Sunday 30 September 2012

Income Tax di Malaysia VS Singapore VS Hong Kong. Antara Yang Paling Tinggi!!


Income Tax Malaysia Income Tax di Malaysia VS Singapore VS Hong Kong. Antara Yang Paling Tinggi!!
Income Tax Malaysia : Kalau kita semak semula data pada 2011,...
daripada 12.5 juta pencarum aktif EPF dan juga 8 juta pencarum socso boleh dikatakan angka yang cukup besar. Malangnya di sini, pembayar cukai individu di Malaysia hanya 2 juta sahaja? Mana yang lain?
Manakala yang masuk top bracket (25%) tidak sampai pun 40,000 orang melibatkan bilangan pembayar income tax individu. Kita boleh lihat di sini berapa ramai yang “berjaya melepaskan” diri untuk membayar income tax di Malaysia

Perbandingan Income Tax Rate Malaysia VS Singapore VS Hong Kong?

Income Tax Rate Malaysia Income Tax di Malaysia VS Singapore VS Hong Kong. Antara Yang Paling Tinggi!!
Akhirnya individu makan gaji yang pendapatan bulanannya hanya “cukup-cukup makan sahaja” antara kelompok utama yang dikerah bagimelaksanakan tanggungjawab membayar income tax. Belum sempat lihat gaji dah kena potong. Tetapi kelompok ahli perniagaan, auta sana auta sini dan akaun disediakan oleh akauntan yang tidak beretika dengan menipu data yang sedia ada kononnya penyata menunjukkan kerapkali mengalami kerugian. Akhirnya….berjaya “diselamatkan”.
Kalau ikut apa yang dikatakan ‘urban poor’ di Kuala Lumpur contohnya, atau isi rumah pendapatan bawah RM 1,500 sebulan sebagai penanda aras, itu baru 50% isi rumah Malaysia. Jadi, kalau kita semak semula rekod Socso yang berjumlah 8 juta pencarum, makanya paling kuat hanya 4 juta yang layak kategori tak bayar cukai. 2 juta lagi menyorok di mana? Manakala jikalau mengikut rekod pencarum aktif KWSP yang berjumlah 12.5 juta orang, makanya masih ada lagi  4 juta rakyat Malaysia yang “berjaya lari”
“Yang bayar cukai itu adalah rakyat marhaen macam anda, anda dan anda semua di sini. Yang kaya-raya tak bayar cukai pun sebab atas bukan berpendapatan tetap”
P/S : Sememangnya income tax Malaysia adalah tinggi supaya ia dilihat setara dengan negara-negara maju di luar sana. Malagnya gaji masih lagi setara dnegan negara dunia ketiga.
PP/S : Harap Datuk Najib mempertimbangkan isu ini dalam pembentangan Bajet 2012 kelak.

No comments:

Post a Comment