Wednesday 28 November 2012

Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu ‘Bagai Telur di Hujung Tanduk’. Benarkah? Fakta @ Auta?


Shahrizat Perhimpunan UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?
Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?
Seperti di muktamar PAS yang lalu kami sedikit pun tidak memberikan liputan di Berita Semasa. Bagi kami itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.
Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….
Kami tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir”kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…
“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.
Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah ada orang mengatakan kepimpinan melalui tauladan.
Soalan kami, macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain? Ehem……
Lembu Shahrizat Jalil Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?
Tepuk dahi kami melihat senario politik yang berlaku hari ini.
Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan “Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan”, Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.
“Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah semua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara,” katanya. [Sumber : BERNAMA]
Dan seperti dijangka antara isu yang akan dibangkitkan adalah persoalan Melayu, kekuatan bangsa Melayu, kuasa politik Melayu hilang dan akan juga diselitkan dengan “kerisauan mereka terdapat keadaan Islam yang ada pada hari hari ini”.
UMNO : “Isu Melayu, Islam”
Kami juga suka untuk “petik” sekali lagi ingin memetik kenyataan & mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat di bawah ini :
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Owh…..nak cakap pasal kuasa politik melayu di Parlimen amat marginal? OK….Kalau cakap “kosong” atau berdasarkan persepsi, semua orang boleh cakap. Tetapi tidak semua orang mampu bercakap melalui fakta terutamanya kalangan ahli politik yang ada pada hari ini…..

Calon Melayu/Islam dari Barisan Nasional lawan calon bukan Melayu/Islam Pakatan Rakyat

  • P144 LEDANG – Hamim Samuri (BN) vs Lau Tek Hai (PKR)
  • P153 SEMBRONG – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN) vs Lee Sang (PKR)
  • P218 SIBUTI – Ahmad Lai Bujang (BN) vs Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR)
  • P221 LIMBANG – Hasbi Habibollah (BN) vs Dr. Lau Liak Koi (PKR)
  • P47 NIBONG TEBAL – Tan Tee Beng (PKR) vs Datuk Zainal Abidin Osman (BN)

Calon Melayu/Islam Dari PR Lawan Calon Bukan Melayu/Islam Barisan Nasional

  • P148 AYER HITAM – Dr. Wee Ka Siong (BN) vs Hussin Sujak (Pas)
  • P151 SIMPANG RENGGAM – Liang Teck Meng (BN) vs Azhar Gombang (Pas)
  • P158 TEBRAU – Lim Bang San @ Teng Boon Soon (BN) vs Roslani Sharif (Pas)
  • P162 GELANG PATAH – Tan Ah Eng (BN) vs Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
  • P132 TELOK KEMANG – Datuk S. Sothinathan (BN) vs Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR)
  • P94 HULU SELANGOR – Datuk G. Palanivel (BN) vs Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR)
  • P100 PANDAN – Datuk Ong Tee Keat (BN) vs Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)
  • P111 KOTA RAJA – Siti Mariah Mahmud (Pas) vs S. A. Vigneswaran (BN)
  • P54 GERIK – Datuk Tan Lian Hoe (BN) vs Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
  • P74 LUMUT – Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
  • P77 TANJONG MALIM – Datuk Ong Ka Chuan (BN) vs Mohamad Azman Marjohan (PKR)
  • P52 BAYAN BARU – Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) vs Ooi Siew Kim (BN)
  • P80 RAUB – Datuk Dr. Ng Yen Yen (BN) vs Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)
  • P83 KUANTAN – Fuziah Salleh (PKR) vs Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN)
  • P124 BANDAR TUN RAZAK – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) vs Datuk Tan Chai Ho (BN)
  • P205 SARATOK – Jelaing Mersat (BN) vs Mohd. Yahya Abdullah (PKR)
  • P170 TUARAN – Datuk Wilfred Bumburing (BN) vs Ansari Abdullah (PKR)
  • P173 PUTATAN – Dr. Makin@Marcus Mojigoh (BN) vs Saukinah Yussof (PKR)
SIAPA yang mengurangkan kuasa politik Melayu di Parlimen? Mengapa Shahrizat? Mengapa? Kawasan-kawasan campuran yang mana 60% pengundi adalah Melayu, yang bertanding adalah MCA dan MIC…Siapa yang khianat kuasa politik Melayu? Tetapi apabila bercakap di dalam perhimpunan tidak selari apa yang dilakukan hari ini? Mengapa Shahrizat? Mengapa?
Itu tidak termasuk lagi persempadanan semula kawasan parlimen, kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah
Najib Perhimpunan Agong UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?
Walaubagaimanapun, kami cukup yakin dan percaya ini isu-isu ini akan dibangkitkan oleh kebanyakan perwakilan kerana isu ini terus diputarkan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO 2012.
Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini kami pasti memberi fokus terhadap bagaimana perwakilan membahaskan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Masih ada masa lagi untuk memperbaiki UMNO, kurangkan mencanang parti UMNO yang patut disokong semata tetapi sepatutnya masa yang tinggal inigunakan dengan sebaiknya untuk berikan tumpuan bagaimana cara nak mengangkat bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah yang terbaik sebenarnya. Barulah sokongan kepada UMNO akan datang dengan sendirinya.
P/S : Berpolitiklah dengan cara di zaman 2012 bukan di zaman 90an. Jika tidak anda akan ketinggalan…

