
Mengumumkannya di Twitter, Rafizi Ramli berkata keputusannya untuk letak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor “tiada sebarang dimensi politik”.
“Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim…“Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.“Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat,” kata Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, waktu Rafizi Ramli memilih untuk mengumumkan keputusannya letak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.
Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandangan bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.

No comments:
Post a Comment