Thursday 14 June 2012

Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!


Hak Bumiputera di malaysia Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!
Usul seperti ini bagi kami tidak mengejutkan, ini kerana sekitar tahun 1980an, parti MCA dalam AGM mereka pernah membuat usul mengatakanorang Melayu pun pendatang seperti mereka juga. Kali ini PPP mahu membawa usul supaya setiap warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. 

Bumiputera di Malaysia : PPP Cadang Bumiputera Untuk Semua Kaum

Konvensyen Parti Komponen BARISAN NASIONAL Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan petang semalam meluluskan usul agar warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. Perwakilan dari cawangan Bukit Petaling, Kamaraj Marappan mencadangkan usul itu dan dipersetujui tanpa sebarang bantahan oleh perwakilan-perwakilan konvensyen.
“Saya cadangkan agar Datuk Seri Najib Razak menimbang usul ini dengan baik dan memberi perhatian agar semua rakyat berbilang kaum dilayan dengan adil dan saksama selaras dengan gagasan 1Malaysia. ”Dasar kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat dan saya percaya dasar ini boleh diubah untuk alaf ini dan untuk menentukan masa hadapan kita,” kata Kamaraj.
Menurutnya lagi, cadangan itu digagaskan agar tiada lagi pihak memanipulasi isu bumiputera dan bukan bumiputera untuk kepentingan mereka.
“Kita tidak harus memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu-isu seperti ini dan terus menjuarai rakyat bukan bumiputera,” katanya.
Sewaktu ditemui Malaysiakini, Kamaraj mengakui usul yang digagaskan agak sensitif. Namun, beliau bersetuju bahawa ia digagaskan untuk membuka ruang perbincangan baru dalam arena politik Malaysia. Buat masa ini, status ‘bumiputera’ merujuk kepada warganegara berketurunan Melayu, orang Asal, serta pribumi Sabah dan Sarawak. Bumiputera mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berhubung tanah rizab dan kuota universiti.
Bumiputera di Malaysia Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!Bagi kami pemberian status bumiputera boleh diberikan, boleh tetapi hendaklah bersyarat. Contohnya boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Duduk di negara ini sudah berpuluh tahun, tetapi masih lagi tak fasih lagi berhasa Malaysia?  dan tidak lupa juga sekolah vernakular dihapuskan sama sekali dan tidak lupa juga kedudukan agama Islam dan institusi beraja haruslah dihormati oleh semua rakyat di Malaysia tanpa konpromi. Semua rakyat Malaysia wajib bersekolah di sekolah kebangsaan di mana semua kaum belajar “di bawah satu bumbung”.  Macam mana nak jadi bumiputera jikalau bahasa kebangsaan sendiri pun tidak mampu bertutur dan memahaminya dengan baik? Tapi nak tuntut macam-macam?
Itu sebablah perlunya ada pemimpin yang ada pendirian dan berani membuat keputusan. Jangan di depan cakap lain, tetapi belakang cakap lain. Sekolah wawasan yang mempunyai garapan dan halatuju yang cantik “hilang ditelan bumi”
Kenapa kami berani katakan begitu? Jikalau disemak semula realiti yang berlaku sekarang ini satu demi satu hak bumiputera dibuang dan sekarang ini hanya tinggal sekelumit kecil sahaja. Contohnya?
  1. Kuota IPTA – telah dihapuskan
  2. Biasiswa IPTA – telah dihapuskan
  3. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) – telah dihapuskan
  4. Projek-projek kerajaan – Kalangan bumiputera sekarang ini hanya mengambil komisen sahaja tetapi 90% dapat kepada Cina
  5. Tanah rizab Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Britishhanya tinggal sekangkang kera sahaja. Daripada 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, hanya 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hampir 44% daripada jumlah asal iaitu bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. Data terkini?
  6. Kuota rumah untuk bumiputra – banyak tak terjual akhirnya berlakunya pertukaran status kepada bukan bumiputra
  7. Pemilikan AP – bakal dihapuskan pada tahun 2015. Sekarang ini hanya tinggal hapus 2015. Yg tinggal skrg hanya AP yang agak terhad.
  8. Proton – yang menjadi sanjungan dan kebanggaan kerajaan, orang Melayu dan rakyat Malaysia selama ini sebagai kereta Nasional sudah pun berjaya “ditelan” oleh DRB Hicom
  9. GLC-GLC lain – kerajaan dalam process melupsukan pegangan. Sesiapa boleh beli selepas ini
  10. Ada lagi nak tambah senaraiannya?
Kami sebenarnya daripada dahulu cukup tidak bersetuju dengan wujudnya sekolah vernakular.  Jikalau masih wujud lagi sekolah seperti ini, jangan kita sebut usaha ke arah mewujudkan perpaduan.
Jikalau disingkap perpaduan antara kaum di Malaysia tahun sekitar tahun 1940, 1950 dan juga 1960 an, kekuatan antara kaum boleh dikatakan agak kuat ketika itu. Ibarat seperti saudara-mara walaupun mereka terdiri daripada kalangan yang berbangsa Cina, Melayu dan India. Acap kali juga kita selalu mendengar cerita bagaimana harmoninya, meriahnya hubungan antara kaum zaman zaman atuk nenek kita dulu.
  • Melayu, Cina, India, Singh, semua boleh duduk semeja, bergelak ketawa, bertepuk tampar
  • Bukan maknanya zaman sekarang tiada lagi pemandangan sebegitu, cuma amat, amat jarang kelihatan. Banyak terjadi sekarang ni ‘ race segregation’ . Dalam restoren mamak umpamanya, memang ada cina, India, Melayu…multiracial. Tetapi natijahnya, Melayu duduk dengan Melayu, Cina duduk dengan Cina. India pun mcam itu juga.
Ramai orang-orang tua Cina dahulu yang mahir membaca Jawi contohnya. Mereka boleh hidup dalam rumpun erti kata sebenar. Tetapi lewat 70an, kami boleh katakan di sini menjadi titik tolak pengasingan kamum menjadi-jadi sehinggalah sekarang ini.
  1. Cina kutuk Melayu
  2. Melayu kutuk Cina
  3. India kutuk Melayu
  4. Melayu kutuk India
Berbanding apa yang berlaku sekarang ini. Daripada tiada kelihatan ada berlakunya masalah perkauman, tetapi kelihatan seperti sentiasa mahu diada-adakan masalah antara kaum sekarang ini? Siapa yang menghasut mereka? Apa tujuan mereka sebenarnya?