Tuesday 27 November 2012

Blog baru admin !


Baru baru ini admin ada membuat blog baru. Blog ini akan membincangkan tentang komputer dan teknologi terbaru.

Blog ini ditulis dalam bahasa inggeris. Ini bagi memberi peluang kepada pembaca dari seluruh pelusuk dunia memahami kandungan blog ini.

Blog ini dinamakan 8 Byte. Klik gambar dibawah untuk melihat blog tersebut.



ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!


ASB 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!
Ramalan peratus dividen ASB 2012 tahun ini + bonus
Biasanya, akan selalu umum dividen ASB sekitar antara 20 – 24 disember setiap tahun. Tetapi berbeza pada tahun ini, PNB dijangka akan mengumumkan dividen ASB 2012 pada minggu hadapan. Awal Disember 2012, lebih awal daripada daripada selalunya. Dan…..
Dan, dividen ASB 2012 + bonus pun dijangka lebih tiggi daripada biasa….Harap-harap bagi tinggi supaya orang ramai dalam mood “gembira” sebelum Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Dividen ASB 2012 + Bonus & ASN Lebih Tinggi?

KOTA BHARU – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?

ASB Dividen 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!
Kalau nak diharapkan dividen ASB 2012 sekitar 15% seperti yang dinikmati kalangan pelabur Bank Rakyat memang tinggal harapan sahaja. Tetapi yang pastinya lebih tinggi daripada dividen ASB 2011.

Sunday 18 November 2012

Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?



Zalora Shoes Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Zalora Malaysia boleh dikatakan satu jenama yang semakin meningkat di Malaysia. Iklan Zalora Malaysia ada sahaja bersepah-sepah bukan sahaja di Intenret malahan di televisyen dan corong-corong radio. Kalau dilihat daripada cara pemasaran & promosi mereka, nampak mereka begitu bersungguh-sungguh & serius untuk menjual dan menyakinkan kalangan pembeli tegar online shopping fashion di Malaysia.
Zalora Malaysia dikendalikan satu syarikat yang bernama, Rocket Internet. Sebenarnya adalah banyak lagi produk & perkhidmatan lain (hartanah Internet) yang ditawarkan mereka.
Zalora Online Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Zalora Fashion Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Facebook Zalora Malaysia : www.facebook.com/ZaloraMalaysia
Twitter Zalora Malaysia : www.twitter.com/ZaloraMalaysia
Malangnya banyak rungutan demi rungutan yang diterima oleh kalangan pelanggan yang mengatakan Zalora Malaysia ini penipu. Di mana kebenarannya?

Online Fashion “Zalora Malaysia” Penipu? Review Pelanggan  Mereka?

