Sunday 30 September 2012

Demo di Bangladesh : Bantah Filem Hina Nabi Muhammad SAW (Innocence of Muslims)


Filem Hina Islam Demo di Bangladesh : Bantah Filem Hina Nabi Muhammad SAW (Innocence of Muslims)
Harian Kosmo Online : Kebanyakan sekolah, kedai dan pejabat ditutup di Bangladesh semalam kerana membantah filem hina Islam (Nabi Muhammad SAW), Innocence of Muslims. Ribuan polis mengawal bandar raya Dhaka yang merupakan ibu kota negara ini. Pada kebiasaannya, Dhaka akan kelihatan sibuk dengan urusan seharian. 

Negara ini mempunyai 153 juta penduduk Muslim. Kira-kira 40 aktivis Muslim ditahan bagi tempoh yang singkat selepas mereka cuba untuk membuat sekatan di sebatang jalan raya dan membaling batu ke arah anggota polis.
Di Chittagong, bandar kedua terbesar di negara ini, polis berkata, para penunjuk perasaan membakar sebuah bas dan merosakkan sebuah van polis. Menurut polis, seramai tiga orang telah ditangkap yang merupakan pelajar. Beberapa parti politik Islam mendesak mogok itu dilakukan bagi membantah filem hina Islam (Nabi Muhammad SAW) tersebut yang dilihat jelas memperlekehkan Nabi Muhammad SAW. Demo filem hina islam (Nabi Muhammad SAW) itu juga diadakan bagi membantah karikatur Nabi Muhammad yang disiarkan di sebuah majalah Perancis.

Filem Hina Islam (Nabi Muhammad SAW) Cetus Kemarahan Umat Islam!!

Polis berkata, kira-kira 10,000 anggota polis dan pasukan elit Batalion Tindakan Khas ditempatkan di Dhaka termasuk di kawasan diplomatik. Kelmarin, ratusan penduduk bertempur dengan polis semasa mereka berarak untuk membantah larangan tunjuk perasaan terhadap tindakan penerbitan filem hina Nabi Muhammad SAW
Polis turut melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan. Menurut media, lebih 50 orang cedera. Pemerintah Bangladesh mengutukfilem hina Islam (Nabi Muhamamad) tersebut yang sedutannya turut disiarkan di internet. Pada Jumaat lalu, kira-kira 10,000 penduduk Bangladesh berarak di jalan raya di luar sebuah masjid.[Sumber : Harian Kosmo Online]

No comments:

Post a Comment