Sunday 30 September 2012

Belanjawan 2013 : #TanyaNajib di Google Hangout 3 Oktober 2012


Belanjawan 2013 TanyaNajib Belanjawan 2013 : #TanyaNajib di Google Hangout 3 Oktober 2012
Malaysian Insider : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan satu lagi sesi #TanyaNajib pada 3 Oktober 2012 untuk membolehkan rakyat bertanya mengenai Belanjawan 2013, yang akan dibentangnya di Parlimen Jumaat depan.
“Saya menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlet, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi #TanyaNajib mengenai Belanjawan 2012 itu nanti,” katanya.

Belanjawan 2013 : #Tanya Najib 3 Oktober  Pada 9 Malam!!

Sesi itu akan bermula pada pukul 9 malam. Dalam entri terbaru blog 1Malaysia, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pembentanganBelanjawan 2013 dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya.
“Oleh sebab itulah, saya mahu terus berinteraksi dengan anda semua bagi mendapatkan maklum balas mengenai Belanjawan 2013 selepas ia dibentangkan,” katanya.
Belanjawan 20131 Belanjawan 2013 : #TanyaNajib di Google Hangout 3 Oktober 2012Najib berkata Belanjawan 2013 dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain membawa impak yang baik kepada masyarakat. Menyedari hakikat bahawa Belanjawan 2013 kali ini akan memberi inisiatif yang sangat besar kepada negara, Perdana Menteri berkata beliau melihat penganjuran sesi #TanyaNajib kali kedua itu memberi manfaat sangat baik kepada semua.
“Untuk penganjuran sesi #TanyaNajib: Belanjawan 2013, saya merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum.
“Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter dan Facebook untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan,” katanya.
TanyaNajib Belanjawan 2013 : #TanyaNajib di Google Hangout 3 Oktober 2012
Najib Razak dilihat telah menjawab sebahagian daripada soalan menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara. [Sumber : The Malaysian Insider]

No comments:

Post a Comment