
Omar Osman, yang juga anggota Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), berkata CUEPACS juga mahu status pekerja kontrak turut mendapat perhatian kerajaan.
“Kebajikan sangat penting dalam mana-mana sektor, sama ada dalam kerajaan atau swasta dan kita mengharapkan satu pembentangan yang baik supaya tidak ada lagi penjawat awam yang bermasalah atau tidak sihat yang akan menyusahkan kawalan,” katanya kepada pemberita selepas majlis dialog di antara ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan Sarawak dengan SKMTPA, yang diketuai pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi di sini.

Omar Osman berkata isu yang dibangkitkan selama ini, termasuk kenaikan gaji selain penyelarasan bayaran insentif wilayah dan elaun perumahan, perlu mendapat perhatian kerajaan di dalam belanjawan 2013 nanti.
Bagi meningkatkan lagi produktiviti dan pentadbiran efisien, elaun bantuan sara hidup (COLA) juga perlu diberi kepada penjawat awam di Sarawak, yang berbeza dengan bayaran insentif wilayah, katanya. [Sumber : Cuepacs Malaysia]
No comments:
Post a Comment