Monday 1 October 2012

Laporan Ketua Audit Negara 2011 Dibentang Selepas Bajet 2013


Laporan Ketua Audit Negara 2011 Laporan Ketua Audit Negara 2011 Dibentang Selepas Bajet 2013
Mstar Online : Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN) hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kelewatan Laporan ketua Audit Negara 2011 adalah bertujuan memberi peluang wakil rakyat untuk membahaskan secara terperinci Bajet 2013.
“Ia akan memberi peluang kepada ahli-ahli dewan membincangkan secara lebih fokus tentang bajet tanpa mencampur adukkan dengan Laporan ketua Audit Negara 2011,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Ditanya sama ada kelewatan berkenaan akan menimbulkan persepsi negatif khususnya di kalangan wakil rakyat pembangkang, Mohamed Nazri berkata: “Seperti tahun lepas Laporan Ketua Audit Negara 2011 juga dikeluarkan selepas pembentangan bajet 2012″. Sumber : Mstar Online ]

No comments:

Post a Comment