Tuesday 30 October 2012

Guru Beza Politik Akan Ditukarkan Ke Ceruk Pedalaman. Di mana Kebenarannya?


Isu Guru Berpolitik Guru Beza Politik Akan Ditukarkan Ke Ceruk Pedalaman. Di mana Kebenarannya?
Secara realiti yang berlaku hari ini, sebenarnya masalah ini dah banyak kali & kerap kali berlaku. Walaubagaimanapun, ia dilihat sukar untuk dikekang kerana amalannya tidak meluas. Tetapi…..
Tetapi berlaku apabila ada pertembungan idelogi politik yang bertentangan di kawasan tertentu.
Tapi agak susah nak kekang sebab ianya bukan melibatkan amalan meluas… tapi berlaku apabila ada pertembungan melibatkan individu politik kawasan tertentu sahaja. Akan timbul masalah-masalah yang seperti ini….
Kadang-kadang kami perhatikan ada kalangan guru yang telah beberapa kali ditukarkan ke tempat paling ceruk untuk mengajar. Sebenarnya kami kurang bersetuju dibenarkan guru berpolitik di sekolah, tidak kira menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Tidak perlu dibawa idelogi politik anda di sekolah…..
Bab sokongan pada parti ini bagi kami berkait rapat dengan pendirian, tak boleh dipaksa mana-mana guru untuk sokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Itu hak masing-masing sedangkan dalam bab mengundi, “undi anda adalah rahsia” apatalah lagi Malaysia acapkali diangkat sebagai sebiah negara yang manhu dikenali dengan negara demokrasi. Maka terpulang kepada mana-mana daripada anda walaupun bekerja dengan kerajaan, tetapi untuk undi parti mana terpulang…….kerana itu pilihan sendiri tanpa paksaan.
“Setiap guru ada akal dan pandangan untuk digunakan utnuk membuat pertimbangan”
Kadang-kadang kami perhatikan, sudah menjadi  ’unwriten law’ agaknya di Malaysia ni, yang mana kalau anda berkhidmat di dalam perkhidmatan awam, anda perlu lebih cenderung ke arah Kerajaan/ tak boleh bersuara mengkiritik/menegur Kerajaan. itu tidak betul.
“Menegur, mengkritik bermakna kita sayangkan kerajaan untuk melihat mereka buat lebih baik”
Seperti mana-mana ibu-ibu dan bapa-bapa di sini mendidik anak-anak anda. Bukankah begitu secara praktikalnya? Atau lebih suka dibiarkan hanyut. Semestinya tidak bukan?
Ya…benar, kami sedia maklum sebenarnya kalangan guru-guru sudah bersetuju dengan perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana bersetuju untuk ditukarkan ke mana-mana sekolah yang telah KPM tetapkan. Tetapi…ada tetapinya.
Tetapi….jikalau pertukaran diadakan secara telus untuk mengisi kekosongan, kenapa terdapat guru-guru berkenaan tidak ditukar ke sekolah kampung sebelah/daerah berdekatan yang ada kekosongan mendesak?
Isu pertukaran ni dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Banyak pihak dari dulu lagi sudah cadangkan “database peringkat Nasional” kekosongan dan status pertukaran guru tetapi sampai sekarang tidak dibuat. Sehinggakan pertukaran guru tak boleh dijalankan melalui “standardize system”. Kenapa? Sebab apa? Kami pulangkan soalan ini kepada kalangan guru-guru di sini untuk menjawabnya…..
Kami bersetuju jikalau politik tak boleh di sekolah, dan dalam masa yang sama, segala macam politik melibatkan pihak kerajaan sepatutnya dibenarkan di sekolah. Maknanya kedua-dua parti tidak dibenarkan langsung. Janganlah jadi seperti laporan berita ini, “Guru HITAM – Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH – Patuh Kepada Kerajaan?”
P/S : Apa kata guru-guru dengan politik di sekolah ketika ini?

Kamera AES Malaysia : Mengurangkan Kemalangan Atau “Skim Cepat Kaya” di Jalan Raya?


aes malaysia
Setakat pelaksanaan kamera AES  Malaysia untuk FASA 1 ini, seramai 63,558 pesalah trafik telah pun berjaya dikesan  sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Dalam erti kata lainnya, mereka-mereka ini telah menjadi “pelanggan” kepada 2 syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd…
Kalau sebelum ini ada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meminta Kementerian Pengangkutan Jalan supaya menangguhkan & mengkaji semula pelaksanaan kamera AES Malaysia (Sistem Penguatkuasaan Automatik)
Kami tiada masalah dengan sistem kamera AES Malaysia. Tetapi biarlah ada logik daripada aspek pelaksanaan dan lokasi yang dipilih untuk diletakkan kamera AES Malaysia ini.
aes

Bagaimana Kamera AES Malaysia Ini Beroperasi?

