Sunday 29 July 2012

Bonus Raya 2012 1.4 Juta Kakitangan Awam (Tuntutan Cuepacs) : Setengah Bulan Gaji @ RM500?


Bonus Raya 2012 Kakitangan Awam : Kalau melihat semula laporan Berita Semasa mengenai bonus raya kakitangan awam yang bertajuk “Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam!“, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 billion bagi memberikan bosnu raya 2011 kepada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Itu beritahun tahun 2011, bagaimana pula dengan bonus raya 2012 kakitangan awam? 
Pasti ada yang mengatakan, mengapa perlu diberikan lagi kepada kalangan kakitangan kerajaan sedangkan mereka baru sahaja menerima kenaikan gaji antara 7-13% awal tahun ini. Takkanlah nak minta lagi bonus raya 2012 pula? Jawapan kami mudah sahaja.
Inilah waktu dan ketika yang terbaik untuk menghantar sebarang cadangan dan permintaan kepada pihak kerajaan. Nah…inilah masanya. Apatah lagi Malaysia sekarang ini dalam kehangatan menghadapiPilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi. Desas-desus ada mengatakan, kemungkinan besar selepas Hari Raya Aidilfitri 2012 kali ini. Benarkah? Sama-sama kita nantikan selagi tidak keluar sebutir pun pengumuman daripada Datuk Seri Najib Razak.

Tuntutan Cuepacs : Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan

Mungkin atas pertimbangan ini jugalah, Cuepacs melancarkan satu lagi tuntutan kepada pihak kerajaan :
Tuntutan bonus raya 2012 Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan kerajaan  di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada hari ini (Isnin)
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Dan hati kecil kami kuat merasakan kakitangan awam akan mendapat bonus raya 2012 kali ini. Dan samada dapat atau tidak bukan lagi menjadi menjadi persoalan utama sebenarnya kerana lebih terarah kepada persoalan, berapa jumlahnya yang bakal diagihkan oleh kerajaan bagi bonus raya 2012 kali ini?
  • Adakah bonus sebulan gaji?
  • Adakah pemberian bonus raya 2012 sebanyak RM500?
  • Ataupun mungkin lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini?
  • Atau anda ada cadangan lain yang dirasakan relevan?
Kalau dapat bonus raya 2012 kali ini, Alhamdulillah bukan? Walaubagaimanapun, andaikata tidak dapat janganlah menjadikan ia alasan membuatkan diri kita tiba-tiba kurang produktif pula jadinya..Kami jangkakan pada raya kali ini kalangan penjawat awam amnya dan rakyat Malaysia umumnya akan mendapat tempias bonus raya bukan sahaja kerajaan pusat tetapi juga kita akan melihat perlumbaan mengagihkan duit raya oleh setiap kerajaan negeri kepada setipa kakitangannya….
P/S : Apa pandangan dan harapan kakitangan awam di sini mengenai tuntutan bonsu raya 2012 kali ini untuk anda semua?

No comments:

Post a Comment