Sunday 5 August 2012

Cukai GST-Kerajaan Tidak Laksanakan GST Sehingga Diterima Rakyat


Menurut Menteri Kewangan ke-2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehinggalah ianya diterima oleh rakyat.Sekali lagi, adakah penagguhan pelaksanaan tersebut hanya bersifat populis?
KUALA LUMPUR-Kerajaan memberi  jaminan tidak akan melaksanakan cukai barangan  dan perkhidmatan (GST) sehingga sistem itu  diterima rakyat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad  Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan terus  mendapatkan maklum balas dan input daripada  pelbagai kumpulan untuk memastikan GST  difahami secara keseluruhannya.
Menurut beliau, kumpulan fokus yang diberi  tumpuan adalah sektor swasta dan ahli-ahli  perniagaan.
“Kita masih meneruskan usaha memastikan lebih  ramai memahami GST. Kita akui bukan mudah  untuk orang ramai menerima perkara-perkara  baru, sudah tentu ia memerlukan masa.
“Yang penting kerajaan memberi keadilan kepada  mereka sebelum pelaksanaan GST diputuskan,”  katanya ketika ditemui selepas merasmikan  Persidangan Cukai Kebangsaan 2012 di sini hari  ini. – UTUSAN
Sebelum itu, kami ingin mengembalikan kembali memori anda mengenai kebaikan cukai GST menurut Datuk Seri Idris Jala dibawah:
  • Membantu kerajaan mengurangkan cukai korporat dan seterusnya akan meningkatkan daya saing perniagaan
  • Kalau kerajaan mengenakan 5% untuk pelaksanaan GST di Malaysia, maka kerajaan mampu mengumpul RM6 billion. Kalau ikut pelaksanaan GST seperti di Singapura, beliau mengatakan Malaysia boleh memperolehi RM13 billion setahun
Okey, apa yang dimaksudkan dengan Malaysia GST ini? Bagaimana corak pelaksanaan Malaysia GST ini? Secara ringkas dan bahasa mudahnya begini…
  • Matlamat kerajaan sekarang hendak menaikkan pendapatan negara dan dalam pada masa yang sama mereka mengurangkan defisit. Mana tidaknya, hutang negara dah mencapai RM437 billion. Siapa lagi yang nak tolong selesaikan kalau tak rakyat Malaysia sendiri.
  • Bagi kami pelaksanaan Malaysia GST ini diakui lebih berkesan daripada sistem cukai yang ada sekarang ini.
  • Yang  pastinya golongan banyak yang terkesan ialah golongan pertengahan, dan yang berpendapatan rendah lagilah jatuh “jatuh terduduk” dibuatnya ditambah dengan “bebanan yang ada sekarang ini
  • Ini pasti akan beri kesan kepada kenaikan inflasi di Malaysia
  • Kerana konsep Malaysia GST, setiap kali kita beli barang semuanya ada cukai tidak kira anda miskin ataupun kaya. Pukul rata kesemuanya. Termasuklah juga kepada pendatang tanpa izin.
Pelaksaannya pada pendapat kami adalah baik, tetapi sekali lagi ianya bersifat populis dan meraih kepentingan politik dan lebih-lebih lagi, dalam pilihanraya yang semakin hampir. Diharap, kerajaan tidak akan lagi membuat keputusan yang “flip-flop” dalam merencanakan sesuatu yang baik untuk ekonomi.Apa pendapat anda mengenai penangguhan cukai gst ini? Bagus atau tidak? Atau anda mempunyai pendapat yang berbeza? Kongsikan pendapat anda.

No comments:

Post a Comment