Sunday 10 June 2012

Bola Sepak Euro 2012. Apakah Pasukan Pilihan Anda?


Bola Euro 2012 Bola Sepak Euro 2012. Apakah Pasukan Pilihan Anda?
Kejohanan bola sepak Euro 2012 telah pun membuka tirainya awal pagi tadi di mana perlawanan Poland Vs Greece telah mencatatkan keputusan yang berpihak kepada pasukan seperti Greece dan Poland dengan 1-1. Manakala perlawanan Rusia Vs Republic Czech berkahir dengan Rusia membuka tirai perlawanan awal bola Euro 2012 dengan kemenangan bergaya (4-1)
Jikalau semasa bola sepak Euro 2008, pasukan Sepanyol telah berjaya merangkul juara Euro 2008 kali ini pasukan mana yang bakal menjadi juara Euro 2012 pula. Adakah Sepanyol sekali lagi. Berita Semasa memilih pasukan Sepanyol sebagai pilihan untuk menjadi juara Euro 2012 kali ini.  Viva Espana. Tetapi bagaimana pula dengan pasukan-pasukan utama yang lain? Takkan tiada harapan langsung? Tetap ada…
Bola Euro 2012 Sepanyol Bola Sepak Euro 2012. Apakah Pasukan Pilihan Anda?

Pilihan Perlawanan Akhir Bola Euro 2012?

Dan Belanda VS Sepanyol kami jangkakan akan menjadi pertemuan di pentas perlawanan akhir bola Euro 2012 kelak. Pilihan anda pula? Tetapi dalam pada masa yang sama. Jerman pun tetap mempunyai cerah juga bagi mendapatkan salah satu slot bagi perlawanan akhir kelak. Nampak yang betul-betul ada peluang setakat ini, kami perhatikan adalah pasukan seperti :
  1. Sepanyol
  2. Belanda
  3. Jerman
  4. Pilihan anda pula?
Bola Euro 2012 Portugal Bola Sepak Euro 2012. Apakah Pasukan Pilihan Anda?
Portugal?? Bagi kami kurang mempunyai harapan. Maaf kepada peminat Portugal. Ini hanya pemerhatian kami. Dapat dilihat selepas sahaja era generasi emas pasukan Portugak seperti Luis Figo dan juga Rui Costa, Portugal seperti tiada pemain yang boleh “hold the game”.
  1. Pada masa itu, Portugal tidak memerlukan pemaian yang mempunyai kelajuan bak halilintar
  2. Pada masa itu, Portugal mempunyai skill yang keterlaluan bagi menipu pihak lawan
  3. Cukup sekadar, pada masa itu kawalan bola yang bertaraf dunia bagi menghukum kelalaian pihak lawan
Biarpun ada kehadiran bintang seperti Ronaldo. Ya…benar Cristino Ronaldo adalah pemain yang hebat, tetapi apabila beliau bersama pasukan kebangsaan Portugak, prestasi dan impaknya yang ditunjukkannya kurang kelihatan.
Bola Euro 2012 England Bola Sepak Euro 2012. Apakah Pasukan Pilihan Anda?
Pasukan seperti England yang pasti mempunyai ramai peminat diseluruh dunia, di mana England boleh dianggap sebagai pasukan bertaraf selebriti disebabkan kemasyhuran liga Perdana Inggeris mereka. Sayangnya, kepopularan pasukan England boleh mampu memberikan satu kejyakinan kepada peminat untuk memberikan satu impak besar dalam kejohanan bola sepak Euro 2012 ini. Ada 2 sebab di sini :
  • Pertama disebabkan tindakan jurulatihnya dalam pemilihan pemain
  • Keduanya adalah disebabkan kecederaan yang menimpa pemain-pemain utama England
Bola Euro 2012 Itali Bola Sepak Euro 2012. Apakah Pasukan Pilihan Anda?
Pauskan Itali (Azzuri pula) kali ini kami melihatkan Azzuri mempunyai peluang cerah untuk memmberikan saingan hebat kepada pasukan utama yang lain dalam bola Euro 2012 ini. Ramai muka-muka baru. Bukan kecil anak kali ini. Forza Italia. Cuma kami agak terkilan dengan tindakan jurulatih Itali, Prandelli tidak mahu mempertimbangkan Matri, sebalik Cassano yang dipilihnya walaupun Cassano tidak bermain sehingga setengah perlawanan liga.

Kejutan Dalam Kejohanan Bola Euro 2012?

Manakala pasukan seperti Rusia kami jangkakan akan sekali lagi memberikan kejuatan besar dalam kejonanan besar Euro 2012 kali ini. Siapa tahu sejarah berulang lagi? Seperti mana semasa masa aksi perlawanan Rusia ketika menyingkirakan pasukan hebat seperti Belanda dalam kejonanan bola Euro 2008. Pedih ulu hati tengok Van Der Sar “kene ayam” dengan Pavulochenko dan Arshavin, di mana bagi kami melihat Andrei Arshavin memang maestro pada perlawanan penting ketika itu.
Bola Euro 2012 Perancis Bola Sepak Euro 2012. Apakah Pasukan Pilihan Anda?
Untuk pasukan seperti Perancis pula, kami kurang meletakkan harapan yang tinggi. Ini kerana Perancis masih belum menjumpai pengganti hebat Zidane yang pada kami seorang pemaian bola sepak moden paling genius.
  • Pemain yang tidak memerlukan kepantasan ketika bermian
  • Bagi kami gerakan menawan dan pintar daripada Zinedane Zidane yang sering berjaya memerangkap pasukan lawan, masih bukan lagi tandingan utnuk Frank Ribery
Bagai mana pendapat dan respon anda kali ini? Pasukan mana yang menjadi pilihan anda dalam kejonanan bola Euro 2012 ini? Sila undi di runagan undian di bawah dan berikan sebab untuk anda berbuat begitu.

No comments:

Post a Comment