Friday 22 June 2012

Berita Harian Metro Online Versi Tablet Kini Lebih “Mengganas” & “Mencengkam” Jiwa Pembacanya!!


Harian Metro Sabah Berita Harian Metro Online Versi Tablet Kini Lebih Mengganas &  Mencengkam Jiwa Pembacanya!!
Sekali pandang, seakan meneliti halaman di majalah Playboy versi Malaysia, majalah Mangga. Dua kali pandang rupa-rupanya ia adalah merupakan sebahagian halaman daripada Berita Harian Metro Online versi paparan tablet. Gambar-gambar ini telah dihantar oleh seorang pengirim email kepada Berita Semasa yang boleh kami katakan agak menyayat hati berbanding orang mati bergelimpangan di jalan raya….
 Apa tidaknya, orang mati yang di jalan raya pun ditutup seluruh badannya dengan rapi akhirnya berbanding……Errm…
Harian Metro Sukan Berita Harian Metro Online Versi Tablet Kini Lebih Mengganas &  Mencengkam Jiwa Pembacanya!!
Kami tidak pasti, adakah Harian Metro sudah kehilangan keyakinan untuk terus menerajui takhta sebagai akhbar paling popular di Malaysia ataupun merupakan satu lagi strategi mahu “memerangkap” sekaligus meningkatkan kelompok pembaca Berita Harian Metro online pula?
Mengapa tidak mengikut contoh Sinar Harian contohnya. Kami tidak katakan Sinar Harian adalah yang terbaik tetapi bezanya di sini mereka acapkali cuba membuktikan yang terbaik kepada pembaca mereka amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Baru-baru mereka sekali lagi berjaya menganjurkan wacana yang sihat dan segar melalui debat antara Datuk Saifuddin Abdullah VS Datuk Salahuddin Ayub .
Tahniah kami ucapkan. Ya…kami sendiri juga suka membaca Sinar Harian terutamanya debat-debat dan forum isu semasa yang seringkali diadakan….Sukarkah berita Harian Metro online untuk mencontohi apa yang baik dan diterjemahkan kepada pengolahan berita yang lebih berilmiah dan berguna kepada pembaca?
Adakah tanpa paparan gambar seksi seperti ini yang jelas sekali pihakBerita Harian Metro mempergunakan dan mengekplotasikan tubuh badan gadis muda ini untuk dijadikan paparan golongan lelaki contohnya.
Berita Harian Metro  Berita Harian Metro Online Versi Tablet Kini Lebih Mengganas &  Mencengkam Jiwa Pembacanya!!
Kami tidak pasti pada paparan tablet bagi berita Harian Metro online merujuk kepada gambar di atas ini, adakah benar cita-cita yang dicatatkan untuk menjadi usahawan berjaya merupakan realiti atau sekadar nukilan penyedap rasa sahaja? Ini kerana berdasarkan aksi dan lenggoknya di depan lensa kamera seakan seperti mahu  ”menjerat” usahawan berjaya pula? Benarkah?
Kata orang, apabila kita nak makan berkhasiat itu pastikan ia sentiasa terjaga dan ditutup dengan tudung saji, takut-takut dihinggapi lalat. Ramai yang tidak mahu mengambil risiko. Tetapi ada juga “yang tak ambil pusing”
Pilihan ditangan si empunya badan. Tengok pun sudah besar panjang. Akal sudah ada dan jika masih ada lagi sedikit iman yang terselit hasil didikan selama ini, gunakaan dan pertahankanlah.
P/S : Tiada guna kerajaan berulangkali berusaha keras membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja hari ini tetapi malangnya platfrom media arus perdana yang popular seperti Berita Harian Metro online lebih gemar memberikan liputan gambar-gambar seperti di atas di dalam kandungan berita mereka.
PP/S : Kami masih lagi menanti saat di mana Allahyarham Tan Sri Mohamed Bin Rahmat ketika menjadi Menteri Penerangan cukup tegas etika pemakaian di hadapan lensa kamera dan di kaca televisyen. Agak ketat. Sekarang? Kami masih menunggu lagi tindakan drastik daripada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab. Atau mahu menunggu gadis ini sudah berani memakai __________ & _____________ sahaja baru kita semua mahu melatah?
PPP/S : Anggap kata-kata kami ini ingin melihatkan Berita Harian Metromenjadi lebih baik daripada hari ini. Teguran tidak semestinya mahu menjatuhkan tetapi bezanya di sini jika teguran itu diambil daripada sudut pemerhatian yang positif, Insyaallah tanpa paparan gambar-gambar seperti di atas ini pun kami pasti Harian Metro tidak akan sama sekali kehilangan pelanggan dan pengikut setia mereka…Apa pemerhatian dan respon anda pula di sini?

No comments:

Post a Comment