  1. Secara ringkasnya, lokasi kamera AES Malaysia akan ada satu garisan hitam (sensor) di pasang melintangi “lane” pada “certain points. Dan sensor tersebut dinamakan Piezo Sensor
  2. Kereta akan lalu atas garisan dan jikalau kelajuan kereta tersebut melebihi had yang sepatutnya, sensor (yang telah diprogram untuk mengesan kelajuan yang telah melebihi had) akan hantar signal kepada kamera AES Malaysia ini dan secara automatiknya ia akan “trigger” kamera tersebut untuk menangkap gambar kereta yang telah menjadi “sasaran”
  3. Manakala pada waktu malam, akan terpancar cahaya flash yang menerangi wajah pemandu dan penumpangnya.
camera aesTerdapat pemasangan 831 kamera AES Malaysia ini di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd
Terus-terang kami katakan, jika kamera AES Malaysia ini diwujudkan untuk bertujuan dan diharapkan mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia, kami kurang bersetuju. Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh dilakukan sebagai salah satu usaha tetapi kami sangat yakin impaknya untuk mengurangkan kadar kemalangan amatlah kecil.

Kamera AES Malaysia VS Ragam Pengguna Jalan Raya

Kemalangan atau sebarang kesalahan jalan raya ini semua atas sebab sikap dan mentaliti pengguna jalan raya. Contohnya, apa yang kami perhatikan beberapa senario di jalan raya di depan mata kami seperti …..
  • Kereta masing-masing membawa laju
  • Sampai ke highway Kajang, ada sebiji kamera AES Malaysia ini menyala.  Kereta Proton Perdana yang tengah laju nampak lampu kamera AES Malaysia ini menyala, terus brek secara mengejut, tak tentu arah jadinya kereta-kereta di belakang brek mengejut takut langgar belakang kereta
  • Hampir-hampir berlaku kemalangan
  • Akhirnya jumpa kamera AES malaysia contohnya punyalah “bersopan-santun memandu kereta” tetapi selepas sahaja melepasi kamera tersebut…………………….masing-masing menjadikan pedal minyak untuk berlumba-lumba menekan sekuat hati. Kesudahannya?
Kadang-kadang yang pemandu apabila contohnya kamera AES Malaysia diletakkan di kedudukan strategik yang dirasakan sememangnya patut diletakkan kemara ini, berhati-hatilah membawa kereta. 
  • Ada kami jumpa sebuah kereta Camry, pemandunya brek terus tukar lorong
  • Bayangkan dari 150 kmph, nak “drop” ke 90kmph dengan cepat. Bukankah menyusahkan & membahayakan pemandu lain?
  • Bawa laju, tapi takut kena saman? Erm…..
aes malaysiaTetapi….janganlah sampai ruang dan peluang yang diberikan itu diambil kesempatan dengan meletakkan kamera AES Malaysia syarikat anda secara membuta tuli, bersepah-sepah sehingga lokasi yang tidak sepatutnya diletakkan kemera AES Malaysia, dipacak juga disebabkan atas nama keselamatan. Keselamatan? Keselamatan atau keuntungan?
Hanya di Malaysia, seperti biasa kita akan kaji secara serius apabila sesuatu projek itu sudah berjalan. Seperti apa yang berlaku pada kes meter baru TNB. Apabila sudah siap dipasang barulah keluar arahan mahu dihentikan seketika atas alasan nak kaji balik. Walaubagaimanapun setakat Kementerian Pengangkutan masih lagi belum ambil pusing saranan suara dari Dewan Rakyat….
P/S : Kos sebiji kamera AES Malaysia hampir mencecah RM800,000, dan mula dipasang di merata tempat secara berperingkat-peringkat, baru sekarang minta kerajaan kaji?
PP/S : Apa kata pengguna jalan raya di sini dengan pelaksanaan kamera AES Malaysia ini? Patut atau tidak? Kenapa? Ada yang sudah menjadi pelanggan kepada salah sebuah syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd?

Wednesday 17 October 2012

Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!


