Sunday 16 September 2012

Legoland Malaysia RM700 Juta Mula Buka 15 September 2012!!


Legoland Malaysia Legoland Malaysia RM700 Juta Mula Buka 15 September 2012!!
Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 September 2012.
Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema Legoland Malaysia yang merupakan Legoland pertama di Asia itu telah 99 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.

Malaysia Legoland Legoland Malaysia RM700 Juta Mula Buka 15 September 2012!!

Legoland Malaysia : Informasi Ringkas

  1. Memasang 15,000 model-model Lego menggunakan 50 juta kepingan Lego
  2. Mula dibuka 15 Sepetember 2012
  3. Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst
  4. Taman tema (Legoland Malaysia) berharga RM700 juta di kawasan seluas 76 ekar di Iskandar Malaysia di Johor
  5. Legoland Malaysia di sini adalah taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia
  6. Legoland Malaysia  menampilkan 7  tema khas iaitu ‘Lego kingdom’, ‘imagination’, ‘land of adventure’, ‘lego technic’, ‘the beginning’, ‘lego city’ dan ‘miniland’, direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun
  7. Legoland Malaysia menjangka dapat menarik sejuta pengunjung dalam tahun pertama ia beroperasi
  8. Hotel Legoland dijangka siap pada 2014.

Legoland Johor Malaysia Legoland Malaysia RM700 Juta Mula Buka 15 September 2012!!

Legoland Malaysia : Harga Tiket 

  1. Harga tiket Legoland Malaysia (tahunan) : Pas tahunan berharga RM195 bagi orang dewasa & RM150 bagi kanak-kanak itu sah hingga akhir 2013.
  2. Harga tiket Legoland Malaysia (harian) : Harga tawaran pengenalan khas sebanyak RM96 bagi orang dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak
  3. Tiket-tiket boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang AirAsia RedTix dan Legoland Malaysia

No comments:

Post a Comment