Sunday 5 August 2012

Dana Khas RM 100 Juta Untuk Program Sukarelawan Belia 1M4U


program sukarelawan 1M4U Dana Khas RM 100 Juta Untuk Program Sukarelawan Belia 1M4UDah dekat-dekat pilihanraya ni, macam-macam insentif diwujudkan bagi menarik perhatian masyarakat am.Dan yang terbaru, Perdana Menteri Malaysia, akan mwujudkan dana khas sebanyak RM 100 juta bagi Program Sukarelawan Belia 1M4U, bertujuan untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia di Malaysia.
Berikut adalah keratan akhbar mengenai Program Sukarelawan Belia 1M4Uini:
KUALA LUMPUR: Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U), dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, dana berkenaan dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.
Katanya, ia merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan program-program di bawah 1MU4 dilengkapi dengan peruntukan untuk para belia menjalankan program sukarelawan mereka ke arah masyarakat dan negara lebih baik.
Beliau turut berkata, beliau sendiri akan mengetuai lembaga pemegang amanah 1M4U untuk menyelia kelancaran program sukarelawan belia.
“Menerusi program 1M4U, kami memulakan yang bukan gelombang rusuhan dan demonstrasi jalanan, tetapi satu gelombang yang terhasil di seluruh negara yang bertujuan untuk membina Malaysia yang lebih baik melalui semangat sukarelawan di kalangan belia,” katanya ketika berucap semasa merasmikan program 1M4U di Esplanade KLCC di sini, Ahad.
Merujuk kepada slogan 1M4U, Najib berkata: “Saya untuk anda. Kerajaan hari ini adalah Kerajaan untuk belia dan kami akan melakukan semua kita boleh bagi memastikan masa depan anda dipenuhi dengan harapan.”
Najib turut mengumumkan bahawa pada 2013 akan diumumkan sebagai Tahun Kesukarelawan untuk terus memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia.
Lebih 50,000 belia menyertai 16 program sukarelawan di Lembah Klang dan Selangor.
Tujuan Program Sukarelawan Belia 1M4U diwujudkanj adalah:
  1. Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan
  2. Mempromosi persefahaman masyarakat dunia mengenai keamanan sejagat
  3. Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia
  4. Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia
  5. Membina hubungan, jaringan di peringkat antarabangsa
  6. Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global
  7. Memberi kefahaman mengenai sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia
Kalau dilihat, tiada apa salahnya mengenai program sukarelawan belia 1M4U ini.Malah kami menganggap ianya suatu inisiatif terbaik dan juga satu langkah perubahan bagi kerajaan Barisan Nasional dalam mendekati belia dan memupuk mereka untuk membuat sesuatu yang bermanfaat.Namun biasalah, perkara-perkara baik sebegini hanya akan hadir apabila waktu pilihanraya semakin hampir.
Harapan kami adalah ianya bukanlah sekadar gimik politik semata-mata. Jangan nanti apabila menang pilihanraya, Program 1M4U entah kemana, duit peruntukan pun lesap kemana.Itulah yang biasa terjadi.Apa pendapat anda mengenai Program Sukarelawan Belia 1M4U ini?

No comments:

Post a Comment