Kalangan pelanggan yang merasakan mereka kena tipu semasa membeli-belah di portal ini…..beberapa komen beberapa pelanggan mereka kami kongsikan di sini.
Zalora Malaysia Penipu Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Zalora Penipu Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Zalora facebook Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Review Zalora Malaysia Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Zalora Tipu Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?
Zalora My Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM & Penipu? Review Anda?

Pengalaman Anda di Zalora Malaysia? 

Sepatutnya apabila mahu menjalankan perniagaan di Internet pada skala besar begini, persediaan harus dilakukan secukupnya. Walaubagaimanapun, kami tidak rasakan pelanggan terutamanya daripada Malaysia terlalu kejam sehingga menuduh perkhidmatan yang disediakan terlalu teruk apabila hanya satu, dua masalah kecil yang timbul. Kami tidak rasakan mereka begitu. Sebenarnya, peluang dan ruang telah diberikan, apatah lagi mengenangkan perkhidmatan daripada Zalora Malaysia(www.zalora.com.my) masih lagi baru walaupun rekod syarikat Rocket Internet dilihat sudah melepasi tempoh “matang”. Tetapi….
Tetapi apabila masalah yang sama terjadi berulang kali, dan reaksi balas daripada pihak penyedia perkhidmatan akan mengecewakan ramai pihak saranan kami strukturkan smeula perkhdimatan kami. Semak kelamahan anda selama ini. Kemudian, apabila benar-benar bersedia barulah buka semula perkhidmatan kepada umum.
Tiada gunanya membelanjakan sejumlah besar dana untuk tujuan promosi & pemasaran sehingga berjaya menarik trafik & pengunjung beribu-ribu sekaligus ke portal anda tetapi dalam pada masa yang sama anda sebenarnya tidak mampu menangani perminataan yang besar yang datang sekaligus.
P/S : Ada kalangan pengunjung Berita Semasa yang mempunyai pengalaman membeli belah di laman Zalora Malaysia(www.zalora.com.my)? Kena tipu @ satu pembelian yang bagus di sana? Kongsikan pengalaman anda di sini…

Monday 5 November 2012

Nurul Izzah PKR : “Melayu Sepatutnya Bebas Beragama”? Apa respon Anda?


nurul izah PKR
Kami kadang-kadang tidak faham dengan kalangan ahli politik ini. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Boleh atau tidak perkara yang sedia elok, dipertahankan dan hanya diungkapkan dan dilaksanakan penambaikan untuk perkara yang perlu sahaja. Boleh atau tidak, orang politik berfikir dahulu sebelum berkata-kata? Isu terbaru membabitkan saudari Nurul Izzah yang….
Nurul Izzah menegaskan adalah tidak adil mengenakan sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama hanya untuk bukan Islam,sedangkan kumpulan Islam disekat daripada pengamalan kebebasan tersebut.Katanya,seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini ketika menjadi panel forum ‘Islamic State: Which version;Who’s responsibility
“Tiada desakan dalam beragama…mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’,ia seharusnya dilaksanakan sama rata ( (tanpa mengira agama)),” katanya
Ya…benar, islam tidak semestinya Melayu. Tetapi di Malaysia Melayu itu adalah Islam.

