Friday 28 September 2012

HarakahDaily BM : Abdul Hadi Awang Saman Kerana Tulisannya Dakwa Ada Unsur Fitnah!!


Abdul Hadi Awang HarakahDaily BM : Abdul Hadi Awang Saman Kerana Tulisannya Dakwa Ada Unsur Fitnah!!HarakahDaily BM : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman
terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang didakwa mengandungi unsur fitnah.
Saman tersebut telah difailkan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua. Harakahdaily melaporkan Ahmad Samsuri memberitahu pemberita bahawa sebelum ini pihaknya sudah meminta Mashitah dan Sinar Harian membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi mereka gagal berbuat demikian
“Maka kita ambil tindakan samanlah,” katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan. [Sumber : HarakahDaily BM]

No comments:

Post a Comment