Wednesday 2 January 2013

Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak-Peranda?


Rais Yatim RTM Hadi Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Amanat Hadi Awang : Semalam, sempat kami membelek akhbar Mingguan Malaysia. Daripada halaman satu sehingga beberapa halaman selepas itu banyak berkisar mengenai amanat Hadi Awang dan tidak lupa juga ada menyentuh perjuangan parti Barisan Nasional, dasar kerajaan.
Dipendekkan banyak cerita politik berbanding berita tempatan yang yang dekat dengan rakyat Malaysia hari ini.
Sehingga kami tertanya-tanya apa beza akhbar Mingguan/Utusan Malaysia dengan akhbar Harakah, Suara Keadilan atau Roketkini yang kebanyakannya adalah politik semata yang terang-terang bertunjangkan dasar politik Pakatan Rakyat? Sedangkan akhbar Utusan Malaysia ini untuk rakyat, bukan menyampaikan “agenda parti politik yang tertentu“.
Itu sebablah…kami sarankan kalangan anda membaca dan menyokong penyebaran akhbar Sinar Harian (KLIK SINI). Ya…kami tidak katakan Sinar Harian 100% laporan akhbar adalah terbaik tetapi bezanya  di sini Sinar Harian selalu cuba memberikan yang terbaik kepada pembacanya. Tahniah Sinar Harian!
Berbalik kepada isu Amanat Hadi Awang, kami sungguh teruja dengan ingatan segelintir rakyat Malaysia yang “memiliki” ingatan yang cukup kuat untuk membangkitkan isu yang sudah 30 tahun lamanya di persada politik di Malaysia untuk diperbincangkan.
Walaupun slot rancangan Hari Ini Dalam Sejarah di Radio pun sudah mula keluarkan cerita di sekitar tahun 1990 pula. Tetapi di Malaysia kita masih lagi bercerita apa yang telah berlaku 30,40 tahun lepas?
Utusan Malaysia sendiri berbesar dan bermurah hati menyediakan tidak silap kami sekitar 6 halaman penuh sarat dengan perbincangan mengenai Amanat Haji Hadi Awang, antara yang sempat kami rakamkan…

Amanat Haji Hadi Awang : Reaksi Bekas Penyokong?

Amanat Haji Hadi RTM Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Amanat Haji Hadi Awang  Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?

Kesan Amanat Hadi Awang Kepada Masyarakat & Rakyat Malaysia Yang Fanatik Politik?

Agaknya, boleh atau tidak keluarkan statistik bilangan sebenarnya yang “menderita” daripada pelbagai aspek disebalik statistik amanat haji Hadi Awang ini?
Amanat Haji Hadi Awang Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Tuan Guru Haji Hadi Awang ada memohon utnuk diberikan slot selam 1 jam secara langsung contohnya menerusi RTM & Kumpulan Media Prima terutama TV3 untuk memberikan penjelasan mengenai amanat Hadi Awang yang berbunyi seperti di bawah ini  :
Amanat Hadi PAS Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Walaubagaimanapun ini jawapan Menteri Rais Yatim balas (Sumber : Bernama):
  1. Rais Yatim semacam tidak bersetuju untuk diadakan siaran langsung
  2. Rais Yatim lebih suka membuat liputan secara rakaman
  3. Itupun penyiaran penjelasan Hadi Awang bergantung kepada pertimbangan RTM samada sesuai atau tidak untuk dijadikan bahan berita. Sesuai yang macam mana lagi Datuk Seri?
  4. Andaikata, disiarkan sekalipun rais Yatim mengatakan penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan. Ohhh….
Kalau dalam rancangan hiburan seperti Melodi atau Galaksi boleh sahaja terus diterjah kalangan kalangan artis Malaysia untuk mendapat jawapan yang sebenarnya disebalik gosip-gosip yang berkeliaran berkaitan diri mereka, mengapa tidak boleh diaplikasi modus operandi yang sebegitu rupa setiap kali berbankitnya  isu-isu berkaitan ahli politik tidak kira ahli politik Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat?

No comments:

Post a Comment