Monday 25 June 2012

Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji?


Pilihanraya Raya 2012 Haji Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji?
Teka-teki dan cakap-cakap pemerhati politik tarikh Pilihanraya Umum ke 13 didakwa mahu diadakan pada musim haji 2012. Benarkah? Kami merasakan kebanyakan pembaca di sini bijak pandai. Kebanyakannya tahu kalau nak pergi haji bukan sesuatu yang mudah. Perlu ada persediaan rapi daripada kewangan, rohani dan fizikal termasuklah juga peluang menerima panggilan dan lambaian daripada tanah Suci Mekah.
Perlu tunggu bertahun-tahun lamanya sehinggalah mendapat rezeki menunaikan haji. Itu cerita yang tidak berapa nak ada duit. Bagaimana yang berduit? Boleh pergi haji pada bila-bila masa sahaja, asalkan ada wang.

Mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Boleh Dilakukan Sebab……

Pilihanraya Umum Musim Haji Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji?
Sumber : Malaysiakini
Dalam setahun ada 365 hari, adakah hanya pada musim haji sahaja sesuai diadakan Pilihanraya Umum ke 13?

Video Ulasan Najib Razak Mengenai UMNO Pada Pilihanraya Umum Ke 13

Cuma, kita sebenarnya ada pilihan. Musim Haji kita sudah tahu lebih awal jangkamasanya dan tidak boleh diubah sama sekali. Bagaimana pula dengan tarikh Pilihanraya Umum ke 13? Bukankah tarikhnya cukup fleksibel berpandukan kepada pemerhatian dan pandangan seorang yang bergelar Perdana Menteri ketika ini? Adakah mesti Pilihanaraya Umum ke 13 mesti dan dianggap mandatori untuk dijalankan pada waktu tersebut?
  • Hati kecil kami tidak merasakan yang mana Datuk Seri Najib Razak tergamak untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 pada musim haji sehingga menyebabkansekitar 27,000 jemaah Haji yang bakal menunaikan haji pada tahun ini tidak berkesempatan menyertai dan merasai sendiri kehangatan Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Sedangkan mereka ada peluang dan ruang jika tarikh Pilihanraya Umum ke 13 dipilih pada waktu yang lain?
  • Apa yang kami faham setakat ini, biar pun pemilihan pemimpin negara di Malaysia dibayangi oleh kertas, pensel, peti undi, SPR, Parti Politik dan isu-isu murahan yang tali menali, tetapi di sisi Muslim yang beragama ia mesti berasaskan ilmu, Pilihanraya Umum bukan barang mainan.
  • Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 kelak
  • Mungkin juga  dalam perkara ini, Datuk Najib boleh meminta pandangan Penasihat Agama PM, Menteri di JPM serta pihak Mufti
Pilihan Raya Umum Musim Haji Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji? Mungkin selepas ini, untuk edisi Pilihnaraya Umum ke 14 contohnya seseorang Perdana Menteri masih lagi berhak menentukan bila Pilihanraya Umum mahu diadakan tetapi….ada tetapinya, dengan syarat tempoh pengumuman daripada tarikh sebenar Pilihanraya Umum mestilah tidak kurang 6 bulan contohnya. Mengapa kami katakan begini?
Kebanyakan rakyat Malaysia ada perancangan sendiri. Apabila tarikh sudah tahu lebih awal lebih mudah rakyat Malaysia dapat merancang sesuatu dengan lebih mudah & teratur termausklah rancangan pulang ke tempat mengundi, ambil cuti, rancangan buat majlis perkahwinan, kenduri dan sebagainya? Pernah terfikirkah pihak yang berkuasa selama ini?
P/S : Tempoh Pilihanraya ini sebenarnya menyeronokkan terutama apabila balik kampung contohnya beramai-ramai pergi mengundi pergi mengundi. Dan kita boleh perhatikankan untuk tempoh tersebut, sesama adik beradik dan saudara berkumpul & berkongsi info berkaitan calon dan parti. Kadang-kadang berdebat sakan sesama sendiri. Biasalah ada yang menyokong Barisan Nasional & ada juga yang Pakatan Rakyat. Baru wujudnya perbincangan bagi memilih pemimpin di masa hadapan kelihatan lebih berilmiah…Apa pandangan dan hujah anda pula?
PP/S : Samada bakal berlaku Pilihanraya Umum ke 13 pada musim haji 2012 kali ini, sama-sama kita nantikan. Adakah ia hanya sekadar realiti ataupun sekadar permainan teka-teki mengenai tarikh Pilihanraya Umum yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment