Monday 25 June 2012

Felda Global Ventures (FGV) : Louis Dreyfus Commodities Hanya Sasar 0.5% Saham Felda?


Felda Global Ventures Felda Global Ventures (FGV) : Louis Dreyfus Commodities Hanya Sasar 0.5% Saham Felda?Syarikat dagangan Louis Dreyfus Commodities (LDC) dijangka hanya mensasarkan sebanyak 0.5 peratus saham dalam tawaran awal permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Laporan Reuters menyebut, syarikat berkenaan lebih berminat untuk mendapatkan rakan kongsi daripada menjadi pelabur.
“Dua perpuluhan lima peratus atau 0.5 peratus tidak memberi banyak perbezaan,” kata sumber berkenaan dalam laporan tersebut.
Louis Dreyfus Felda Felda Global Ventures (FGV) : Louis Dreyfus Commodities Hanya Sasar 0.5% Saham Felda?Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata Louis Dreyfus Commodities (LDC) mungkin akan mendapatkan saham yang kurang daripada 2.5 peratus. Laporan terdahulu menyebut, LDC tidak dapat melabur dalam Felda Global Ventures (FGV) di peringkat tawaran awal permulaan kerana masih tidak dapat mengesahkan kepentingannya, sebelum tempoh untuk tawaran institusi berakhir pada 13 Jun.

Felda Global Ventures (FGV) : Harga Sawit Akan Meningkat!!

iPO Felda Felda Global Ventures (FGV) : Louis Dreyfus Commodities Hanya Sasar 0.5% Saham Felda?Felda Global Ventures (FGV) berharap kerjasama itu akan mengukuhkan aktiviti hiliran dan mengukuhkan sumber pendapatannya. Presiden Felda Global Ventures (FGV) Group Datuk Sabri Ahmad dilaporkan berkata langkah itu seterusnya akan menyediakan pendapatan stabil bagi para peneroka Felda dan menjangka harga minyak sawit mentah yang kini di paras RM2,900 setan metrik akan meningkat.

IPO Felda Global Ventures FGV Terbesar di Asia

Felda Global Felda Global Ventures (FGV) : Louis Dreyfus Commodities Hanya Sasar 0.5% Saham Felda?Penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) akan menjadikannya IPO terbesar di Asia pada tahun ini, IPO terbesar di dunia pada tahun ini selepas penyenaraian Facebook dan IPO terbesar di Malaysia sejak penyenaraian Petronas Chemical Group pada November 2010.
Dengan mengandaikan harga runcit RM4.55, tawaran itu dijangka akan mengumpulkan kira-kira RM10.5 bilion. [Malaysiakini BM]

No comments:

Post a Comment