Bajet 2013 Hutang malaysia Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!
Sumber : The Economist
Hutang Malaysia Terkini : Sebelum berlangsung Pembentangan Bajet 2013 petang ini, apa kata kita semak hutang Malaysia yang terkini. Mengikut semakan data yang diperoleh terus daripada Bank Negara ini, di mana datanya telah dikemaskinikan pada 24 September 2012 yang lalu. Kalau diikutkan…..

Rumah Kos Rendah Pulau Pinang RM50 Juta?


Projek Rumah Kos Rendah Rumah Kos Rendah Pulau Pinang RM50 Juta?The Malaysia Insider BM :  Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini melancarkan Program Perumahan Bantuan Pulau Pinang bagi menaik taraf perumahan kos rendah dan sederhana rendah di negeri Pulau Pinang.
Dianggarkan dana sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan bagi projek Program Perumahan Bantuan Pulau Pinang ini. Sumber : The Malaysia Insider BM]

Soalan Percubaan SPM 2012 : Terdapat Soalan SPM Bertanyakan Kewajaran Perhimpunan BERSIH 3.0?


Soalan Percubaan SPM 2012 Soalan Percubaan SPM 2012 : Terdapat Soalan SPM Bertanyakan Kewajaran Perhimpunan BERSIH 3.0?
Soalan Percubaan SPM 2012 :  Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan SPM percubaan 2012 yang mempunyai soalan SPM percubaan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0. 
Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu...

iPO Astro : IPO Terbesar di Malaysia Tahun 2012?


IPO Astro 2012 iPO Astro : IPO Terbesar di Malaysia Tahun 2012?Malaysia kini BM (Malaysiakini.com) : Tawaran permulaan awam IPO Astro Malaysia Holdings Bhd dikatakan sebagai yang ketiga terbesar di Malaysia pada tahun 2012 ini.
Walaubagaimanapun, terdapat kebimbangan kes mahkamah berkaitan saman AV Asia Sdn Bhd berpanjangan dan menjejaskan harga IPO Astro 2012. [Sumber : Malaysia kini (Malaysiakini.com)]

Semua Pembida Bersetuju Projek LRT Ampang RM1.084 bilion Diberikan George Kent!



Projek LRT Ampang Semua Pembida Bersetuju Projek LRT Ampang RM1.084 bilion Diberikan George Kent!Malaysia kini (Malaysiakini.com) : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiada pembida yang berasa tidak puas hati apabila kerajaan menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang yang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV.
Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang “membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil”.
“Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September di Dewan Rakyat. [Sumber : Malaysiakini (Malaysiakini.com)]

Thursday 4 October 2012

Budget 2013 Malaysia : Idea & Harapan Pembaca Berita Semasa? Kongsikan Di Sini!!


Budget 2013 Malaysia Budget 2013 Malaysia : Idea & Harapan Pembaca Berita Semasa? Kongsikan Di Sini!!
Budget 2013 Malaysia : Kalau semalam rakyat Malaysia dapat melihat beberapa tawaran daripada pembentangan Budget 2013 Alternatif Pakatan Rakyat. Esok pula adalah pembentangan Budget 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia. Apalah agak yang bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia untuk kita, kita dan kita semua di sini. Sebelum itu…….

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat”


Belanjawan Pakatan 2013 Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : Ekonomi Rakyat, Negara Berkat
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat : Kalau tahun lepas Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 diumumkan 3 hari sebelum Bajet 2013. Kali ini,  Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat telah dibentangkan petang tadi iaitu 2 hari sebelum Bajet 2013 oleh Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak…….Apa isinya? 

(Gambar) Idham Bin Zulkifli : Hina Nik Aziz & Sunnah Nabi? Apa Respon Anda?


Hina Nik Aziz (Gambar) Idham Bin Zulkifli : Hina Nik Aziz & Sunnah Nabi? Apa Respon Anda?
Gambar ini dihantar seorang pengirim email Berita Semasa. Pandangan pertama agak terperanjat juga. Tetapi apabila kami melihat  laporan yang pernah dikeluarkan oleh Berita Semasa sebelum ini, kami sudah tidak hairan lagi. Malah kami menjangkakan ada lebih banyak gambar-gambar yang lebih terusk seperti ini pada masa-masa akan datang, kerana….

(Gambar) Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif. Pinjam Atau Sewa? Kalau Sewa Sahaja Bernilai RM96,000!!


Anwar Peribadi Anwar
Dunia politik di Malaysia seperti dilanda tsunami “versi Malaysia” apabila tersebar berita Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim naik jet ekslusif bersam-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Siapa yang mula buka “cerita’ kalau pemimpin PKR sendiri atas nasihat Anwar Ibrahim….