Punca Utama Masalah Antara Kaum?

Sekolah Vernakular Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!Apabila kita selidik semula punca utamanya, kita sendiri boleh nampak dengan jelas. Sememangnya Malaysia sebuah negara majmuk sepatutnya dah lama diharamkan sama sekali NGO-NGO yang mempunyai sentimen perkauman yang keterlaluan ditambah pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sememengnya menjadi punca perpecahan kaum sejak awal minda kanak-kanak lagi. Daripada kecil lagi mereka tidak dibiasakan bergaul antara sesama-sama kaum. Apabila mereka sudah meningkat dewasa, budaya bercampur antara kaum menjadi asing bagi mereka.
  1. Apabila ditanya anak-anak muda Cina sekarang ini contohnya, mereka boleh katakan yang mereka tiada seoarang pun kawan Melayu
  2. Ini kerana sedari anak mereka kecil lagi, ibu mereka beranak di Hospital chinese meternity, sekolah tadika cina, sekolah rendah jenis kebangsaan, masuk universiti UTAR, kerja syarikat Cina…..hatta beli barangan pun di kedai kaum mereka sendiri
  3. Bila masa mereka-mereka ini ada peluang untuk bercampur dengan kaum lain di Malaysia?
  4. Apabila mereka membaca berita di media-media arus perdana terlalu banyak dan kerapkali disogokkan dengan berita yang berbaur perkauman? Ditambah pelbagai sentimen perkauman yang ditiupkan ketika ini bagi melaga-lagakan hubungan antara kaum di Malaysia ini secara halus
Disinilah apa yang kami perhatikan antara punca perpecahan kaum berlaku. Seharusnya kita mengubah dan membuang jauh-jauh yang berkaitan perkauman ini agar semua bangsa Malaysia menghormati satu sama lain seperti Indonesia….Ya…benar sama sekali, Indonesia ini ada masa perlakuan sebilangan rakyat Indonesia agak “pelik” tetapi dalam hal ini kami memuji Indonesia kerana bijak menanganinya.
13 Mei 1969 Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!Kita memandang ke belakang zaman dahulu dengan meneliti semula sejarah Malaysia,  di mana Rusuhan Antara Kaum pada tahun 1969 menjadi penanda aras kalangan sesetengah pemikir dan pemerhati politik di mana berlaku jika berlaku lagi perbalahan antara kaum, maka episod 13 Mei 1969 pasti akan berlaku lagi. Selama ini kita diberitahu dan dimomokkan insiden 13 Mei 1969 adalah lebih kepada pembahagian ekonomi antara kaum di malaysia. Adakah itu antara punca utamanya? Selain daripada itu?
  1. Jikalau disemak semula laporan-laporan yang ditulis oleh diplomat-diplomat British yang berada di British High Commission di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 Foreign & Commonwealth Office (FCO) di London, dokumen2 tersebut telah “declassified” untuk bacaan umum menyatakan ia merupakan sebahagian tindakan secara halus merupakan tindakan kalangan orang politik peringkat tertinggi ketika itu, bagi menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman
  2. Jikalau dilihat keadaan negeri-negeri di sekitar utara tanahair, adakah mereka ini tidak tergugut dan terancam dengan peningkatan ekonomi orang Cina terhadap orang Melayu ketika itu? Mengapa tragedi 13 Mei 1987 ia banyak berkisar di sebahagian kawasan di negeri-negeri tertentu sahaja termasuk di Kuala Lumpur?
Sekadar pandangan dan pemerhatian daripada kami. Sampai bila nak bagi bangsa Melayu bertongkat? Jikalau dihapuskan pun sistem Bumiputera ini, adalah bangsa Melayu akan menjadi umpama “melukut di tepi gantang” pada masa akan datang?
Itu yang menghairankan kami sebenarnya, kenapa kita mesti sentiasa merasa terancam di rumah sendiri dengan Melayu telah ada segala-galanya. Bilangan majoriti, Raja sebagai penanung, hak-hak istimewa orang Melayu, Perlembagaan, kuota-kuota….??
Jadi segala benda dan segala ketakukan, rasa terancam sehingga dikatakan orang Melayu bakal tergadai suatu hari ini. Benarkah? Atau ia hanya mainan dan psiko untuk kepentingan sendiri yang sebenarnya direka-reka dengan harapan dapat menakutkan orang Melayu dengan harapan orang melayu akan terus mencari “tempat bergantung”?
P/S : Apa respon dan pendapat anda pula dengan usul yang dibawa oleh PP ini yang berhasrat mahu status bumiputera diberikan kepada semua kaum? Apa alasan anda?

No comments:

Post a Comment