Laporan Malaysiakini Versi Bahasa Inggeris Mengenai Kenyataan Nurul Izzah

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar. ”When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.” she said.
Sumber : Malaysiakini
Kepada orang politik seperti saudari Nurul Izzah, komen yang di atas itu sepatutnya berfikir dahulu sebelum dipertuturkan.
She was speaking at a forum on “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” in Subang Jaya this morning.The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.
“Malay” is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs. Ultimately, she said, what should be sought is “quality” where Muslims’ faith is strong.
Sumber : Malaysiakini
Yang ini kami bersetuju. Perkukuhkan”foundation” iman dalam diri setiap Melayu muslim itu bukan dengan sekadar kekalkan status islam di kad pengenalan (IC) masing-masing, tetapi pihak-pihak yang bertanggungjawab soal agam Islam di Malaysia perlulah berkerja lebih keras daripada yang dilakukan sekarang ini. Walaubagaimanapun, tanggungjawab yang sebegitu tidak hanya terletak di bahu mereka semata malahan masyarakat Melayu Islam juga perlu saling berkerjasama mengangkat agam islam di Malaysia ke landasan yang sebenar-benarnya….
Hayatilah bait-bait lagu kumpulan Raihan yang pernah menjadi siualan anak muda suatu ketika dahulu….
dari seorang ayah yang bertakwa
ia tak dapat dijualbeli
ia tiada di tepian pantai
walau apa pun caranya jua
engkau mendaki gunung yang tinggi
engkau merentas lautan api
namun tak dapat jua memiliki
jika tidak kembali pada allah
Tugas pihak yang berkuasa bukan sekadar mewujudkan persekitaran untuk rakyat kembali pada Allah. Bukan dengan hanya tekankan kepada sesuatu yang bersifat luaran dan kosmetik seperti status di IC. Ini kerana status Islam kita bukan terletak pada pejabat agama atau pejabat pendaftaran. Ia milik Allah SWT semata
“Even me, being schooled in Assunta (secondary school) with a huge cross in the hall and an active singing catholic society did not influence me,” she said. However, Nurul Izzah stopped short of saying that Malays should be legally granted religious freedom, saying: “I am of course tied to the prevailing views”.
Sumber : Malaysiakini
Kepada saudari Nurul Izzah, kalau diikutkan kenyataan anda mengatakan yang anda tidak terpengaruh dengan agama Kristian walaupun tempat anda belajar di Assunta yang ada Salib sebesar-sebar alam di dalam Dewan dan salib besar di dalam dewan ditambah dengan nyanyian lagu-lagu Katolik sepanjang masa. Adakah anda anda (Nurul Izzah) sedar, IQ dan akidah setiap masyarakat Melayu  berbeza-beza? Ada yg bijak dan ada yang kurang bijak. Ada yang iman lemah, ada yang iman tetap teguh walaupun “dibadai dengan Taufan Sandy”. Walaubagaimanapun, ayat yang akhir sekali itulah wajah sebenar orang poltik di Malaysia.
Berdasarkan apa yang dikatakan oleh saudari Nurul Izzah, perlukah tafsiran dalam perlembagaan Malaysia perlu diubah seperti yang tertera di bawah ini?
TAFSIRAN MELAYU
5.1
Peruntukan Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan
“Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan
a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau
b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Apakah Nurul Izzah mahukan rakyat Malaysia termasuklah masyaratkat Melayu diberikan kebebasan beragama tidak kira mahu menganut agama Islam atau bukan islam? Begitu?
  • Bermakna Melayu tidak semestinya muslim. Mungkin masuk agama lain atau menjadi pagan. Adakah itu yang beliau mahukan?
  • Seterusnya, ia sememangnya bercanggah seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan iaitu Melayu adalah Islam.
Tetapi apa yang perlu diakui & jikalau kita merenaung……sejenak melihat kepada situasi masyarakat Melayu hari ini. Benar, agama Islam hanya dijadikan harta warisan sahaja. Islam hanya pada nama. Pengisian sangalah kurang.
  • Jika Melayu hanya ingin mewarisi agama Islam kepada anak-anak orang Melayu….sangatlah sedih situasi yang berlaku hari ini
  • Janganlah jadi ibubapa yang hanya memberi sijil hitam putih bahawasanya agama anak kamu itu adalah Islam akan tetapi kalangan ibubapa kurang memberikan didikan dan membimbing anak-anak sendiri, sehinggakan lebih senang menyerahkan tugas kepada sekolah dan orang luar
  • Bukan semua ibubapa begitu, ada juga segelintir ibubapa yang kadangkala lupa “tanggungjawab” mereka bukan sekadar “buat anak” sahaja
P/S : Islamlah kamu semua, nescaya kamu SELAMAT di dunia dan di akhirat ..
P/S : Jangan semata-mata mahukan undi, sehingga “menghalalkan” mahu diungkapkan kepada rakyat Malaysia. Apa pendapat dan respon anda pula?