraan Halcrow membuat keputusan memilih untuk mencadangkan kepada Kementerian Kewangan satu syarikat  dari Britain, Konsortium Balfour Beatty-Invensys bagi melaksanakan projek LRT Ampang ini. Berdasarkan rekod Balfour Beatty-Invensys cukup terkenal di dunia dalam industri pembinaan ini kerana banyak terlibat dalam pembinaan projek keretapi & LRT di seluruh dunia.
Tender Projek LRT Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!
Tender LRT Ampang Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!
Kemudian cadangan ini dibawa kepada Kementerian Kewangan. Bagi Kementerian Kewangan, jawatankuasa tender tertinggi dinamakan JawatanKuasa Perolehan Menteri Kewangan. Siapa pengerusianya? Menteri kewangan (Datuk Seri Najib Razak). Siapa pula ahalinya? Menteri Kewangan II (Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah) dan tidak lupa juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Wan Aziz. Nama-nama di atas berada pada kedudukan yang tertinggi dalam Perbendaharaan Negara.
Projek LRT Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!
Badan penilai mencadangkan dan memilih konsortium Balfour Beatty-Invensys kerana sememangnya dilihat cukup layak untuk menjalankan sambungan projek LRT Ampang ini. Dan akhirnya, Datuk Seri Najib telah menurunkan tandatangan mengesahkan penganugerahan projek LRT Ampang kepada Balfour Beatty-Invensys pada 25 Januari 2012. Keesokan harinya iaitu pada 26 Januari 2012, Kementerian Kewangan telah mengumumkan yang mana Balfour Beatty-Invensys telah mendapat projek tersebut.
Selepas beberapa bulan lamanya dilihat tiada sama sekali timbul sebarang masalah. Tetapi pada minggu lepas keluar dakwaan yang mana Datuk Seri najib Razak dalam mesyuarat kabinet mahu membatalkan keputusan yang sudah dibuat pada Januari 2012 kerana mahu menganugerahkan pula projek LRT Ampang kepada konsortium yang bernama George Kern daripada Balfour Beatty-Invensys.
Tan Sri Tan Kay Hock Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!
Menurut rekod, George Kern inilah juga satu-satu syarikat daripada 8 lapan syarikat yang terlibat dalam mmebida projek LRT Anpang ini yang tiada pengalaman langsung dalam kerja-kerja pembinaan keretapi dan LRT ini.
George Kern ini hanyalah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan meter paip air sahaja dan mempunyai sebuah kilang di Rawang, Selangor. Jadi persoalannya sekarang bagaimana George Kern boleh dianugerahkan projek sambungan LRT Ampang ini?
Tan Sri Tan Kay Hock Najib Kontrak Sambungan Projek LRT Ampang Bernilai RM1,012,910,000 Diberikan Kepada Kroni? Edisi Pecah Amanah!!Kami sama sekali tidak pasti, apa faktor yang memberikan pertimbangan kepada Datuk Seri Najib untuk memilih George Kern ini……
Cuma, apabila diselidik sejarah lampau pemilik syarikat George Kern ini yang bernama Tan Sri Tan Kay Hock adalah merupakan rakan karib, kawan baik kepada Datuk Seri Najib Razak sejak kecil lagi daripada peringkat persekolahan sehinggalah ke peringkat universiti. Dan sekarang, Datuk Seri Najib Razak seringkali dilihat bermain golf dengan Tan Sri Tan Kay Hock.
Apa yang dirisaukan sekarang ini ialah keselamatan bakal penumpang kelak. Keratapi ini dikawal secara elektronik melalui sistem berkomputer yang pastinya tiada pemandu. Maksudnya di sini jika benar syarikat ini tiada pengalaman, apakah nasib penumpang LRT ini kelak? Sekaligus penganugerahan projek kepada syarikat yang tiada pengalaman bakal membahayakan ratusan ribu yang bakal menggunakan perkhidmatan LRT ini kelak.
P/S : Kalangan rakyat Malaysia memulangkan beberapa persoalan yang berbangkit mengenai projek LRT Ampang ini kepada Datuk Seri Najib Razak menjawabnya….

No comments:

Post a Comment