Siapa Lagi Yang Naik Jet Ekslusif Itu?

43% Miliki 2 Buah Rumah!! Bajet 2013: Tolong Longgarkan Beli Rumah Ke-3!! Anda Setuju?


Bajet 2013 Beli Rumah 43% Miliki 2 Buah Rumah!! Bajet 2013: Tolong Longgarkan Beli Rumah Ke 3!! Anda Setuju?
Bajet 2013 Beli Rumah Ke-3 : Baru-baru ini iProperty (portal hartanah) ada buat kaji selidik yang menunjukkan di sini 98% peratus daripada penduduk Klang Valley sendiri bimbang dengan kenaikan harga hartanah melebihi daripada kemampuan mereka. Bagaimana pula dengan anda?

Monday 1 October 2012

Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000-RM15,000 Bagi Pasangan Lulusan Ijazah!! Anda Setuju?


Wang Hantaran di Malaysia : Statistik sekarang menunjukkan....

Perdana Menteri Malaysia Baru Dapat Tajaan George Soros?


Perdana Menteri Malaysia Perdana Menteri Malaysia Baru Dapat Tajaan George Soros? The Malaysian Insider : Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa spekulator mata wang, George Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan melantik perdana menteri (PM) pilihannya di Malaysia.
Kenyataan mantan perdana menteri itu dibuat semasa diminta menjawab mengenai isu beberapa NGO tempatan yang mendapat perhatian baru-baru ini selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggesa Pendaftar Pertubuhan menyiasat SUARAM, yang menerima dana daripada Soros. [Sumber : The Malaysian Insider BM]

PRU 13 Malaysia : Jumlah Pengundi Baru (2.9 Juta +) Bakal Beri Impak Besar!!


PRU 13 PRU 13 Malaysia : Jumlah Pengundi Baru (2.9 Juta +) Bakal Beri Impak Besar!!
Mstar Online : Buat pertama kalinya jumlah pengundi baru yang berdaftar mencatatkan rekod tersendiri dan bakal memberikan kesan yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Kini jumlah pengundi baru membentuk satu perlima daripada 13.1 juta pengundi atau 22 peratus (2.9 juta) pengundi keseluruhan, kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dijangka akan memberi fokus kepada pengundi baru ini dalam strategi kempen masing-masing bagi menhadapi PRU 13 Malaysia kali ini
Sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dari tahun 2008 hingga 30 Jun tahun ini bagi PRU 13.
“Ini adalah jumlah paling tinggi pernah dicatatkan. Sejak empat tahun lalu, kita telah cuba mengurangkan jumlah pengundi yang tidak berdaftar di Malaysia,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar katanya kepada Mstar Online.
Beliau berkata buat pertama kalinya, kira-kira 2.9 juta pengundi baru berumur antara 39 hingga 40 tahun ke atas dicatatkan.
“Ia tidak boleh dinafikan bahawa pengundi baru ini akan memberi impak yang cukup besar pada PRU 13 walaupun terdapat pengundi muda atau warga emas, dalam setiap undi yang dikira,” kata Wan Ahmad.
Sejumlah 155, 420 rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2008 bagi PRU 13 Malaysia.Jumlah ini telah meningkat dengan 279,270 pada 2009, 826,462 pada 2010 dan 1,221,635 tahun lepas. Tambahan sebanyak, 438,041 orang mendaftar sebagai pengundi dicatatkan pada 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini. [Sumber : Mstar Online]

Laporan Ketua Audit Negara 2011 Dibentang Selepas Bajet 2013


Laporan Ketua Audit Negara 2011 Laporan Ketua Audit Negara 2011 Dibentang Selepas Bajet 2013
Mstar Online : Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN) hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kelewatan Laporan ketua Audit Negara 2011 adalah bertujuan memberi peluang wakil rakyat untuk membahaskan secara terperinci Bajet 2013.
“Ia akan memberi peluang kepada ahli-ahli dewan membincangkan secara lebih fokus tentang bajet tanpa mencampur adukkan dengan Laporan ketua Audit Negara 2011,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Ditanya sama ada kelewatan berkenaan akan menimbulkan persepsi negatif khususnya di kalangan wakil rakyat pembangkang, Mohamed Nazri berkata: “Seperti tahun lepas Laporan Ketua Audit Negara 2011 juga dikeluarkan selepas pembentangan bajet 2012″. Sumber : Mstar Online ]