Friday 22 June 2012

Harakah Daily Online Terima Amaran SKMM!!


HarakahOnline.my  Harakah Daily Online Terima Amaran SKMM!!
Harakah Daily Online menerima surat amaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ekoran tulisan seorang pengikut dalam Facebooknya yang komennya didakwa menghina raja-raja. Menurut surat dari Unit Media Baru, Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat, SKMM, tulisan dari pengikut Facebook Harakah Daily Online itu bertentangan dengan Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
  • Akta itu menetapkan bahawa pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang adalah satu kesalahan.

Harakah Daily Online : Pemberi Komen Bakal Dihukum?

Sekiranya disabitkan kesalahan, pemberi kandungan di Harakah Daily Online boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
“Oleh yang demikian, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil perhatian akan peruntukan di atas serta memastikan kandungan portal tuan tidak melanggar peruntukan tersebut.
“Pihak SKMM akan terus memantau portal ini agar ianya tidak melepasi batasan-batasan yang digariskan dan menjadi medan bicara yang lebih sihat dan beretika,” kata surat kepada Harakah Daily Online itu.

Harakah Daily Onlien Turut Bersalah?

Harakah Terbaru Harakah Daily Online Terima Amaran SKMM!!Seorang pengikut Facebook Harakahdaily telah membuat komennya dalam ruangan komen tentang raja-raja Melayu di bawah laporan bertajuk ‘Itu pandangan saya sebagai rakyat biasa – Nizar’. Berdasarkan surat amaran dari SKMM itu, Harakah Daily Online adalah bersalah ekoran komen-komen itu tersiar dalam laman Facebook Harakah Daily walaupun yang menulisnya adalah pihak lain.
Ekoran surat itu, Harakah Daily telah membuang nama penulis komen berkenaan dalam senarai pengikutnya di Facebook.

No comments:

Post a Comment