Wednesday 2 January 2013

Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan?


Gaji Minimum Naik 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan?
Gaji minimum 2013 : Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta termasuklah pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di Malaysia untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut terlibat sama?
Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat diluluskan.
  1. Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan atas faktor kewangan.
  2. Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini
Gaji Minima Pekerja Swasta 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan? Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan adanya dasar gaji minimum yang akan dikaji setiap 2 tahun, diharapkan pada masa akan datang kakitangan swasta di Borneo diberikan hak sama rata dengan kakitangan swasta di Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal berbanding harga di Semenanjung Malaysia. Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi rendah.
Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis harga yang berbeza antara “east malaysia” dan  ”west malaysia”, yang mana lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.
Diharapkan pihak berwajib memandang isu ini dengan serius. Bagi mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap kakitangan swasta yang bekerja di Sabah dan Sarawak..
Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali? Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
  1. Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
  2. Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
  3. Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan sahaja
Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji minimum untuk warga tempatan, rakyat kita sendiri sekaligus ia sebenarnya memberikan satu galakan  kepada pekerja tempatan untuk menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan akan tiada pilihan dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga tempatan. Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar gaji minimum untuk orang asing.
“Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang menggunapakai pembantu rumah”
Akhir sekali sekali kepada pihak majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum ini diharapkan tidak timbul situasi seperti di bawah ini :
  1. Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun & OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
  2. Yang managaji  lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh buat tiga syif. Siapa untung?
Gaji Minima 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan? Dan memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. Itu minda kapitalis & ini yang seharusnya perlu diperbetulkan. Syarikat besar yang perlu difokuskan terlebih dahulu.
P/S : Walaubagaimanapun, ia satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar gaji minimum 2013 di Malaysia. Cuma masih ada lagi ruang untuk penambaikan di masa akan datang. Apa kata anda pula?

Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?


Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Proton Preve Hatchback :  Seperti biasa jenama kereta yang lain, Proton cukup terkenal dengan elemen kejutan demi kejutan seperti mana yang berlaku pada model keluaran Proton sebelum ini iaitu Proton Preve (Klik Sini) melalui gambar demi gambar spyshot yang tersebar sehingga terhasilnya proton preve yang dipandu kalangan pembaca Berita Semasa setakat ini.
Kali ini giliran proton Preve Hatchback mengambil tempat….
Gambar spyshot Proton Preve Hatchback seperti di atas dirakam di sekitar exit Shah Alam

Lagi Gambar Proton Preve Hatchback (SPPYSHOT)?

Spyshot Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Spyshot Proton Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Kredit gambar : funtastiko
Mana-mana pengeluar kereta pun dalam ujian, beginilah rupanya pakai camouflage supaya tidak menampakkan rupa sebenar.
Walaubagaimanapun, “Curve” proton Preve Hatchback tidak boleh disorok lagi. Inilah “curve” Proton Preve hatchback yang bakal keluar tidak lama sahaja lagi. Hanya mungkin rekabentuk  lampu sahaja yang boleh disembunyikan, dengan menampal masking tape sahaja tetapi daripada segi “outline body” seperti yang anda dapat lihat pada gambar-gambar di atas.
Andaikatalah Proton Preve Hatchback menggunapakai enjin proton seperti yang di bawah ini, memang terbaik!
Enjin Preve Hatchback Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
  • Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
  • Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
  • Displacement: 2 litres
  • Induction: Natural Aspirated
  • Cylinders: 4, In-line
  • Valves per cylinder: 4
  • Block: Aluminum
  • Weight: 108.9kg
  • Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
  • Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
  • Power Output per litre: 100 PS/litre
  • Volumetric Efficiency: 107.8%
  • Emission Standards: EURO 2
Enjin yang boleh kami katakan sangat berkuasa.
Enjin Petronas E01e Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback? Apa Kata Anda?
Mungkin ada yang mempertikaikan penggunaan minyak. Hakikatnya, penggunaan minyak masih lagi bersesuaian & berpatutan di mana untuk jarak jauh untuk laluan lebuhraya yang lurus boleh dapat sekitar 5.5L atau 6L. Tetapi…tetapi jikalau melaui perjalanan yang jauh denan jalan berbukit-bukau contohnya sekitar 7L atau lebih. Walaubagaimanapun, biasanya ia “bermain” di sekitar 8L atau 9L.
Apa pendapat & tidak lupa juga harapan anda berdasarkan dengan keluaran gambar spyshot Proton Preve Hatchback setakat ini?

Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak-Peranda?


Rais Yatim RTM Hadi Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Amanat Hadi Awang : Semalam, sempat kami membelek akhbar Mingguan Malaysia. Daripada halaman satu sehingga beberapa halaman selepas itu banyak berkisar mengenai amanat Hadi Awang dan tidak lupa juga ada menyentuh perjuangan parti Barisan Nasional, dasar kerajaan.
Dipendekkan banyak cerita politik berbanding berita tempatan yang yang dekat dengan rakyat Malaysia hari ini.
Sehingga kami tertanya-tanya apa beza akhbar Mingguan/Utusan Malaysia dengan akhbar Harakah, Suara Keadilan atau Roketkini yang kebanyakannya adalah politik semata yang terang-terang bertunjangkan dasar politik Pakatan Rakyat? Sedangkan akhbar Utusan Malaysia ini untuk rakyat, bukan menyampaikan “agenda parti politik yang tertentu“.
Itu sebablah…kami sarankan kalangan anda membaca dan menyokong penyebaran akhbar Sinar Harian (KLIK SINI). Ya…kami tidak katakan Sinar Harian 100% laporan akhbar adalah terbaik tetapi bezanya  di sini Sinar Harian selalu cuba memberikan yang terbaik kepada pembacanya. Tahniah Sinar Harian!
Berbalik kepada isu Amanat Hadi Awang, kami sungguh teruja dengan ingatan segelintir rakyat Malaysia yang “memiliki” ingatan yang cukup kuat untuk membangkitkan isu yang sudah 30 tahun lamanya di persada politik di Malaysia untuk diperbincangkan.
Walaupun slot rancangan Hari Ini Dalam Sejarah di Radio pun sudah mula keluarkan cerita di sekitar tahun 1990 pula. Tetapi di Malaysia kita masih lagi bercerita apa yang telah berlaku 30,40 tahun lepas?
Utusan Malaysia sendiri berbesar dan bermurah hati menyediakan tidak silap kami sekitar 6 halaman penuh sarat dengan perbincangan mengenai Amanat Haji Hadi Awang, antara yang sempat kami rakamkan…

Amanat Haji Hadi Awang : Reaksi Bekas Penyokong?

Amanat Haji Hadi RTM Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Amanat Haji Hadi Awang  Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?

Kesan Amanat Hadi Awang Kepada Masyarakat & Rakyat Malaysia Yang Fanatik Politik?

Agaknya, boleh atau tidak keluarkan statistik bilangan sebenarnya yang “menderita” daripada pelbagai aspek disebalik statistik amanat haji Hadi Awang ini?
Amanat Haji Hadi Awang Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Tuan Guru Haji Hadi Awang ada memohon utnuk diberikan slot selam 1 jam secara langsung contohnya menerusi RTM & Kumpulan Media Prima terutama TV3 untuk memberikan penjelasan mengenai amanat Hadi Awang yang berbunyi seperti di bawah ini  :
Amanat Hadi PAS Amanat Haji Awang 1981 : Malapetaka Kepada Masyarakat? Rakyat Jadi Porak Peranda?
Walaubagaimanapun ini jawapan Menteri Rais Yatim balas (Sumber : Bernama):
  1. Rais Yatim semacam tidak bersetuju untuk diadakan siaran langsung
  2. Rais Yatim lebih suka membuat liputan secara rakaman
  3. Itupun penyiaran penjelasan Hadi Awang bergantung kepada pertimbangan RTM samada sesuai atau tidak untuk dijadikan bahan berita. Sesuai yang macam mana lagi Datuk Seri?
  4. Andaikata, disiarkan sekalipun rais Yatim mengatakan penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan. Ohhh….
Kalau dalam rancangan hiburan seperti Melodi atau Galaksi boleh sahaja terus diterjah kalangan kalangan artis Malaysia untuk mendapat jawapan yang sebenarnya disebalik gosip-gosip yang berkeliaran berkaitan diri mereka, mengapa tidak boleh diaplikasi modus operandi yang sebegitu rupa setiap kali berbankitnya  isu-isu berkaitan ahli politik tidak kira ahli politik Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat?