
Harga minyak dunia ketika ini tidak semewah sebelum ini. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu menyebabkan harga minyak dunia pada paras terumbang-umbing dan mula menurun berada di bawah pada paras USD100 setong sejak harga minyak mentah melepasi paras USD100 (RM310) setong sekitar Mei 2012 yang lalu. Kalau sebelum ini ramai kalangan pengguna petrol RON97 yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang acapkali menaikkan harga minyak RON97 tetapi agak kurang kedengaran harga minyak RON97 diturunkan.
Untuk tahun 2011, sudah empat harga minyak RON97 dinaikkan. Tetapi….
Tetapi baru-baru ini, selepas 2, 3 siri kenaikan harga minyak RON97akhirnya kerajaan telah bertindak menurunkan harga minyak RON97 sebanyak 10 sen dari RM2.90 kepada RM2.80 seliter.

Sekitar sebulan lebih yang lalu, kami pernah menerbitkan laporan berita yang bertajuk “RON 95 VS RON 97. Kenapa RON 95 Lebih Mahal Daripada RON 97 Yang Tiada Subsidi?” di mana terdapat kemusykilan sehingga menyebabkan kami membangkitkan persoalan tentang perbandingan antara harga minyak RON95 dengan harga minyak RON97 yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Kualiti minyak Ron97 lebih baik daripada minyak Ron95
- Tetapi…harga semasa bagi minyak Ron95 lebih murah berbanding harga minyak Ron97?
- Bagaimana pertimbangan yang dibuat kerajaan semasa mentapkan harga minyak ini?
Dikesempatan ini kami kongsikan sekali data yang dipaparkan di stesen minyak Petronas mengenai subsidi minyak yang diperuntukkan oleh kerajaan ketika itu untuk beberapa bulan sebelum ini untuk smeakan anda semula :
Bulan Mei 2012
- Harga Sebenar : RM3.53
- Harga Kawalan : RM1.90
- Perlepasan Cukai : RM0.59
- Subsidi Kerajaan : RM1.04
Bulan April 2012
- Harga Sebenar : RM3.41
- Harga Kawalan : RM1.90
- Perlepasan Cukai : RM0.59
- Subsidi Kerajaan : RM0.92
Bulan Disember 2011
- Harga Sebenar : RM3.16
- Harga Kawalan : RM1.90
- Perlepasan Cukai : RM0.58
- Subsidi Kerajaan : RM0.68
Bulan November 2011
- Harga Sebenar : RM3.35
- Harga Kawalan : RM1.90
- Perlepasan Cukai : RM0.59
- Subsidi Kerajaan : RM0.86
Harga Minyak RON95 Bulan Jun 2012 & Subsidi Kerajaan?

- Harga Sebenar : RM2.72
- Harga Kawalan : RM1.90
- Perlepasan Cukai : RM0.59
- Subsidi Kerajaan : RM0.82
Semakan subsidi kerajaan bagi harga minyak RON97 mengejutkan kami apabila harga sebenar yang dipaparkan di stesen Petronas yang telah kami kunjungi “turun mendadak” berbanding data pada bulan sebelumnya.
Sebelum (MEI 2012):
- Harga Minyak RON95 tanpa subsidi = RM3.53
- Harga Minyak RON97 tanpa subsidi = RM2.90
Selepas (JUN 2012):
- Harga Minyak RON95 tanpa subsidi = RM2.72
- Harga Minyak RON97 tanpa subsidi = RM2.80
Selepas sahaja kerajaan umumkan penurunan harga minyak RON97 baru-baru ini sebanyak 10 sen, harga minyak RON95 tanpa subsidi telah bertukar terus dari Rm3.35 kepada RM2.72 ?? Minta menteri menjawab persoalan ini?
Angka ini pula, kami perolehi berdasarkan laporan Berita Utama pada 7 Jun 2012 yang lalu :

Semakan seterusnya yang telah kami lakukan berdasarkan kenyataan menteri yang dilaporkan oleh Buletin Utama mengatakan harga minyak RON97 diturunkan ketika ini tidak bermakna harga minyak RON95 turut sama boleh ditirunkan walaupun majoriti yang menggunakan Ron95 adalah golongan pertengahan dan golongan bawahan. Ini kerana, walaupun harga minyak mentah antarabangsa menurun ketika ini, kata kerajaan tetapi harga minyak RON95 masih lagi dilindungi subsidi sejumlah RM2 bilion
Secara perkiraan kasarnya sekarang ini, apabila harga minyak mula menurun ketika ini, ini bermakna subsidi kerajaan juga dapat dikurangkan bag tujuan mengawal harga minyak RON95 untuk kegunaan anda, anda semua.
- Apabila harga minyak dunia turun, kedua-dua harga minyak RON95 dan RON97 di atas kertas memang sepatutnyaakan turun
- Tetapi, kerajaan telah putuskan sebelum ini untuk memberikan subsidi berdasarkan perkiraan mereka kecuali harga pasaran turun di bawah harga sekarang
- Manakala, harga minyak RON97 tak diberi subsidi, sesuai untuk orang mempunyai “lebihan wang”, harga akan turun naik mengikut pasaran
- Jadi sebab apa harga minyak RON95 masih lagi sukar untuk diturunkan kerajaan?
- Biasanya harga sebenar minyak RON95 hanya kurang 10-20 sen sahaja berbanding harga sebenar minyak RON97
- Sebenarnya, kerajaan boleh sahaja menurunkan harga minyak RON95 jikalau mereka mahu. Tetapi polisi kerajaan sekarang agak berlainan.
- Mereka lebih berminat untuk mencurahkan lebihan subsidi itu ke tempat atau tujuan yang lain. Tujuan yang mana satu? Kami tidak pasti…..
Di atas pertimbangan itu, jikalau kerajaan masih tetap dengan pendirian mereka dengan tidak mahu menurunkan harga minyak RON95 pada ketika ini dalam keadaan sekarang ini harga minyak mentah antarabangsa sudah menunjukkan rentak menurun, kami berbesar hati mahu mengetahui berapa penjimatan daripada penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini?
Dan daripada penjimatan itu, dana tersebut telah disalurkan untuk tujuan apa?
Perbezaan Harga Minyak RON97 Pada 2008 VS Tahun 2012?
Dan persoalan terakhir yang ingin kami bangkitkan di sini, berdasarkan perbandingan di bawah ini?
- Harga Minyak Ron 97 Tahun 2008 =USD126.16 . Harga Malaysia Tanpa Subsidi = RM2.70
- Harga Minyak Ron 97 Tahun 2012 =USD84.82 . Harga Malaysia Tanpa Subsidi = RM2.80
Di mana logiknya pertimbangan harga pada kadar RM2.80 yang diletakkan ketika ini bagi harga minyak RON97?
P/S : Tetapi kerajaan berhajat benar mahu menurunkan harga minyak Ron95, sebenarnya boleh lakukan sekarang ini. Tidak perlu menunggu 1 minggu lagi menjelang hari pengundian Pilihanraya Umum ke 13, barulah mahu diumkan penurunan harga minyak RON95, kami rasa strategi itu kurang berkesan pada era sekarang ini….Walaubagaimanapun, pertimbangan seperti itu kami pulangkan kepada kerajaan yang ada kuasa untuk membuat keputusan…
PP/S : Apa respon dan pendapat anda pula, patutkah kerajaan menurunkan harga minyak Ron95 ketika ini? Mengapa?
No comments:
Post a Comment